Sunday, June 29, 2008

PASTI Sports Day 2008

Just arrived ...
Adik wif her best friends ... ummi... insyirah ... aini sofea ... Along wif his the very best friend .. nizam
Kawad...Ikrar ... Bina KLCC ...
Lompat Kanggaroo....
Bawa bola dalam sudu ....
Tak ingat apa nama acaranya (tapi along jalan cam robot jehh.. hehehe)
Rumah Oren won first prize (overall) ... tahniah adik ... hehehe
Huh... I'll miss this moment someday.... they are growing up so fast ... yet now my time becomes more quiet to roam all those memories I've spend with them... don't know how it would be in the next coming years....

Wednesday, June 18, 2008

All About Soul

Allah Tahu…

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…
Allah SWT tahu betapa keras engkau telah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja…
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon.
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi…
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur…
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap…
Allah SWT MAHA TAHU & MAHA MENDENGAR . . .

Friday, June 13, 2008

Currently Watching - SOLEHA

SINETRON: SOLEHA [ISN-SAB] [5.30PM] @ TV9 {beginning from 15 Mei 08}



Jarang sekali atau hampir tak pernah mengikuti cerita indon. Entah mengapa yang satu ini jadi kepelikkan (hahahha... cakap pun dah mcm indon...). Ceritanya biasa-biasa saja, agak slow motion .... Berkisar 2 pemuda merebut cinta seorang gadis. Asalkan tiada pari-pari dan seumpamanya. Tak suka cerita tahyul-tahyul gitu.

Tapikan yang penting ada rendra sama erfan yang comel gitu. Ngehh.. ngehh... tak leh komen lebih-lebih .. (my hubby read this :P)

Happy Watching!

Thursday, June 5, 2008

Balik Kelantan

Along & Adik with kakak and Aiman


Pantai Irama, Bachok (again?.. hehhe )





Puyuh Tokma



Monday, June 2, 2008

Wedding Suraya

My neighbour buat kenduri kahwin. So sibuk gak lah. Packing cenderahati and memasak. Tapi part yang paling best ialah siapkan makan adap-adap. Cantik tau .... hehheeh..






Biar Miskin Harta, Jangan Miskin Jiwa

Biar Kita Miskin Harta Dan Kuasa, Tapi Jangan Kita Miskin Jiwa

"Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan. "

Begitu ramai penghibur yang bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia.

Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan. Sesungguhnya keseronokan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa.

Sesiapa yang kita lihat Allah tidak merezekikan kepadanya keseronokan atau kegembiraan tertentu, bukanlah bererti Allah tidak memberikan kepadanya ketenangan jiwa. Maha luas kurniaan Allah, betapa ramai orang yang kurang harta dan rupa, tetapi lebih bahagia daripada yang hartawan dan rupawan.

Bukan semestinya seorang raja, presiden, perdana menteri dan menteri itu lebih bahagiaan perasaan dan jiwanya dari seorang guru yang tidak dipagari pengawal, tidak dikenali ramai melainkan murid-muridnya yang masih mentah dan terpencil.

Entah berapa ramai mereka yang berjawatan besar itu yang jauh lebih serabut perasaan dan jiwa mengenangkan masa depan kedudukan, pengikut dan nasibnya. Lebih daripada keserabutan ribuan manusia yang lain.

Mungkin meja makan orang besar itu hebat, layanannya istimewanya, makanannya mahal, tempat tidurnya enak, kenderaannya mewah, sorak-sorai untuknya meriah, tetapi kebahagiaan dan ketenangan jiwa belum tentu muncul di celahan itu semua. Bahkan, berapa ramai manusia dalam dunia ini yang Allah azabkan mereka menerusi harta dan anak pinak mereka.

Selanjutnya... http://drmaza.com/?p=307
Related Posts with Thumbnails