Thursday, May 28, 2009

Soft Butter Buns Channel

Tengahari tadi terfikir nak buat roti. So cari-cari resepi yang boleh ngam dengan jadual.. (sbb ptg td ada kelas). So akhirnya pilih resepi dari blog Kak D, resepi sumbangan daripada Channel2004 (cari.com). Dulu dah pernah cuba sekali buat roti ni, cuma tak upload jer.. Lepas masak utk lunch tadi, mama pun timbang bahan-bahannya siap2. Lepas along pergi sekolah, dalam pukul 3 terus masuk bahan2 dalam bread maker. So 3.30 'dia' siap menguli. Perap 2 jam. dalam 5.30 mama pun ready sinsing lengan baju. Mmmm.. penat gak lah ... tapi penat boleh tolak tepi.. yang penting puasss hati... hehe

Memang best roti nih.. Lembut dan gebusss... Resepi mama copy paste sahaja (mama mmg malas nak taip menaip nih..hehe... ). Thanks Kak D. Nak tengok roti versi Kak D, klik sini.

SOFT BUTTER BUNS CHANNEL

Sumber: Channel2004

Bahan-bahannya:-

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing:-

1 biji telur, dipukul sedikit
Mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara-caranya:-

1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
6) Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.

Nota: Roti yang Channel buat telah diisikan dengan kuib mentega yang kecil dan juga sedikit garam, beliau juga telah paipkan kastad segera diatas roti sebelum dibakar.

Tuesday, May 26, 2009

Puding Kastad Berkuah

Puding berkuah ni memang favourite kami seisi keluarga. Selalu buat cuma sebelum ni resepi main suka-suka hati ajer. Ternampak resepi yang sama di blog Kak Ummi, so tetiba jer semangat tu datang (Kak Ummi sekeluarga pun suka puding ni) . Lama jugak dah tak buat puding ni. So weekend lepas, kebetulan beli barang dapur sikit, mama pun apa lagi, borong sekali lah bahan-bahannya. So tengahari tadi, selesai masak untuk lunch (cincai2 jer sebab lauk smlm ada banyak lagi.. hehe).. terus kacau kuih ni. Sekejap jer.. apatah lagi ada helper (adik mmg rajin menolong kalau bab-bab buat desert ni).. so terus jer simpan dalam fridge.. Memang nyaman jer makan sejuk2 ....

Resepi mama copy & paste daripada blog Kak Ummi. Terima kasih Kak Ummi untuk resepi yang sedap bangettt nih...

Bahan-bahannya :-

Untuk Kastad:-
200 gm tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:-
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan

Campurkan semua dan masak hingga mendidih. Sejukkan.

Hiasan:-
10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan)
1 tin buah koktel - Mama guna 2 tin
Buah ceri
Prune sunsweet

Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...

Catatan :- Untuk hiasan, mama masukkan buah-buahan koktel sahaja. Lain kali nak try letak pisang goreng pulak (apa rasanya yer...)
Related Posts with Thumbnails