Wednesday, July 28, 2010
Report Card punya hal !!!!
Lama jugak lah blog ni xde entry, bukan apa ada satu hal yg x beres, so tu yang xde mood nak memblog.. hehe... xdelah hal besar benar pun... kisah buku rekod budak2 yg aku tertinggal kat Msia...
Panjang sebenarnya kisah mencari buku rekod ini... ianya bermula sebelum kontena sampai lg... Masa ni lepas register sekolah budak pada pertengahan June. Sekolah sini minta rekod sekolah bdk2, hantar dahulu then dalam third July baru sklh panggil semula utk assessment sbb masa ni cikgu2 semua bercuti. Masa tu dah confius dimana duduk letaknya record book itu, sbb pada mulanya sekolah kata nak pegang, pastu hubby kata sekolah dah bg semua sekali (which dia sendiri tak berapa pasti dan blur... hehe) Then suruh Yusman cari kat rumah. Aku bg peneranganlah buku kat tempat sekian2... warna sekian2... adik aku kata 3 buah buku, buku PAFA, lisan dan buku adab belajar adalah.... aku kata 'no'... bukan adab... nak buku rekod!!
So ingatkan masa ni maybe aku ada masukkan dalam kotak yg shipping dalam kontena (harapan palsu sebenarnya sbb seingat aku mmg xde masukkan buku rekod pun dalam kotak2 sekali ngan buku tu... sbb aku jarang lupa... jarang ok... tp ada gak lupa kan)...
Then bila kontena sampai, geledah punya geledah, mmg xde... aiyooo... mana nihh!! So nak make sure call sekolah... 2 kali... confirm mmg sekolah dah bagi pada we all (mesti diaorg kata "aparraa punya parent, record book sklh anak pun boleh cicir x tahu letak mana" Alooo.... mana nak ingat weee... sibuk cari barang sampai habis satu Giant dan Tesco... ihik ihikkk...). So mmg buku ada kat rumahlah, cuma celah mana duduknya pun tak tahu...
Then call sekolah, cerita pasal buku rekod yg mmg xleh nak bg nie... Ingatkan sklh bolehlah tolerate, nak bg buku tu bulan 10 nnt, lepas we all balik sini drpd cuti. Kot nyer dikatanya, no problem cuma daftar time bulan 10 tulah nnt. Kan rugi... dahlah 3 bulan dah bercuti sekolah... nak tambah cuti lagi... no no...
So, kerahan tenaga dilakukan sekali lagi... kali ini melibatkan kedua-dua adik aku (nasib larrr) akhirnya... akukah yang bersalah... mata hatiku tertutup dgn mengatakan buku itu bewarna merah... rupanya putih dan berline merah... huhu... dan instead of sepatutnya tulis rekod pelajar or seangkatan dengannya... tp tajuk buku itu ialah "LAPORAN ADAB BELAJAR" . Ameek kau... ADAB... apa kena mengena adab ngan result periksa.... patutlah masa first cari hari tu, adik aku kata antara buku2 yg ada ialah laporan adab belajar... aiseyyyy... kalaulah belek2 dulu buku tu kan... kalaulah...
Lepas tu baru teringat, kawan aku ada upload gambar2 bk sekolah anak sulong dia kat dalam fesbuk... so mmg ternyatalah... "LAPORAN ADAB BELAJAR"... aku cadangkan tukarlah tajuk buku ini jadi laporan prestasi pelajar ker :-P
So lepas usaha mengemail berjaya, scan 2 muka surat terakhir saja... terus email ke sekolah... dan terkebetulan ada kawan hubby balik kl... aku suruh adik aku past juga buku rekod itu... walaupun telah email, manalah tahu kan.. kan... anything can happen... Kawan hubby tu balik Sudan hari Jumaat ni... so ok sgtlah kalau next week pegi sekolah untuk assessment. Tinggal lagi 2 minggu sblm buka sekolah tau!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment