AidilAdha sudah seminggu lebih pun berlalu. Sebenarnya hambir separuh warga kompleks tiada masa hari raya tu, masing2 terbang membawa diri... hihi... bukan menbawa diri kerana berduka lara. Membawa diri menjelajah pelusuk dunia. Nasib baik ada juga Ila, Hasni, Amy dan lain2 yg boleh buat kawan ketawa. Xlah terasa sangat kesunyiaannya. Boleh katakan korban tahun ni antara yg terbesar juga, ada 7 ekor lembu (kalau x silap) dan 77 ekor qaruf dikorbankan oleh warga kompleks ni.
Hari kedua raya pula aku ngan Amy bergabung buat open house (kat sini biasa bergabung cenggini). Upacara makan2 kat compound blok B. Aku buat menu yg aku rasa bolehlah aku buat iaitu soto ayam, Amy buat nasi impit ngan rendang ayam. Katanya first time buat rendang ayam, tapi sedap!! Alhamdulillah, boleh katakan semua juadah habis except bihun aku yg terbyk pulaklah dicelurnya. Ada request minta aku jual soto time Bazaar Santai yg sebulan dua kali tu. Bukan aku tak mahu, mmg aku kesian kat mereka2 kat sini termasuk aku pun yg susah nak jumpa makanan Mesia, tp utk masak2 dan jual, aku minta maaf, aku x mampu... pls understand me, I've my own reason...
Hari raya ketiga aku ngan Amy sefamily ke Chendi lihat piramid. Jangan tak tau Sudan pun ada piramid. Apatah namanya.... Al Bijrawiya Pyramids kalau x silap. Jadilah, nak g Egypt belum cukup tabungan lagih... kah! kah! kah!Piramidnya kecik2 ajer, tp pasirnya cantik, betul2 macam kat padang pasir. Dengan angin yg deras bertiup, sedar2 ada pasir dalam mulut. Merasalah naik unta, gayat konon... hihi. Budak2 kalau ditanya nak pegi lagi sbb nak naik unta. Tapi lama sgt naik van tu yg tak tahan, 3 jam pegi 3 jam balik.
Itulah pejam celik pejam celik... cuti seminggu yg aku dok tunggu2 tu habis mcm tu ajer. Konon mcm2 nak buat... last2 mlm Ahad tu brlah aku dok ngadap iron bj sekolah budak2. Bj hubby mmg dia iron sendiri pun... haha. Dia lg cermat bab2 iron2 bj nih. Alasan! Sah2 pemalas! Haha... suka hati.. :-P
Oh yer, lupa... 2 hr sblm raya, aku buat kelas roti... cehh macam pakar. Perasan!!! Siapakah studentnya, x lain dan x bukan... Ila, Hasni dan Amy. Guna resepi yg aku belajar ngan kak Ina dulu. (Rindunya ngan kak Ina). Alhamdulillah lembut dan menjadi. Amy juga menurunkan ilmunya membuat pau.
Jika suatu hari nnt aku balik Mesia, salah satu kenangan yg pasti akan diingati adalah dgn kawan2 kat sini. Walaupun kenal x lama mana, tapi... aku sangat menghargai mereka. Terima kasih banyak2, dengan mengenali mereka itu, kuranglah sikit rasa sakit jiwa nak balik Mesia. Tapi ada ura2 Hasni dan Amy dah nak balik for good. Mulut berkata, janganlah balik lagi... tp bolehkah begitu. Sesiapa pun sampai masanya akan balik jua, kerana kami hanya bergelandangan disini. Walaupun mereka belum balik lagi, aku sudah menangis didlm hati... :-(
Oklah... setakat disini utk hr nie... sbnrnya tujuan aku ngadap laptop petang nie sbb nak prepare materials utk tuition weekend nie. Tengoklah, apa dah jadi. Lain yg nak dibuat lain yg jadi. Jap lg pulak, lps solat Asar nak buat kuih bakar pandan (utk bw ke Halaqah esok). Dah biasa pun buat kuih bakar nie, cumanya sbb nak try test acuan br. Beli kat Afra pg tadi. Mcm budak2 jugalah kan, kalau brg br semangat lebih lah!!!
Oklah... (berapa kali ok dah nie)... Jom kita tengok photo2 sepanjang AidilAdha 2010 di bumi Sudan... (disebbkan betapa slownya server, aku upload gambar g Chendi sahajalah dulu)
2 comments:
Salam perkenalan yus5478
Nice entry and pictures..
Salam perkenalan dr saya juga. :-)
Post a Comment