Ini rentetan cerita mengenai barang2 yg kami 'shipping' dr Malaysia tu. Smlm, katanya sekarang tengah tunggu pihak kastam Sudan menghantar detail mengenai cukai yg perlu kami jelaskan. Sekiranya cepat mereka bertindak, cepat jugalah Subali akan 'menyetel' bayaran itu. Selesai urusan pembayaran cukai itu, makanya akan terhantarlah barang2 kami itu kesini.
Dikhabarkan, sblm kisah cukai ini, ada satu kisah mengenai printer kami yg agak megelirukan pihak kastam. Mmg telah terbukti benar kata2 mereka yg pernah dtg kesini dgn membawa printer akan menimbulkan masalah. Tidaklah dapat dipastikan mengapakah pihak kastam Sudan sangat 'allergic' dgn 'printer'. Mungkin mereka menyangkakan itu adalah mesin memproses bom atom layaknya.
Dan adalah nasihat dari mereka yg dahulunya membawa printer dan mengalami masalah, menasihatkan kepada kami supaya mengiystiharkan printer itu sebagai barang lain, bukannya printer, comtohnya mesin membuat mee atau mesin pembancuh kopi (agaknyalah kan). Tetapi bagaimana pula sekiranya printer itu dengan sesuka hati diambil bak harta sendiri oleh pihak Kastam yang tidak pasti rekod bersih dan jujurnya. Pastinya kami boleh gigit jari sahajalah sebab kalau nak 'claim' pun, mana ada buktinya.
Senanglah cerita, sebenarnya kastam memang sengaja mencari pasal. Kalau bukan hal printer itu, pastinya semua kotak2 kami dibuka satu persatu supaya adalah hal2 yang boleh menyusahkan pihak kami. Memang ada kes, habis kesemua kotak2nya dibuka, berterabur barang bercampur2. Ada juga kes kononnya membawa barang kesini sebab nak berniaga (mmg banyaklah barang2 tu pun bercampur dengan kiriman orang lagi). Hilang barang perkara biasa. Entahlah, susah nak dipastikan samada hilang sbb pecah atau rosak atau diambil. Kalau sengaja nak mengambil, boleh fikirlah sendiri apa hukum dan balasannya.
Minggu ini dan minggu depan, dalam mood menunggulah kami gamaknya. Syukur, sekurang2nya sampai juga barang2 kami tu sblm puasa. Dibawah ni antara pose2 menarik donut petang semalam.
No comments:
Post a Comment