Kalau bercerita pasal orang perempuan yg moody x tentu pasal pastu salahkan hormon, nanti kaum yg satu lagi kata, orang perempuan ni, asik2 nak salahkan hormon. Tapi memang inilah pengalaman aku sendiri. Mesti ada satu tahap akan rasa depress tanpa ada sebab yg concrete. Mulalah datang persoalan2 dan bisikan2 yg memang tiadakan bertemu jawapan. Dan jiwa pun hanyut entah kemana, tiada berkesudahan hingga membawa kepada ingin menangis tanpa sebab. Aneh, tapi benar dan ianya sangat susah untuk ditafsirkan dengan kata.
Masa ni mulalah terganggu dengan perkara2 yg sebelum ni tak menjadi hal pun. Sedih tanpa sebab yg concrete pun. Feel like isolated and ignored. Tapi sebelum ianya parah, aku akan ingatkan diri sendiri, bahawa bukan diri aku sendiri yang ingin berperasaan begini. Imbalance hormone dalam badan aku ni yang menjadi faktor utamanya. 'I am not be in a good mood now, but I am going to contol myself because this is not real me, this bad mood shall pass and everything will be normal again'. Selalunya keadaan ini akan terkawal dibawah 'minda sedar'... hehe, maksudnya tiada sesiapa pun menyedari yg aku sedang 'fight' dengan mood aku sendiri.
Namun adakalanya juga aku akan tewas, apabila time aku dah sedia depress ini dan ujian menimpa. Terbaru ialah sewaktu aku mula hidup disini. Baru sebulan disini, ibaratnya seperti orang asing. Walaupun hb dtg dulu, x bykpun yg dia tahu sbb kepasar pun xpernah dan makan ada cook yg masak. Ianya ibarat kita lalu suatu jalan pada waktu berkabus, dan tak nampak apa yang ada didepan.... blurrr. Ibaratnya seperti menyusur jalan yg kiri kanannya dipenuhi belukar. Mcm2 persoalan bertubi2 dtg dan mengasak fikiran aku yg dah sedia celaru. Ianya bertambah teruk bila pengertian yg diharapkan, lain pula yang datang. 2-3 hari aku habiskan masa dengan tidur sahaja.
No comments:
Post a Comment