Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Hari ni sudah masuk tahun baru. Apa azam tahun baru? Mestilah ada azam. Walaupun azam x semestinya nak tunggu tahun baru. Setiap bulan pun boleh buat azam. Azam nak jadi orang yang lebih produktif tanpa perlu mengorbankan mana-mana pihak. Haha... produktif tu!! Maksudnya hidup mesti ada achivement. Hidup mesti ada misi dan visi. Jangan diingat fulltime housewife tiada impian. Semua orang ada impian, cuma impian tidak sama.

Mengharapkan tahun baru membawa sinar. Harap segala perancangan akan menjadi kenyataan. Apakah rancangan itu? Biarlah menjadi rahsia... sehingga ia benar2 terlaksana. Dah tiada upaya nak menelan pahit hempedu. Dah tak tertanggung jiwa dilayan ibarat.... Entahlah... ini bukan kisah manusia yg tidak bersyukur. Bukan juga kisah manusia tidak mengenang budi. Bersyukur dan dilayan ibarat pengesat kaki adalah dua perkara yang berbeza.

Ada manusia yang tidak suka, hasad dengki melihat manusia lain lebih daripadanya, tanpa mengkaji daripada mana dtgnya kelebihan itu. Andai ini satu penganiayaan... aku hanya mampu berdoa agar Allah bukakan jalan, makbulkan doa2 kami. Sooner or later, agar kami dapat keluar daripada belenggu ini.

Friday, December 3, 2010

Penyu Menangis Siapa Yang Tahu

Akhirnya penyu x mampu lagi menangis seorg diri... Bila penyu membuka kisahnya, rupanya penyu tidak keseorangan. Ada juga penyu di pantai Rantau Abang itu yg mempunyai kisah2 yg sama walau x serupa. Leganya penyu, bukan lega sbb ada penyu lain yg serupa nasib dengannya... Lega sbb bebanan perasaannya tercurah jua. Apakan nak dikata...

Thursday, December 2, 2010

Hari ni dah Khamis!!

Tak tahu nak letak apa utk tajuk entry... yg penting sukanya rasa hati bila dah sihat. Banyak kerja rumah tertangguh menunggu utk diselesaikan. Takpe, slow slow...

Petang ni 4.30, ada kelas BM utk kelas budak2 UPSR. Alhamdulillah student dah bertambah seramai 6 orang dari hanya 4 orang pada mulanya. Dan satu kelas lagi hari Sabtu, math utk budak2 'kecik'. Hihi.... bukan kecik baby tu, umur 6-8 tahun. Seronok mengajar budak2 kecik ni. Fun, happy, release.... i like!!! Kelas budak kecik ni seramai 10 orang, termasuk anak aku 2 orang tue... hihi. Kelas math UPSR dah batal (mujur, kalau tak aku kena ajar 3 kelas!). Sebab masa first and second and third week tu xde pun student yg datang. Pastu, adalah suara2 kata maybe sebab nak start awal bulan (sbb kelas mula tengah bulan ms tu). Tapi kak Ummi kata tutup ajer kelas tu sampai ada permintaan. Then sekarang kalau ada permintaan pun, silalah cari cikgu lain yer, sbb aku rasa cukuplah aku ngajar 2 kelas kan.

Tadi sempat bertandang ke rumah kak Mas. Sebelum dia balik for good ke Malaysia. Sebenarnya ni kali kedua dia balim for good. Tapi yg kali ni mmg last punya sbb hubbynya pun dah 'halas' keje kat sini. Kalau nak tahu, kak Mas ni tauke soto kat kompleks ni. Banyak galakan dia bagi supaya aku buatlah soto dan jual. Hihi... sama mcm galakan yg kak Ina bg suruh aku berkecimpung dalam bidang jual menjual kuih raya. Tapi kan kat sini lagi mencabar kalau nak berjualan, sbb bahan2 limited. Kena well planning. Aku kan x boleh kalau ini xde itu xde, serabut kepala kang sape susah, hubby aku jugak yg susah... hihi.

Ada sorang kawan aku, cadangnya nak ke Egypt... kawan baik aku... tumpang seronok aku. 'Bang, kita bila nak g Egypt?' Since berita kawan aku nak g Egypt tu dia yg khabarkan. "Kita kena simpan duit, ................................." Dan apa yang seterusnya dikhabarkan buat aku speechless. Rasa mcm x terhadam nasi berlaukkan sup ayam yg aku makan sebentar tadi. Seteruk itukah kondisi kitaorg sekarang nie.

Oklah... kena stop dari membebel. Bye!

Monday, November 29, 2010

Diarrhea

Pada hr Sabtu yg lepas, kami lunch dluar (kebiasaan pd hr Sabtu sbb aku rest dr masak). Then satu meal kami pack sbb x habis, iaitu mixed grill... beef. Then, mlmnya aku panaskan dan ratahlah kami anak beranak. Aku mkn agak byk, sbb sedap kan daging bakar perah asam limau (masa typing ni aku rs meloya nak muntah bl teringatkan dish iteww... sudah... jgn aku xleh makan daging pas ni dah lah).

Then, mcm biasa lps budak2 masuk tido awal sbb esok sklh, aku terlelap kat sofa. Sedar2 mcm sesuatu x kena dgn perut aku ni, mcm makanan x hadam. So aku g bathroom, muntah. Lega... ingat dah settle... rupanya sambung muntah lagi. Then berulang2 sampai tengah mlm. Dengan keletihan sbb lapar aku tertidur, dengan harapan bila bangun tidur keadaan bertambah baik. Rupanya tidak. Paginya pula, muntah tiada lagi, tapi cirit-birit pula. Berapa kali? Aku pun tak terkira sbb mmg banyak kali. Aku cuba breakfast telur dgn harapan nak tambah tenaga, tp termuntah semula. Minum air pun muntah. Mmg x bermaya dah badan nih. Sampai nak berdiri pun aku dah tak larat lagi.

Mulanya ingat nak ke klinik saja tp klinik kat sini buka jam 10pg. Dan aku rasa dah tak larat lagi. Ambik keputusan nak ke hospital. Tanya kawan2 kat mana hospital yg ok kat sini. Then jam 8.30pg aku ke hospital ditemankan dearly hubby yg terpaksa cuti kecemasan.

Selepas masuk 2 drip, 1 shoot utk tahan muntah brlah rasa bermaya sikit. Tekak pun dah kurang loya. Tapi Dr. pula mcm x puas hati sbb dr result urine test, mayb ada infection sbb white blood cell tinggi tp dari 'stool' test clear from virusses or bacteria or parasites. So dr suspect appendix. Aku yg bukan bodoh nie (walaupun aku bukan dr, tp aku rs aku bukan sakit appendix cuma food poisioning), so bila dr run second test kat perut nie. Bila ditekan, akan ditanya sakit tak?? Kan perut penuh angin mestilah sakit bila kena tekan... tp aku cakap tak... "no pain" ... sbb kalau aku cakap sakit, habis!!! So dr kata dia akan bagi satu lg shoot... antibiotik, kalau x baik juga kena dtg lagi esok. Aku angguk ajer, dlm hati kata "aku x dtg dah esok". So by 2.00pm br aku bole balik. Tiada ubat!! Maybe kalau dtg esoknya br dapat ubat.

Balik jer, my hubby masak nasi n goreng ayam utk kami anak beranak. Time mcm ni tahulah betapa sshnya ddk sini. Kalau kat Malaysia, sure aku beli roti jer nak alas perut nie dan anak2 bole bungkus lauk2 kat kedai. Sini bukan xde roti, cuma x semudah g kedai runcit d hujung jalan dan bole beli roti. Aku hanya bole makan sikit dan sebaik makanan masuk perut, penatnya Allah sahaja yang tahu. Sampai mlm hanya mampu terbaring.

Hari ni pun, sepagi aku x berbuat apa2. Lunch my hubby beli jer, aku pun makan hanya beberapa suap. Tekak pahit dan tiada selera. Menjelang mlm brlah boleh gagah berdiri.

Aku rasa kalau d Malaysia, mungkin aku x akan tunggu hingga keesokkan hari br nak ke hospital. Maybe lepas muntah2 x berhenti aku akan terus ke klinik yg buka 24jam dah hanya perlu memandu dalam 5 minit. Tapi apakan daya... kat sini pula senang sgt nak di diagnose sbg appendix. Asal sakit perut appendix... ngeri aku!! And even aku kena appendix sekalipun, aku x nak kena operate kat Sudan nih. Aku rela balik Msia... sbb ngeri dgr cerita orang dulu2.

Bukan x biasa kena food poisioning. Kalau tgk rekod kad klinik aku, rasanya gastric and food poisioning adalah dua sebab utama aku ke klinik. Dalam setahun mesti makhluk Allah tu dtg menyerang berkali2... tp bila kena sakit kat negara yg kita tak biasa mcm nie, itu yg kalau boleh sgt2 nak dielakkan.

Yang penting, sakit itukan kifarah keatas dosa2. Itulah yg selalu kusebut2 tiap kali sakit. Semoga Allah ampukan dosa2ku dgn sakit yg Allah timpakan kepadaku. Tanda Allah masih sayang kepadaku, mungkin Dia lihat aku lalai dalam mengingatinya, lalu Dia timpakan sakit semoga aku kembali menyebutNya. Tanda Dia ambil peduli akan diriku. Syukran Ya Allah. Dengan sakit aku banyak menyebut namamu, dgn sakit aku sedar life is too fragile. Ptg kita ketawa, mlm kita mungkin ditimpa sakit. Mungkin ptg kita ketawa, mlm kita tiada lagi bernyawa diatas muka bumi ini.

Tuesday, November 23, 2010

AidilAdha 2010 di bumi Sudan

AidilAdha sudah seminggu lebih pun berlalu. Sebenarnya hambir separuh warga kompleks tiada masa hari raya tu, masing2 terbang membawa diri... hihi... bukan menbawa diri kerana berduka lara. Membawa diri menjelajah pelusuk dunia. Nasib baik ada juga Ila, Hasni, Amy dan lain2 yg boleh buat kawan ketawa. Xlah terasa sangat kesunyiaannya. Boleh katakan korban tahun ni antara yg terbesar juga, ada 7 ekor lembu (kalau x silap) dan 77 ekor qaruf dikorbankan oleh warga kompleks ni.

Hari kedua raya pula aku ngan Amy bergabung buat open house (kat sini biasa bergabung cenggini). Upacara makan2 kat compound blok B. Aku buat menu yg aku rasa bolehlah aku buat iaitu soto ayam, Amy buat nasi impit ngan rendang ayam. Katanya first time buat rendang ayam, tapi sedap!! Alhamdulillah, boleh katakan semua juadah habis except bihun aku yg terbyk pulaklah dicelurnya. Ada request minta aku jual soto time Bazaar Santai yg sebulan dua kali tu. Bukan aku tak mahu, mmg aku kesian kat mereka2 kat sini termasuk aku pun yg susah nak jumpa makanan Mesia, tp utk masak2 dan jual, aku minta maaf, aku x mampu... pls understand me, I've my own reason...

Hari raya ketiga aku ngan Amy sefamily ke Chendi lihat piramid. Jangan tak tau Sudan pun ada piramid. Apatah namanya.... Al Bijrawiya Pyramids kalau x silap. Jadilah, nak g Egypt belum cukup tabungan lagih... kah! kah! kah!Piramidnya kecik2 ajer, tp pasirnya cantik, betul2 macam kat padang pasir. Dengan angin yg deras bertiup, sedar2 ada pasir dalam mulut. Merasalah naik unta, gayat konon... hihi. Budak2 kalau ditanya nak pegi lagi sbb nak naik unta. Tapi lama sgt naik van tu yg tak tahan, 3 jam pegi 3 jam balik.

Itulah pejam celik pejam celik... cuti seminggu yg aku dok tunggu2 tu habis mcm tu ajer. Konon mcm2 nak buat... last2 mlm Ahad tu brlah aku dok ngadap iron bj sekolah budak2. Bj hubby mmg dia iron sendiri pun... haha. Dia lg cermat bab2 iron2 bj nih. Alasan! Sah2 pemalas! Haha... suka hati.. :-P

Oh yer, lupa... 2 hr sblm raya, aku buat kelas roti... cehh macam pakar. Perasan!!! Siapakah studentnya, x lain dan x bukan... Ila, Hasni dan Amy. Guna resepi yg aku belajar ngan kak Ina dulu. (Rindunya ngan kak Ina). Alhamdulillah lembut dan menjadi. Amy juga menurunkan ilmunya membuat pau.

Jika suatu hari nnt aku balik Mesia, salah satu kenangan yg pasti akan diingati adalah dgn kawan2 kat sini. Walaupun kenal x lama mana, tapi... aku sangat menghargai mereka. Terima kasih banyak2, dengan mengenali mereka itu, kuranglah sikit rasa sakit jiwa nak balik Mesia. Tapi ada ura2 Hasni dan Amy dah nak balik for good. Mulut berkata, janganlah balik lagi... tp bolehkah begitu. Sesiapa pun sampai masanya akan balik jua, kerana kami hanya bergelandangan disini. Walaupun mereka belum balik lagi, aku sudah menangis didlm hati... :-(

Oklah... setakat disini utk hr nie... sbnrnya tujuan aku ngadap laptop petang nie sbb nak prepare materials utk tuition weekend nie. Tengoklah, apa dah jadi. Lain yg nak dibuat lain yg jadi. Jap lg pulak, lps solat Asar nak buat kuih bakar pandan (utk bw ke Halaqah esok). Dah biasa pun buat kuih bakar nie, cumanya sbb nak try test acuan br. Beli kat Afra pg tadi. Mcm budak2 jugalah kan, kalau brg br semangat lebih lah!!!

Oklah... (berapa kali ok dah nie)... Jom kita tengok photo2 sepanjang AidilAdha 2010 di bumi Sudan... (disebbkan betapa slownya server, aku upload gambar g Chendi sahajalah dulu)



Tuesday, November 9, 2010

Mee Sizzling

Wahh... 2 hr berturut2 ada entry... hihi. Berehat kejap sblm budak2 balik sklh. Igt petang ni nak buat eksperimen resepi br, kalau jadi boleh bawa Halaqah esok. Kalau jadi, kalau tak sendiri makan jugalah. Nie nak share resepi mee sizzling yg menjadi santapan weekend lepas. Bg aku, sedap jugalah, sbb boleh ratah mushroom banyak2, kalau beli adalah 2 ketul diletaknya. Along pun suka juga ssb dia mmg suka ngan kerabat2 mushroom nie. Resepi amik kat myresepi pastu ubahsuai ikut citarasa sendiri.


Mee Sizzling

Bahan - bahannya:-

300g spaghetti - rebus ikut arahan peket. (since mls nak buat mee, guna spaghetti pun sdp juga)
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk kasar
5 tangkai cili kering - potong 1 inci dan rendam, pastu cuci bersih)
Sos tiram - agak2
Kicap manis - agak2 (kalau nak bg lg hitam, masukkan sedikit kicap pekat)
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
Isi ayam secukupnya
Cendawan shitake
Sawi , lobak merah
2 sudu besar tepung jagung - campur bersama sedikit air (utk memekatkan kuah)
3 biji telur

Cara - caranya:-

1. Tumis bawang putih, halia dan lada kering.
2. Masukkan isi ayam.
3. Masukkan kicap dan sos tiram.
4. Masukkan air secukupnya
5. Bila kuah mendidih, masukkan lobak merah, cendawan dan sawi.
6. Masukkan lada hitam dan tepung jagung.
7. Pecahkan telur dan jangan dikacau.
8. Siap utk dihidang. Lagi sedap kalau makan bersama lada jeruk, nyumm nyumm!!

By the way, sekarang dlm peralihan nak masuk musim sejuk. Cuaca sungguh kering, kulit pun kering dan menggelupas. Wabak batuk dan selesema pun berleluasa. Nnt akan semakin kering lagi...

Monday, November 8, 2010

Sambung Cerita Lama

Aku salute lah orang yang boleh update blog hari2. Aku nak update seminggu sekali pun susah, hihi. Nak kata sibuk sangat tu taklah juga, cuma nak curi2 masa duduk bercatuk depan laptop ni ssh jugalah. Kalau nak ikut keje mmg x habis2, org kata keje x bergaji, biarlah orang kata. Kalau tak org2 mcm aku buat keje2 x bergaji nie, x jalanlah urusan dalam rumah, ye tak??

Nak sambung cerita entry lepas? Susahlah nak cerita. Mereka2 pun dah malas nak bercerita, biarlah ia seadanya saja. Penat dan sia2 sahaja. Jangan tak tahu sekarang gaji2 mereka2 semua x sama dah tiap2 bulan. Bulan lepas lain, bulan ni lain, bulan depan lain... kah kah kah apalah punya kelakar. Tapi mereka2 diam sahaja. Diam bukan bermakna setuju, diam kerana sudah malas nak 'cara'. Kami pun dah malas nak pikir apa2 lagi.

Jauh2 kami datang semata2 utk mengisi 3 tempat kosong tu, apalah maknanya. Hendak mengadu siapa yang sudi, kecewa hati kami simpan sendiri. Biarkan kami terus ketawa, esok lusa belum tentu kami disini lagi. Tunggulah keputusannya bulan 3 tahun hadapan, kalau bumi Sudan inginkan kami lg, kami terima dgn besar hati. Kalau sebaliknya buat kami ibarat pengesat kaki, lebih baik kami pergi. Mmg ada hati nak tukar company, moga2 ada rezeki kami nnt.

Tinggallah cerita lara dan duka. Hari ni dah 2 Zulhijjah, Selasa depan hari raya Haji. Seminggu sekolah dan opis cuti. Bolehlah rehat sepuas hati. Rehat dari buat breakfast jer, hihi. Ramai yang xde pergi melihat tempat org berhibur hati. Bukan xde hati nak terbang kesana kemari. Bukan x cemburu, tapi apakan daya diri. Duit yg ibarat lekat di celah2 jari, terpaksa simpan utk kemudian hari. Manakan tahu kapal ku karam di tengah lautan sepi, bolehlah aku sewa tongkang pecah buat balik negeri, hihi... :-P

Ada orang pernah berkata, kalau ddk Sudan dan x pergi Egypt, mcm x ddk Sudanlah. Sbb Egypt mmg dah sempadan dan dekat. Tapi biarlah, aku telanlah kata itu dengan pahit sekali. Sbb buat masa ini mmg aku rasa aku x akan sampai kesana. Aku kecewa? Tidak!! Aku x akan kecewa kalau setakat tak boleh nak melawat Egypt tu, hihi. Mcm bongkak aje kan. Xdelah, cuma satu tempat yg aku ada hati nak pergi, semoga akan tiba saatnya suatu hari nanti.

Lamanya aku tak masukkan entry makanan kan. Last week aku ada try buat mee sizzling, bdk2 kata yg kat food court lagi sedap, hahaha. Tapi x kisahlah kan, habis jugak satu periuk di kerjakan. Oklah, kena stop dulu, kejap lagi hubby balik. Nak makan apalah malam nie, jemunya makan nasik. Goreng keledek cicah sambal kicap pun sedap juga. Aah lah kan, keledek dah nak tumbuh dah tu, aku beli 2 minggu lepas kot.

Esok apa plan, harap2 Ila nak main badminton pagi esok. Exercise 1-2 kali jer seminggu, yg time makan x ingat dunia. Adoiii... manalah lemak2 x bermaharajalela... hihi.

Thursday, October 21, 2010

The Important of Positive Thinking...

Semalam jumpa Aju... kat Malaysia x terjumpa2, kat Sudan nan jauh beribu batu jumpa pula, itulah jodoh namanya. Dia ada mmmm entah... aku pun x tahu, something to do with SPE... sekali ngan my hubby... haha, terukkan kan aku, mmg lost!! Aku suruh hubby ajak dia lunch kat rumah aku, then sembang2 jap dah jam 4.30. Hantar dia ke airport, xlah xleh masuk... hampehh... Kesian dia x bawa cukup cash masa nak settle bill hotel. Dia igt boleh guna credit kad. Nasib boleh buat reverse charge.

Hari ni mls nak masak utk lunch sbb lauk smlm masih banyak berbaki. Lagipun x brapa nak sihat, selesema la pulak. Tak habis2 badan aku ni sakit, rasa mcm dah x larat. Br lepas telan ubat selesema ngan panadol, jap lg pening lah tu, kena tidur

Hari ni aku mula tuition class. Ngajar budak sklh rendah kira oklah, x stress mana pun, cumanya jgnlah ramai2 sgt satu kelas, x bessttt.

Sekali kenangkan, setakat tiga kelas mengajar, xdelah aku rasa teruk sgt sebenarnya. Sebab aku dulu penah satu hari saja sampai tiga kelas mengajar. Ok jer... habis kelas, kita enjoyyy!!!, pegi makan2... tp kenapa kat sini aku rasa mcm semacam... ke sebab dulu aku sendiri kuli, aku sendiri tauke... ikut suka hati mak bapak aku ajer... haha... entah!!! Aku minta tolong my hubby tanyakan sorang dr kawan dia (bujang) utk amik satu kelas aku (at least). Itupun Yana yg suggestkan namanya. Yana pun terkejut aku kena mengajar sampai 3 kelas. Itulah... nak cakap pun susah. Kalau tiada yg sudi nak amik satu kelas aku tu... x kisahlah...

Entahlah!!! Apa sebenarnya yg susah sgt... tapi aku rasalah, dalam diri aku sendiri yg menolak... aku rasa aku boleh sebenarnya tapi situasi kat sini membuatkan aku rasa x seronok nak mengajar. Kenapa aku x seronok, aku sendiri pun tak tahu. Sebenarnya kita ni kena sentiasa berfikiran positif... brlah kita boleh lakukan pekerjaan kita dgn senang hati. Kat mana aku nak cari positif tu???

By the way aku ada cerita yg aku rasa sebak kat dalam dada... tp kepala aku dah hanyut penangan ubat selesema dr klinik twin tower KLCC tu. (itupun aku kena belah dua, penah dulu aku makan sebijik, jantung aku mcm berdebar2 mcm nak pingsannn)... nntlah aku sambung cerita aku tu... cerita yg membuatkan aku semakin ssh nak jumpa +ve tu... bye.. nak g nap kejap.

Wednesday, July 28, 2010

Report Card punya hal !!!!



Lama jugak lah blog ni xde entry, bukan apa ada satu hal yg x beres, so tu yang xde mood nak memblog.. hehe... xdelah hal besar benar pun... kisah buku rekod budak2 yg aku tertinggal kat Msia...

Panjang sebenarnya kisah mencari buku rekod ini... ianya bermula sebelum kontena sampai lg... Masa ni lepas register sekolah budak pada pertengahan June. Sekolah sini minta rekod sekolah bdk2, hantar dahulu then dalam third July baru sklh panggil semula utk assessment sbb masa ni cikgu2 semua bercuti. Masa tu dah confius dimana duduk letaknya record book itu, sbb pada mulanya sekolah kata nak pegang, pastu hubby kata sekolah dah bg semua sekali (which dia sendiri tak berapa pasti dan blur... hehe) Then suruh Yusman cari kat rumah. Aku bg peneranganlah buku kat tempat sekian2... warna sekian2... adik aku kata 3 buah buku, buku PAFA, lisan dan buku adab belajar adalah.... aku kata 'no'... bukan adab... nak buku rekod!!

So ingatkan masa ni maybe aku ada masukkan dalam kotak yg shipping dalam kontena (harapan palsu sebenarnya sbb seingat aku mmg xde masukkan buku rekod pun dalam kotak2 sekali ngan buku tu... sbb aku jarang lupa... jarang ok... tp ada gak lupa kan)...

Then bila kontena sampai, geledah punya geledah, mmg xde... aiyooo... mana nihh!! So nak make sure call sekolah... 2 kali... confirm mmg sekolah dah bagi pada we all (mesti diaorg kata "aparraa punya parent, record book sklh anak pun boleh cicir x tahu letak mana" Alooo.... mana nak ingat weee... sibuk cari barang sampai habis satu Giant dan Tesco... ihik ihikkk...). So mmg buku ada kat rumahlah, cuma celah mana duduknya pun tak tahu...

Then call sekolah, cerita pasal buku rekod yg mmg xleh nak bg nie... Ingatkan sklh bolehlah tolerate, nak bg buku tu bulan 10 nnt, lepas we all balik sini drpd cuti. Kot nyer dikatanya, no problem cuma daftar time bulan 10 tulah nnt. Kan rugi... dahlah 3 bulan dah bercuti sekolah... nak tambah cuti lagi... no no...

So, kerahan tenaga dilakukan sekali lagi... kali ini melibatkan kedua-dua adik aku (nasib larrr) akhirnya... akukah yang bersalah... mata hatiku tertutup dgn mengatakan buku itu bewarna merah... rupanya putih dan berline merah... huhu... dan instead of sepatutnya tulis rekod pelajar or seangkatan dengannya... tp tajuk buku itu ialah "LAPORAN ADAB BELAJAR" . Ameek kau... ADAB... apa kena mengena adab ngan result periksa.... patutlah masa first cari hari tu, adik aku kata antara buku2 yg ada ialah laporan adab belajar... aiseyyyy... kalaulah belek2 dulu buku tu kan... kalaulah...

Lepas tu baru teringat, kawan aku ada upload gambar2 bk sekolah anak sulong dia kat dalam fesbuk... so mmg ternyatalah... "LAPORAN ADAB BELAJAR"... aku cadangkan tukarlah tajuk buku ini jadi laporan prestasi pelajar ker :-P

So lepas usaha mengemail berjaya, scan 2 muka surat terakhir saja... terus email ke sekolah... dan terkebetulan ada kawan hubby balik kl... aku suruh adik aku past juga buku rekod itu... walaupun telah email, manalah tahu kan.. kan... anything can happen... Kawan hubby tu balik Sudan hari Jumaat ni... so ok sgtlah kalau next week pegi sekolah untuk assessment. Tinggal lagi 2 minggu sblm buka sekolah tau!!!

Thursday, July 15, 2010

Barang Sampai Dah!!

"Buah yang ditunggu gugur akhirnya". Apa ni cerita pasal buah2 ni, buah kelapa ker?? hehe... Ini cerita barang2 yg shipping dr Malaysia kira2 2 bulan lepas sudah jejak rumah ni. Syukur Alhamdulillah, penantian sudahpun berakhir. Sampai tepat pukul 5ptg smlm. So mlm tadi, mengasingkan barang2 yg dipesan orang. Ada berbelas kotak juga. Bila2 dilihat2 x byk sgt pun barang makanan yg aku bawak rupanya... bila dah tolak barang2 org, tolak barang2 rumah yg lain... berapa kotak aje barang makanan... hehe... oklah juga tu, yg bw sikit dari aku pun ada.

Pagi tadi, hujan renyai2 membasahi bumi Khartoum ni stlh 3-4 hari awan nampak mendung. Tmpt lain seperti Soba mmg hujan lebat juga, Khartoum ni aje yg ssh nak hujan. Sejuk jer sepanjang hari ni. Masih lagi sambung mengemas, cuma mati akal bila xde tempat nak letak barang2 makanan tu. Nak biar aje duduk dalam kotak kang, ssh pula nak ambik. Fikir... fikir... hehe...

Idea pun kurang nak menulis, mata mengantuk, smlm tidur lewat. Dengan tak malu aku letak gambar rumah yg tengah sepah2.. hehe...




Wednesday, July 14, 2010

Mood Swings

Kalau bercerita pasal orang perempuan yg moody x tentu pasal pastu salahkan hormon, nanti kaum yg satu lagi kata, orang perempuan ni, asik2 nak salahkan hormon. Tapi memang inilah pengalaman aku sendiri. Mesti ada satu tahap akan rasa depress tanpa ada sebab yg concrete. Mulalah datang persoalan2 dan bisikan2 yg memang tiadakan bertemu jawapan. Dan jiwa pun hanyut entah kemana, tiada berkesudahan hingga membawa kepada ingin menangis tanpa sebab. Aneh, tapi benar dan ianya sangat susah untuk ditafsirkan dengan kata.

Masa ni mulalah terganggu dengan perkara2 yg sebelum ni tak menjadi hal pun. Sedih tanpa sebab yg concrete pun. Feel like isolated and ignored. Tapi sebelum ianya parah, aku akan ingatkan diri sendiri, bahawa bukan diri aku sendiri yang ingin berperasaan begini. Imbalance hormone dalam badan aku ni yang menjadi faktor utamanya. 'I am not be in a good mood now, but I am going to contol myself because this is not real me, this bad mood shall pass and everything will be normal again'. Selalunya keadaan ini akan terkawal dibawah 'minda sedar'... hehe, maksudnya tiada sesiapa pun menyedari yg aku sedang 'fight' dengan mood aku sendiri.

Namun adakalanya juga aku akan tewas, apabila time aku dah sedia depress ini dan ujian menimpa. Terbaru ialah sewaktu aku mula hidup disini. Baru sebulan disini, ibaratnya seperti orang asing. Walaupun hb dtg dulu, x bykpun yg dia tahu sbb kepasar pun xpernah dan makan ada cook yg masak. Ianya ibarat kita lalu suatu jalan pada waktu berkabus, dan tak nampak apa yang ada didepan.... blurrr. Ibaratnya seperti menyusur jalan yg kiri kanannya dipenuhi belukar. Mcm2 persoalan bertubi2 dtg dan mengasak fikiran aku yg dah sedia celaru. Ianya bertambah teruk bila pengertian yg diharapkan, lain pula yang datang. 2-3 hari aku habiskan masa dengan tidur sahaja.

Namun 'kabus' tadi sudahpun hilang. Jalan semakin terang, aku sudah nampak ada bunga2 dikiri kanan jalan. Syukur, walaupun disini keadaannya memang tidak se'mewah' dan seseronok negara sendiri, namun ianya tidaklah seteruk mana. Betul!! Ianya tidaklah seteruk gambaran yg aku fikirkan sewaktu depress itu. Semoga tiada lagi frasa seperti itu.

So, bilamana seorang perempuan itu berkata, dia tiada mood utk berbuat apa2, mmg dia maksudkannya. So, biarkanlah dia 'memalaskan' dirinya utk seketika waktu.


Monday, July 12, 2010

Berakhirnya Demam World Cup 2010

Takdelah nak kata kaki bola pun... tp kiranya sejarah jugalah tahun nie mengikuti hampir sepenuhnya perlawanan sejak dari peringkat saringan lagi. Berhantu juga bola ni rupanya, mcm drama korean plak. Apa taknya, bila start tgk mmg kena tgk sampai habislah. Tapi oklah, sbb sini lewat sejam dari South Africa nun, so tak perlulah nak bangun pagi2 buta semata2 nak tgk bola mengalahkan nak bangun solat tahadjud pula. Itu sebabnya bolehlah aku layan bola tahun nie.

Sepakan emas Iniesta pada minit 116, melayakkan Spain dinobatkan juara World Cup untuk pertama kalinya.

Bukan main seronok bila Spain menang, sbb mmg tak suka ngan si Holland tuh (kan pemimpinnya penuh ngan propaganda menghina Islam, sudah lupa?) Lagipun punyalah main kotor, boleh kata semua playernya dapat kad kuning, padan muka!! Yang paling sakit hati, time penendang naik dada, kalau akulah referee, mmg kad merah 2 keping aku bagi... ha! amik kau. Last2 dapat kad merah jugak (sepatutnya awal2 lg dah bg), mmg dasar main jahat.

Nigel de Jong 'menapakkan' kasutnya ke dada pemain Spain Xabi Alonso. Tengok!!! Tapi hanya dberi kad kuning (deserve kad merah!!!) Inilah game paling memalukan sepanjang sejarah WC2010 ni.

Next world cup dimana, Brazil yer. Kasihan brazil awal2 lagi dah kalah. Memang x dijangka sungguh. Yelahkan 5 years juara, rupanya kalah sebelum quarter final lagi. Itulah, namanya pun pertandingan, kalah menang tu adatlah. Lagipun bola tu kan bulat, haha...

Kaka masa kena sending off (Brazil lawan siapa, x ingat dah). Kontroversi.. haha... Jumpa lagi 4 tahun (InsyaAllah). Itupun kalau aku nak tgk lah kan. :-P

Menunggu dan Donut

Ini rentetan cerita mengenai barang2 yg kami 'shipping' dr Malaysia tu. Smlm, katanya sekarang tengah tunggu pihak kastam Sudan menghantar detail mengenai cukai yg perlu kami jelaskan. Sekiranya cepat mereka bertindak, cepat jugalah Subali akan 'menyetel' bayaran itu. Selesai urusan pembayaran cukai itu, makanya akan terhantarlah barang2 kami itu kesini.

Dikhabarkan, sblm kisah cukai ini, ada satu kisah mengenai printer kami yg agak megelirukan pihak kastam. Mmg telah terbukti benar kata2 mereka yg pernah dtg kesini dgn membawa printer akan menimbulkan masalah. Tidaklah dapat dipastikan mengapakah pihak kastam Sudan sangat 'allergic' dgn 'printer'. Mungkin mereka menyangkakan itu adalah mesin memproses bom atom layaknya.

Dan adalah nasihat dari mereka yg dahulunya membawa printer dan mengalami masalah, menasihatkan kepada kami supaya mengiystiharkan printer itu sebagai barang lain, bukannya printer, comtohnya mesin membuat mee atau mesin pembancuh kopi (agaknyalah kan). Tetapi bagaimana pula sekiranya printer itu dengan sesuka hati diambil bak harta sendiri oleh pihak Kastam yang tidak pasti rekod bersih dan jujurnya. Pastinya kami boleh gigit jari sahajalah sebab kalau nak 'claim' pun, mana ada buktinya.

Senanglah cerita, sebenarnya kastam memang sengaja mencari pasal. Kalau bukan hal printer itu, pastinya semua kotak2 kami dibuka satu persatu supaya adalah hal2 yang boleh menyusahkan pihak kami. Memang ada kes, habis kesemua kotak2nya dibuka, berterabur barang bercampur2. Ada juga kes kononnya membawa barang kesini sebab nak berniaga (mmg banyaklah barang2 tu pun bercampur dengan kiriman orang lagi). Hilang barang perkara biasa. Entahlah, susah nak dipastikan samada hilang sbb pecah atau rosak atau diambil. Kalau sengaja nak mengambil, boleh fikirlah sendiri apa hukum dan balasannya.

Minggu ini dan minggu depan, dalam mood menunggulah kami gamaknya. Syukur, sekurang2nya sampai juga barang2 kami tu sblm puasa. Dibawah ni antara pose2 menarik donut petang semalam.



Friday, July 9, 2010

Morning Walk and POLIGAMI

Kalau last week morning walk ngan hb (sbb ketinggalan keretapi :-P). Pg tadi morning walk bertiga, Hasni dan Amy. Perjalanan yg lebih jauh tp terasa lebih dekat. Kenapa yer?? Tak lain dan tak bukan kerana sesi pot pet pot pet sepanjang jalan... haha. Lepas satu cerita bersambung ngan cerita yang lain pula. Biasalah isu2 orang perempuan, anak, sopping, jalan2 cari makan, lagi... dan mcm2 lagi lah...

Dan satu topik yg mmg x leh lari ngan org perempuan ni ialah isu poligami. Bercerita berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan sekeliling lah kan. Tapikan sukalah aku nak mengingatkan diri sendiri dan juga kaum perempuan lain amnya, janganlah terlalu emosi apabila membicarakan topik poligami ini hingga lupa diri. Mengutuk poligami sewenang-wenangnya hukumnya bukanlah seperti kita mengutuk betapa x cantiknya kain langsir rumah jiran kita tuh atau membebel suami yg malas basuh pinggan.

Perlu kita tahu, poligami ialah hukum yg Allah tetapkan. Jika tidak suka atau mengutuk hukum ini samalah seperti kita mengutuk hukum Allah. Seberani itukah kita?? Ya, mmg semua perempuan tidak mahu berkongsi kasih... itu adalah normal, tiada yg salah. Cuma berhati-hati berbicara takut memakan diri.

Poligami itu sendiri sebenarnya tidak bersalah, orang2 yg mengamalkan poligami itulah yg merosakkannya. Semua hukum yg Allah tetapkan, tiada satu pun untuk menyusahkan, semua demi kemudahan dan kemaslahatan manusia. Cuma manusia sendirilah yg memberatkannya atau menyelewangkannya. Contoh mudah, kahwin itu sendiri. Semua tahukan syaratnya cuma wali dan saksi serta mas kawin. Tapi manusia lah memberatkannya dengan hantaran puluhan ribu ringgit, itu belum nak menyediakan 10 dulang hantaran dan lain2 lagi.

Begitu juga poligami, ianya adalah jalan keluar atau pilihan bg permasalahan manusia. Bayangkan isteri yg sakit, tidak dapat menguruskan rumahtangga dengan sempurna, sekalipun suami berkahwin lain, masih dapat membela kebajikan isteri yg pertama tadi. Tapi mesti ada yang kata, kalau suami itu berimanlah, kalau tak tentu di'tendang' saja isteri yg sakit itu. Ya memang, poligami ini utk yg terpilih sahaja, yang kita lihat poligami 'senget' sebelah tu, org itu sebenarnya tak layak pun berpoligami.

Jika dengan poligami, kesusahan dan bala yg datang itu salah manusia itu sendiri. Jika dengan berpoligami, anak2 terabai, kebajikan isteri2 terabai, so manusia itu yg bermasalah sebenarnya. Mana taknya, isteri2 kena bekerja utk menanggung hidup sendiri dan anak2, disitu pun sudah ada kecelaruan. Itu belum masuk bab pendidikan anak2 dan sebagainya. So, ingatlah poligami bukan sesenang minta isteri sain borang... tidak!! Jika boleh cari syurga dengan berpoligami, silakanlah, jika tidak... fikirlah sendiri.

So jika terperangkap dalam perbualan yg melibatkan poligami, lebih baik berdiam diri. Takut perbahasan melalut sampai kepada tahap mempertikaikan hukum ketetapan Allah. Ingat, poligami itu tidak bersalah, kitalah hamba yg hina lagi dhaif yg khilaf. Allah tidak pernah menzalimi hamba2nya, kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.

Thursday, July 8, 2010

Hmmm... 2 bln dah...

Julai dah pun melebarkan sayapnya. Sedar tak sedar dah 2 bulan tinggal d Sudan nih. Kontena pun entah apa cerita gamaknya. Kalau ikutkan last week sampai Soba dan dlm proses kastam lah kotnya... (Malas ah nak cerita, buat bengkak jiwa jer!)

Lebih kurang sebulan lagi Ramadhan. Bulan penuh rahmat dan keberkatan. So, aku akan pertama kali merasa berpuasa dbumi asing (wahhh!! gitu). Sebenarnya walaupun tinggal d Sudan ni, aku tidaklah sebenarnya merasa erti sebenar kehidupan dsini. Kalau bg mereka yg dtg sini hanya berbekalkan hanya 2 beg pakaian, dan tinggal di celah2 rakyat dsini, itu adalah 'sebenar' musafir. Aku?? Aku masih jauh utk mengerti kepayahan sebenar rakyat dsini.

Anak2 aku yg berdua tu dah sungguh2 nak puasa. Ingat lagi tahun lepas, mlm pertama bersahur... ngan mamai2 makan nasi (byk pulak tuu... hehe)Tp biasalah mana penuh sampai petang pun, jam 1 ke 2 dah buka, x larat. Sahur hari kedua, kejut... x bgn, x larat agaknya. Esoknya bgn pagi, merajuk sbb mama x kejut sahur. Kelakar... Baguslah kecik2 lg smgt nak puasa, cumanya org pula kata kita memaksa anak kecik berpuasa berlapar seharian... kesian. Tapi bukannya paksa tahan puasa sambil tergolek keletihan kan... ikut setakat mana laratlah... x larat boleh buka, sbb hukum budak2 sebesar tu puasa bukan wajib lagi pun. Lainlah dah besar2 pun x puasa2 juga, memang sendiri mahu ingatlah.

So, elok diaorg buka sekolah nnt, terus mula puasa. Sini sklh sampai jam 2ptg dgn 2 kali rehat. Ada juga anak2 staf sekolah yg sama. Tunggu dan lihat ajelah nnt, samada larat puasa, entah2 sampai rumah letak beg terus terkam air... hehe. Tambahan kat sini kering, mmg sentiasa dahaga nak minum air.

Tapi yang paling bestnya ialah, kami nak balik Msia raya Aidilfitri nanti... Horeyy!!! Itulah sebenarnya yg membuatkan aku x berapa nak ingat sgt pasal kontena aku yg tak kunjung tiba lagi tu! Hehe... mulanya nak balik slps raya sbb dgn alasan 'ssh nak travel puasa2 ni' dan ditambah hujah yg kuat konon tiket nak balik dah sold out. Tapi bila aku ingat2 balik, rasa mcm x sanggup pulak tahun n i nak raya sini (tahun depan oklah kott kan... hehe). So segera survey tiket, byk lah pulak. Betul ke nie??? So bila tanya org, yg habis tu tiket 1,2,3 hari nak raya, sebelum 3 hr tu berlambak lg... Horeyyy!! So InsyaAllah, balik raya.

Dbawah antara gambar pemandangan (dari dalam van aje..) sewaktu dalam perjalanan ke Souk Libya, 3 minggu lepas kot. Center point utk kain pasang, tapi x beli sbb nak tunggu g ngan madam2 br nak beli. Masa ni dah keboringan tahab gaban tu yg bantai gak pegi, jauh gak lah... dalam 30minit.


Berbata coklat itu sebenarnya ialah rumah2 mereka. Berbumbung tapi tidak sempurna. Sebab itu, mereka sgt risau kalau hujan turun. Sgt kasihan.

Wednesday, June 30, 2010

"Sakit Jiwa"

Aduhhh.... ini cerita pasal shipping kontena... dalam 2 minggu lepas we called Subalipack... sakit dbuatnya... sepatutnya kontena tu dah masuk Port Sudan pada awal June (maknanya take about 1 month ajelah from Malaysia as the shipping made awal May) tp d sebabkan kesilapan x sediakan dokumen yg sepatutnya oleh pihak Subali, kontena tu xleh masukkkkk...... oiii... aduhhh... nak tercabut jantung dgr alasan x prepare dokumen... iyelah kami ni bukan family pertama yg dtg sini bw kontena... dah bertahun dah... takkan ... aduhai seribu kali sayang... so 'dia' kata dalam 27hb barang sampai... {kami pun silap, x tanya lebih lanjut, sampai dmana????}... so kami ingat 27hb tu sampai Soba (which take 3 days nak sampai Khartoum ni)

So... frust dah satu hal.... tunggu... then by 27 my hb call lagi.... RUPANYA mmg x masuk Port Sudan lg pun... {hari tu update oleh anak buah jer, nak menyedapkan hati sbb nak cover mistake... @%^$%#} ... nnt kalau masuk diaorg call.... ADUHHH... kalau x masuk port lg x usah ceritalah... sampai skrg tunggu diaorg call (xde pun... kita gak yg kena call)... kalau dah masuk port pun, kena tunggu kastam clearance plak {yg mana jarang cepat, almost take about 1 month, tp ada juga kes cepat, seminggu jer... tgk nasib lah}

Tension kalau dingat-ingatkan... frust sbb menaruh harapan kononnya kontena sampai dah... rupanya2... hmmmm.... nak marah pun bukan boleh jadi apa2 pun... terpaksalah meminjam barang {hari tu dah pinjam beras n minyak masak} ... ni semua habis dah... kalau brg2 yg ada kat Sudan ni dan harganya lebih kurang jer {mahal sikit kira oklah}, mmg kami beli jer... ni mcm kicap, sos {yg ada jenama Heinz jer, try beli dah x bole masuk, heeeee}, sardin mmg xde, huhu... beras ngan minyak mmg mahal {mcm harga emass... muahahhaa}

Sebenarnya part barang makan tu satu hal lah, ni mcm barang2 perkakasan, contoh... nak buat kek ngan biskut pun ssh, xde baking tray, xde mixer.... mcm 'patah tangan' kat dapur... buku2 budak2 semua letak dlm kontena, kononnya bln 7 nak start jadual belajar dah... habis lari semua angan2... bdk2 pun idamkan basikal mereka yg hanya smpt merasa satu mlm jer.... huhuhuhu

Entahlah, tiada apa yg dapat kami lakukan selain berdoa dan menunggu.. harap2 kastam Sudan 'malas' nak check kotak2 kami satu persatu.... itu sajelah harapan yg tinggal....

Thursday, June 17, 2010

Another Boring Entry

Haha... dahlah boring, mengadap pulak blog yg boring di hari yg boring... :-P Jgn boring2 dong!! Oppsss.. hari ni hubby balik dah.. ptg kot, entah tengahari... dia sendiri pun x sure. Kata bertolak pagi... entah2 jap lg ding dong!!! Anak2 dua org tuh sedap tido lg... biarkannn...

Ada beberapa blog yg aku suka benar melawat... haha... ini sindrom org xde keje nak buat apa ke? Ingat lagi dulu (ececece... mcmlah lama benar... dulu tuhh), kalau kat Msia, nak2 masuk tahun nie, yg aku jd driver sepenuh masa budak2, nak makan pun aku rasa mcm x sempat, makan 'curi2' jer.. haha... kat sini pulak terlebih masa pulak.. tu yg asik terasa nak makan mcm2... dapur pulak dekat jer... tp itulah kena rajinlah masak kalau nak makan kan!!

Ehh!! Esok Jumaat dah, cuti!! Uhh kalau kat Msia, wekend lah yg ditunggu2, bukan sebab nak sopping... gaji aku bukan byk nak sopping sokmo (ceee... gaji aku, mcmlah keje, tp aku keje jugaklah kan... dpt sikit2 pun Alhamdulillah). Setakat pegi Alamanda, jln2 pastu makan kat food court dia... otw balik singgah billion beli groceries... (aku x consider beli brg2 dapur ni as sopping.. kalu mcm tuh aku sopping sokmo lah... haha... makcik kayo rupanya) Bg aku sopping ini ialah, pegi Sogo @ Jusco @ MidValley (sekadar menyebut beberapa contoh)... beli baju budak2 ker, bj mak budak ker, atau bj bapak budak ker, atau kasut atau handbag... atau barbie atau bionicle atau apa2 sajer... Kalau mcm tuh kiranya aku sopping sakan setahun sekali ajelah kot, time nak raya time hubby dpt bonus (sib baik ada bonus kan!!)

Tahun ni x merasa nak sopping before raya (diingatkan before ok)... sebab nak raya kat sini... InsyaAllah kalau xde aral melintang, nak balik lepas raya. Tp sopping bj2 segala tu x masuk dlm list sgt, yg penting aku nak beli ikan (species yg xde kat sini mcm cencaru, tongkol.. etc..etc), lagi nak beli lada kering, ikan kering, mcm2 lagi yg aku lupa nak bawak, x tahu kena bawak.. bila sampai sini br tahu... dan benda yg aku silap estimate byk mana. Aku estimate guna jadual ddk Msia, yg mostly wekend gantung periuk belanga, tp sini 7 hari seminggu full masak... dan ada juga benda yg aku x ingat, yelah terlalu byk sgt nak bawak sampai ada juga yg tercicir...

Nak balik Keratong, nak balik Kelantan, nak g holiday main air pantai, semua nak.... owhhh juga melawat Moksu Nina kat KTT (terbayang2 masa Nina spent masa kat rumah hari tu)... aku dah homesick dah... baik stop sebelum merapu lebih jauh....

Wednesday, June 16, 2010

Silent Day and Power Trip

My dearly hubby xde kat rumah since smlm, ada site visit. Esok ptg baliklah... haha... bukan lama pun...

Oh yea... dapat jiran br, sblh rumah... Alhamdulillah ada kawan buat teman time summer panas2 nih.. hehe... Pertemuan yg x djangka itu, cerita begini ... smlm lebih kurang jam 6.30ptg power trip, Along yg baru nak shower terjingkit2 keluar... kesian Along. Nasib baik time ni cerah lagi. (Apparaa... time laki aku takdelah nak power triplah apalah, cakap dlm hati). Then aku g tgk kat dlm stor (luar rumah), kot2 ada apa2 yg aku bole godek2 kan. Tgk semua ok, ni rumah aku sorang jer ker, satu kompleks? Tunggulah kejap lg, sbb dah 4-5 kali mcm nie, tp dia ok sendiri. G angkat bj jap.. hehe... sempat lgi.. Then aku nmpk lampu corridor nyala ok jer. Hah, sah rumah aku sorang jer nih. Nak make sure, aku call Amy (dia level 1), dia kata rumah dia ok jer... pulak. Dia suggest check main switch (yg kat dlm stor td) atau call jer helpdesk. Ok! Mmg rumah akulah yg problem nih. Aku sekali lg g check main switch, huh makin gelap makinlah x nmpk. Call helpdesk suruh diaorg dtg tgk.

Tunggu..... tunggu aiiii lamanya... aku pun bukak pintu luas2 manalah tahu, x jumpa cr rumah ker (logik ker). Terjenguk2 kat luar... ohh... aku nmpk diaorg tgh do something kat dlm electric room rumah sblh aku nie. Oooo ok! Diaorg tahu tak ni rumah aku pun trip jugak nie... Tunggu lagi... entah kali berapa aku jenguk aku nmpk jiran br aku ni dgn 2 org heronya... aku ingat br balik dr cuti2 Malaysia. Rupanya br sampai ptg nie, dsbbkan rumah dia masih x masuk letrik lg, aku ajak lepak kat rumah aku dulu, sambil sembang2 (yg aku langsung lupa nak buat air... teruk betul aku nie). Dalam pukul 8 br ok. Seronok aku dpt jiran, sbb sblm ni sblh ni sunyi jer.

Pengajarannya, disamping kena buat air utk tetamu, aku juga kena beli lampu suluh ngan lilin nih, mcmana kalau trip tu berlaku waktu mlm. Bersuluh ngan laptop lah gamaknya. (So make sure laptop anda fully charge OK!.. haha)

Monday, June 14, 2010

Soya Sauce Prawns

Wahhh, awalnya masukkan entry hari nie... hehe. Br lepas lunch, so rehat lah kejap... lepas ni ke dapur balik, kemas yg masak2 td tuu... Mcm biasa, masak simple2 sahaja, terjumpa resepi udang yg nmpk sedap ni kat blog '3 hungry tummies'... so lps masak, mmg sedap pun. Budak2 sukakannyaaaa..... siap ada second request... InsyaAllah. Thx tummy for this delicious recipe.


Soya Sauce Prawns
Source:- 3 hungry tummies

Bahan-bahannya:-

12 ekor udang - bersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
1cm mentega
1 tangkai daun bawang - x letak sbb xde

Untuk sosnya:-

1 tbs kicap cair
1 tbs of Maggi seasoning sauce
1 tsp of gula
2 tbs of air
sedikit minyak bijan
sedikit serbuk lada putih

Cara-caranya:-

1. Goreng udang tanpa minyak hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Cairkan mentega dalam pan dan tumiskan bahan cincang sebentar.
3. Masukkan bahan2 sos. Kacau rata.
4. Masukkan udang.
5. Kuatkan api dan teruskan mengacau. Masukkan daun bawang bila sosnya sudah agak kering.
6. Hidangkan segera.

Ini pula kari hijau ayam. Takdelah apa yg nak dbanggakan pun sbb guna pes ready made.. hehe.. tp pedasnya ya amat... so Adik hanya makan ayam shj, Along ambik jugak kuah sikit2. So disebabkan kuah ni pedas, aku buatkan budak2 ni sayur masak air. (Jumpa sawi kat kedai bawah td... yuhuu... hehe... diaorg ckp ada org Korea yg tanam sayur kat Sudan ni, dan dtg jual kat kompleks nie, org Sudan mmg x mkn sawi :-P)

Sunday, June 13, 2010

Roti Arab

Dah lama usha2 nak buat roti ni, sbb bhnnya senang dan nak membuatnya pun senang... so sbb dlm freezer ada 'belen' sardin ngan daging kurma hari tu... ptg td cubalah buat roti nie. Uli2 sambil tgk tv xdelah terasa sgt. Try nak masuk MyResepi, tp x boleh2... dah 2-3 hari juga kot problem jerrr.... so last2 terjumpa kat Fp mamasya ... yg bagusnya roti ni bakar atas pan jer... senang2... sblm ni ada roti arab versi goreng ngan minyak... nnt try versi tu plak, tp sure kalau nak healthy style kenalah guna versi bakar atas pan kan... Thx mamasya, utk resepi roti Arab yg marbeles ini. Aku juga buat setengah adunan, cukup sekali makan... cuma next time nak kena bagi tebal sikitttt... br cun.. hehe



Roti Arab
Source:- Soulha Cairo @ Sue, jumpa di mamasya , resepi asal kak Hanieliza.


Bahan-bahannya:-

500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam

250 ml air suam
6 s/b shortening/lemak sayur..(warna putih)

Cara-caranya:-

1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
10. Angkat dan hidangkan dengan kari atau sambal sardin.

Saturday, June 12, 2010

Another boring Weekend

Planning hari ni nak ke Souk Markazi (belum pernah pegi lg so nak try juga sekali), pasar yg lebih jauh sedikit drpd Souk Bahri yg dok pergi every weken tuh. Lepas Subuh, x tdo (ceeee... bangga konon) sbb settle kan melipat kain yg 2 hari ddk berlonggok dgn cantiknya di atas sofa. Biasa lepas subuh sambung tido balik sbb sini subuh jam 5pg. Tp disebabkan paksa rela diri sendiri, habis juga kain2 itu dilipat. Then tunggu cleaner dtg cuci rumah, sbb smlm dah x cuci (Jumaat cuti). Siap jam 10pg. Pastu baru sarapan (leftover fettuccine smlm)... burpppp... kenyang... Then mmm rasa malas pulak nak keluar...hehe... Jam dah pukul 11... ingat nak mandi lama2 sikit smbil2 sental bilik air... Last2 my dearly hubby jer g pasar, x byk yg nak dbeli pun... cari stok daging ngan buah2 sikit...

Last2 jam 2ptg gak br start msk... tdo, mandi, sental bilik air dulu... ekekeke... masak simple jer... tomyam, makanan kegemaran seisi keluarga... Alhamdulillah.... Then, tgk tv dan memboringkan diri... esok dah keje (mcm aku laks yg keje.. hehe)... sekejap jer rasa cuti 2hari...

Instead of guna pes tomyam Adabi yg biasa dok buat tuh, kali ni try pes tomyam kung (original Thai mari) beli kat Marwa smlm. Not bad, sedap gak, sesekali tukar citarasa kann.

Friday, June 11, 2010

Fettuccine Alfredo


Ini dinner mlm td... since tghari msk cincai... telur dadar ngan sayur air, cukup sekali makan jer... so ptg mulalah pikir mlm nak makan apa... so kebetulan keboringan tahap gaban, we all pegi Marwa ptg td... beli brg yg dperlukan utk dinner mlm ni... ngan apa2 tah barang lg... habis 100++!! Aduhh mahalnyer barang bukannya byk pun, setakat satu raga jer. Pastu nak beli satu2 barang tuh, pikir 4-5 kali... tawaf 2-3 kali.... nak beli ke tak? Mcm sopping beli handbag lagaknya!! hehe... Kalu x beli xjadi plak nak masak... last2 pejam beli jerkk... huhu...

Kenapa fettuccine? sbb boring dah makan spaghetti sos tomato tuh... hehe... sajer nak tukar2 selera... Resepi amik kat allrecipes.com ... tp cam biasalah kan bukan semua bahan2 taruk, byk yg xde, tp sedap gak... buat separuh dr resepi dbawah, byk dapat, siap boleh simpan utk bf esok... hehe...

Chicken Fettuccini Alfredo

Source: Emily (allrecipes.com)

Ingredients:-
  • 6 skinless, boneless chicken breast halves - cut into cubes
  • 6 tablespoons butter, divided
  • 4 cloves garlic, minced, divided
  • 1 tablespoon Italian seasoning - xde
  • 1 pound fettuccini pasta
  • 1 onion, diced
  • 1 (8 ounce) package sliced mushrooms
  • 1/3 cup all-purpose flour
  • 1 tablespoon salt
  • 3/4 teaspoon ground white pepper
  • 3 cups milk
  • 1 cup half-and-half - xde (sebnrnya aku tak tau pun apa nie... rsnya one type of cream kot)
  • 3/4 cup grated Parmesan cheese
  • 8 ounces shredded Colby-Monterey Jack cheese - xde
  • 3 roma (plum) tomatoes, diced
  • 1/2 cup sour cream - guna cream biasa + lemon

Directions:-
  1. In a large skillet over medium heat combine chicken, 2 tablespoons butter, garlic and Italian seasoning. Cook until chicken is no longer pink inside. Remove from skillet and set aside.
  2. Bring a large pot of lightly salted water to a boil. Add pasta and cook for 8 to 10 minutes or until al dente; drain.
  3. Meanwhile, melt 4 tablespoons butter in the skillet. Saute onion, 2 tablespoons garlic and mushrooms until onions are transparent. Stir in flour, salt and pepper; cook 2 minutes. Slowly add milk and half-and-half, stirring until smooth and creamy. Stir in Parmesan and Colby-Monterey Jack cheeses; stir until cheese is melted. Stir in chicken mixture, tomatoes and sour cream. Serve over cooked fettuccine.

Di samping tu, aku buat mushroom sup ala2 sup Campbell dlm tin tu, mkn ngan roti... budak2 sukalahh... bertambah-tambah... hehe...

Mushroom Soup
Source:- minamil33 (MYR)

Bahan-bahan:-

1 keping dada ayam
1500ml air
500ml fresh milk
1 kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang - guna mushroom fresh (yg guna buat sos fettuccine)
1 cawan tepung gandum
garam
secubit Ajinomoto - x letak sbb kuib ayam pun mmg ada Ajinomoto dah

Cara-cara:-

1. Potong atau dadukan ayam kecil2. Rebus ayam bersama air sehingga ayam masak.
2. Masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api perlahan spy susu tak membuak2.
3. Masukkan mushroom.
4. Masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau sampai pekat.
5. Perisakan dengan garam dan Ajinomoto.
6. Sedia dihidangkan bersama roti. Letak ground white pepper sikit pun sedap.

Nway, ini lunch td, simple mimple... tp sedap kalau peyut tgh lapar tuhh....


Thursday, June 10, 2010

Balik...

Salam dan selamat sejahtera :-) Balik??? Eh! Bukan aku yang balik... Ila yg balik... ptg td, balik cuti sebulan ++... seronoknya ... bila turn aku nak balik pulak nih, hehe... baru ddk sebulan dah cbuk nak balik... ekekeke...sekali pikir mcm x larat jer ddk sini, bukan x larat sbb makan.. bukan!! sbb utamanya ialah mcm mati kutu tak tahu nak pegi mana... contoh; esok wekend pun x ada plan apa2... sbb xde tmpt yg boleh dituju utk menghabiskan waktu... boleh 'sick' dbuatnya... bila dua kali pikir... entah aku malas nak pikir sampai 2-3 kali, boleh gila dbuatnya pikir byk2 sgt nihh... hehehhe...

Kak Zilla pula 'back for good' petang tadi... 3 tahun dah kat sini... baik dan sgt peramah kak Zilla nih... sedih x dapat kenal lebih lama... serius sedihhh... tapi xpe rumah kat Mesia dekat2 ajer... ada jodoh kita jumpa lg yer kak... bila tgk org balik, mulalah... ahhh!! jgn dlayan perasaan nih, mcm aku penah kata kalau kita sedih jgn di'gali' lagi kesedihan tue... akibatnya ia semakin dalam dan dalam...

Anyway... hari ni msk simple2 ajer, panaskan lauk ayam golek 3hari lps yg aku prozenkan, buat acar timun yg x cukup (sbb semua dok berebut,,, sedap ker?? xdelah, acar timun nak sedap 'setaro mano' sgt ... yg penting itu masamlah... u know tekak kat rumah nihh...hehe ...pastu aku buat kari terung Indian style sbb x pakai santan... aku mls lah nak pinjam2 kecuali beras ngan minyak aku ada pinjam ngan Ila... tu kan item mandatori... beras kat Sudan nih semua beras basmathi jer, sekilo 7 ringgit ... so kalau 10 kilo dah 70... huhu dapat 2okilo kalau beras biasa...

Sambil2 blog aku dengar soundtrack 'My Girl'... yg aku donlod ms kat Mesia lagi... itu ajolah koleksi lagu2 yg aku ada... yg lain2 semua kat PC yg tak sempat nak transfer ker laptop nih...
Related Posts with Thumbnails