Thursday, July 8, 2010

Hmmm... 2 bln dah...

Julai dah pun melebarkan sayapnya. Sedar tak sedar dah 2 bulan tinggal d Sudan nih. Kontena pun entah apa cerita gamaknya. Kalau ikutkan last week sampai Soba dan dlm proses kastam lah kotnya... (Malas ah nak cerita, buat bengkak jiwa jer!)

Lebih kurang sebulan lagi Ramadhan. Bulan penuh rahmat dan keberkatan. So, aku akan pertama kali merasa berpuasa dbumi asing (wahhh!! gitu). Sebenarnya walaupun tinggal d Sudan ni, aku tidaklah sebenarnya merasa erti sebenar kehidupan dsini. Kalau bg mereka yg dtg sini hanya berbekalkan hanya 2 beg pakaian, dan tinggal di celah2 rakyat dsini, itu adalah 'sebenar' musafir. Aku?? Aku masih jauh utk mengerti kepayahan sebenar rakyat dsini.

Anak2 aku yg berdua tu dah sungguh2 nak puasa. Ingat lagi tahun lepas, mlm pertama bersahur... ngan mamai2 makan nasi (byk pulak tuu... hehe)Tp biasalah mana penuh sampai petang pun, jam 1 ke 2 dah buka, x larat. Sahur hari kedua, kejut... x bgn, x larat agaknya. Esoknya bgn pagi, merajuk sbb mama x kejut sahur. Kelakar... Baguslah kecik2 lg smgt nak puasa, cumanya org pula kata kita memaksa anak kecik berpuasa berlapar seharian... kesian. Tapi bukannya paksa tahan puasa sambil tergolek keletihan kan... ikut setakat mana laratlah... x larat boleh buka, sbb hukum budak2 sebesar tu puasa bukan wajib lagi pun. Lainlah dah besar2 pun x puasa2 juga, memang sendiri mahu ingatlah.

So, elok diaorg buka sekolah nnt, terus mula puasa. Sini sklh sampai jam 2ptg dgn 2 kali rehat. Ada juga anak2 staf sekolah yg sama. Tunggu dan lihat ajelah nnt, samada larat puasa, entah2 sampai rumah letak beg terus terkam air... hehe. Tambahan kat sini kering, mmg sentiasa dahaga nak minum air.

Tapi yang paling bestnya ialah, kami nak balik Msia raya Aidilfitri nanti... Horeyy!!! Itulah sebenarnya yg membuatkan aku x berapa nak ingat sgt pasal kontena aku yg tak kunjung tiba lagi tu! Hehe... mulanya nak balik slps raya sbb dgn alasan 'ssh nak travel puasa2 ni' dan ditambah hujah yg kuat konon tiket nak balik dah sold out. Tapi bila aku ingat2 balik, rasa mcm x sanggup pulak tahun n i nak raya sini (tahun depan oklah kott kan... hehe). So segera survey tiket, byk lah pulak. Betul ke nie??? So bila tanya org, yg habis tu tiket 1,2,3 hari nak raya, sebelum 3 hr tu berlambak lg... Horeyyy!! So InsyaAllah, balik raya.

Dbawah antara gambar pemandangan (dari dalam van aje..) sewaktu dalam perjalanan ke Souk Libya, 3 minggu lepas kot. Center point utk kain pasang, tapi x beli sbb nak tunggu g ngan madam2 br nak beli. Masa ni dah keboringan tahab gaban tu yg bantai gak pegi, jauh gak lah... dalam 30minit.


Berbata coklat itu sebenarnya ialah rumah2 mereka. Berbumbung tapi tidak sempurna. Sebab itu, mereka sgt risau kalau hujan turun. Sgt kasihan.

2 comments:

WAN15 said...

haish.. nak balik gak ni tp xtau guane keje skolah yg x siap2. nnt roger2 ye..

yus5478 said...

jomlah balik beramai-ramai.. hehe... setakat ni cuti blm settle lagi... sabar3x hehe...

Related Posts with Thumbnails