Friday, July 9, 2010

Morning Walk and POLIGAMI

Kalau last week morning walk ngan hb (sbb ketinggalan keretapi :-P). Pg tadi morning walk bertiga, Hasni dan Amy. Perjalanan yg lebih jauh tp terasa lebih dekat. Kenapa yer?? Tak lain dan tak bukan kerana sesi pot pet pot pet sepanjang jalan... haha. Lepas satu cerita bersambung ngan cerita yang lain pula. Biasalah isu2 orang perempuan, anak, sopping, jalan2 cari makan, lagi... dan mcm2 lagi lah...

Dan satu topik yg mmg x leh lari ngan org perempuan ni ialah isu poligami. Bercerita berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan sekeliling lah kan. Tapikan sukalah aku nak mengingatkan diri sendiri dan juga kaum perempuan lain amnya, janganlah terlalu emosi apabila membicarakan topik poligami ini hingga lupa diri. Mengutuk poligami sewenang-wenangnya hukumnya bukanlah seperti kita mengutuk betapa x cantiknya kain langsir rumah jiran kita tuh atau membebel suami yg malas basuh pinggan.

Perlu kita tahu, poligami ialah hukum yg Allah tetapkan. Jika tidak suka atau mengutuk hukum ini samalah seperti kita mengutuk hukum Allah. Seberani itukah kita?? Ya, mmg semua perempuan tidak mahu berkongsi kasih... itu adalah normal, tiada yg salah. Cuma berhati-hati berbicara takut memakan diri.

Poligami itu sendiri sebenarnya tidak bersalah, orang2 yg mengamalkan poligami itulah yg merosakkannya. Semua hukum yg Allah tetapkan, tiada satu pun untuk menyusahkan, semua demi kemudahan dan kemaslahatan manusia. Cuma manusia sendirilah yg memberatkannya atau menyelewangkannya. Contoh mudah, kahwin itu sendiri. Semua tahukan syaratnya cuma wali dan saksi serta mas kawin. Tapi manusia lah memberatkannya dengan hantaran puluhan ribu ringgit, itu belum nak menyediakan 10 dulang hantaran dan lain2 lagi.

Begitu juga poligami, ianya adalah jalan keluar atau pilihan bg permasalahan manusia. Bayangkan isteri yg sakit, tidak dapat menguruskan rumahtangga dengan sempurna, sekalipun suami berkahwin lain, masih dapat membela kebajikan isteri yg pertama tadi. Tapi mesti ada yang kata, kalau suami itu berimanlah, kalau tak tentu di'tendang' saja isteri yg sakit itu. Ya memang, poligami ini utk yg terpilih sahaja, yang kita lihat poligami 'senget' sebelah tu, org itu sebenarnya tak layak pun berpoligami.

Jika dengan poligami, kesusahan dan bala yg datang itu salah manusia itu sendiri. Jika dengan berpoligami, anak2 terabai, kebajikan isteri2 terabai, so manusia itu yg bermasalah sebenarnya. Mana taknya, isteri2 kena bekerja utk menanggung hidup sendiri dan anak2, disitu pun sudah ada kecelaruan. Itu belum masuk bab pendidikan anak2 dan sebagainya. So, ingatlah poligami bukan sesenang minta isteri sain borang... tidak!! Jika boleh cari syurga dengan berpoligami, silakanlah, jika tidak... fikirlah sendiri.

So jika terperangkap dalam perbualan yg melibatkan poligami, lebih baik berdiam diri. Takut perbahasan melalut sampai kepada tahap mempertikaikan hukum ketetapan Allah. Ingat, poligami itu tidak bersalah, kitalah hamba yg hina lagi dhaif yg khilaf. Allah tidak pernah menzalimi hamba2nya, kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails