Tuesday, April 21, 2009

Pesta Sukan PASTI

Fuhhh... weekend yang sangat meletihkan. Sabtu for sure penuh dengan kelas dan semalam (19hb April) Tadika Pasti adik mengadakan perlawanan futsal dan bola jaring antara Pasti - Pasti dalam daerah Hulu Langat. Perlawanan diadakan di Stadium Kajang. Adik mewakili Pasti Bandar Teknologi Kajang dalam pertandingan bola jaring. Perlawanan dimulakan pada 9 pagi. Mula-mula sejuk nyaman jer... tapi apabila matahari semakin meninggi, panasnya Allah saja yang tahu. Keseluruhan ada 4 games kena main. Satu game adik jadi pemain simpanan jer, kasi can kat kawan-kawan yang lain.

Pada tahun ini Pasti Bandar Teknologi Kajang gagal mempertahankan kedudukan sebagai johan yang disandangnya pada tahun lepas apabila tewas kepada Pasti 'dot dot dot' ...haha.. mama tak ingat :)-. Tak dinafikan perlawanan memang sengit. Kalah tipis je 1-0, itupun gol dijaringkan pada 5 minit terakhir. Apapun yang penting ... kami ENJOY!!! (Yang paling enjoy ialah along apabila sesuka rasa membeli pelbagai makanan yang di jual dalam stadium tu... beli sendiri u.. almaklumlah sejak2 sekolah ni, kan dah pandai berbelanja sendiri..hehe..)

Kita layan ajelah.. gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang perlawanan tu...

Inilah perlawanan final yang sengit tuh.. hehe..

Proses penyampaian hadiah ... dua orang kat bawah tu jer tengok camera mama... yg lain tengok camera yang satu lagi... mmm...

Pingat yang menjadi kebanggaan...hehe..
Related Posts with Thumbnails