Monday, November 8, 2010

Sambung Cerita Lama

Aku salute lah orang yang boleh update blog hari2. Aku nak update seminggu sekali pun susah, hihi. Nak kata sibuk sangat tu taklah juga, cuma nak curi2 masa duduk bercatuk depan laptop ni ssh jugalah. Kalau nak ikut keje mmg x habis2, org kata keje x bergaji, biarlah orang kata. Kalau tak org2 mcm aku buat keje2 x bergaji nie, x jalanlah urusan dalam rumah, ye tak??

Nak sambung cerita entry lepas? Susahlah nak cerita. Mereka2 pun dah malas nak bercerita, biarlah ia seadanya saja. Penat dan sia2 sahaja. Jangan tak tahu sekarang gaji2 mereka2 semua x sama dah tiap2 bulan. Bulan lepas lain, bulan ni lain, bulan depan lain... kah kah kah apalah punya kelakar. Tapi mereka2 diam sahaja. Diam bukan bermakna setuju, diam kerana sudah malas nak 'cara'. Kami pun dah malas nak pikir apa2 lagi.

Jauh2 kami datang semata2 utk mengisi 3 tempat kosong tu, apalah maknanya. Hendak mengadu siapa yang sudi, kecewa hati kami simpan sendiri. Biarkan kami terus ketawa, esok lusa belum tentu kami disini lagi. Tunggulah keputusannya bulan 3 tahun hadapan, kalau bumi Sudan inginkan kami lg, kami terima dgn besar hati. Kalau sebaliknya buat kami ibarat pengesat kaki, lebih baik kami pergi. Mmg ada hati nak tukar company, moga2 ada rezeki kami nnt.

Tinggallah cerita lara dan duka. Hari ni dah 2 Zulhijjah, Selasa depan hari raya Haji. Seminggu sekolah dan opis cuti. Bolehlah rehat sepuas hati. Rehat dari buat breakfast jer, hihi. Ramai yang xde pergi melihat tempat org berhibur hati. Bukan xde hati nak terbang kesana kemari. Bukan x cemburu, tapi apakan daya diri. Duit yg ibarat lekat di celah2 jari, terpaksa simpan utk kemudian hari. Manakan tahu kapal ku karam di tengah lautan sepi, bolehlah aku sewa tongkang pecah buat balik negeri, hihi... :-P

Ada orang pernah berkata, kalau ddk Sudan dan x pergi Egypt, mcm x ddk Sudanlah. Sbb Egypt mmg dah sempadan dan dekat. Tapi biarlah, aku telanlah kata itu dengan pahit sekali. Sbb buat masa ini mmg aku rasa aku x akan sampai kesana. Aku kecewa? Tidak!! Aku x akan kecewa kalau setakat tak boleh nak melawat Egypt tu, hihi. Mcm bongkak aje kan. Xdelah, cuma satu tempat yg aku ada hati nak pergi, semoga akan tiba saatnya suatu hari nanti.

Lamanya aku tak masukkan entry makanan kan. Last week aku ada try buat mee sizzling, bdk2 kata yg kat food court lagi sedap, hahaha. Tapi x kisahlah kan, habis jugak satu periuk di kerjakan. Oklah, kena stop dulu, kejap lagi hubby balik. Nak makan apalah malam nie, jemunya makan nasik. Goreng keledek cicah sambal kicap pun sedap juga. Aah lah kan, keledek dah nak tumbuh dah tu, aku beli 2 minggu lepas kot.

Esok apa plan, harap2 Ila nak main badminton pagi esok. Exercise 1-2 kali jer seminggu, yg time makan x ingat dunia. Adoiii... manalah lemak2 x bermaharajalela... hihi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails