Monday, June 14, 2010

Soya Sauce Prawns

Wahhh, awalnya masukkan entry hari nie... hehe. Br lepas lunch, so rehat lah kejap... lepas ni ke dapur balik, kemas yg masak2 td tuu... Mcm biasa, masak simple2 sahaja, terjumpa resepi udang yg nmpk sedap ni kat blog '3 hungry tummies'... so lps masak, mmg sedap pun. Budak2 sukakannyaaaa..... siap ada second request... InsyaAllah. Thx tummy for this delicious recipe.


Soya Sauce Prawns
Source:- 3 hungry tummies

Bahan-bahannya:-

12 ekor udang - bersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
1cm mentega
1 tangkai daun bawang - x letak sbb xde

Untuk sosnya:-

1 tbs kicap cair
1 tbs of Maggi seasoning sauce
1 tsp of gula
2 tbs of air
sedikit minyak bijan
sedikit serbuk lada putih

Cara-caranya:-

1. Goreng udang tanpa minyak hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Cairkan mentega dalam pan dan tumiskan bahan cincang sebentar.
3. Masukkan bahan2 sos. Kacau rata.
4. Masukkan udang.
5. Kuatkan api dan teruskan mengacau. Masukkan daun bawang bila sosnya sudah agak kering.
6. Hidangkan segera.

Ini pula kari hijau ayam. Takdelah apa yg nak dbanggakan pun sbb guna pes ready made.. hehe.. tp pedasnya ya amat... so Adik hanya makan ayam shj, Along ambik jugak kuah sikit2. So disebabkan kuah ni pedas, aku buatkan budak2 ni sayur masak air. (Jumpa sawi kat kedai bawah td... yuhuu... hehe... diaorg ckp ada org Korea yg tanam sayur kat Sudan ni, dan dtg jual kat kompleks nie, org Sudan mmg x mkn sawi :-P)

No comments:

Related Posts with Thumbnails