Monday, November 29, 2010

Diarrhea

Pada hr Sabtu yg lepas, kami lunch dluar (kebiasaan pd hr Sabtu sbb aku rest dr masak). Then satu meal kami pack sbb x habis, iaitu mixed grill... beef. Then, mlmnya aku panaskan dan ratahlah kami anak beranak. Aku mkn agak byk, sbb sedap kan daging bakar perah asam limau (masa typing ni aku rs meloya nak muntah bl teringatkan dish iteww... sudah... jgn aku xleh makan daging pas ni dah lah).

Then, mcm biasa lps budak2 masuk tido awal sbb esok sklh, aku terlelap kat sofa. Sedar2 mcm sesuatu x kena dgn perut aku ni, mcm makanan x hadam. So aku g bathroom, muntah. Lega... ingat dah settle... rupanya sambung muntah lagi. Then berulang2 sampai tengah mlm. Dengan keletihan sbb lapar aku tertidur, dengan harapan bila bangun tidur keadaan bertambah baik. Rupanya tidak. Paginya pula, muntah tiada lagi, tapi cirit-birit pula. Berapa kali? Aku pun tak terkira sbb mmg banyak kali. Aku cuba breakfast telur dgn harapan nak tambah tenaga, tp termuntah semula. Minum air pun muntah. Mmg x bermaya dah badan nih. Sampai nak berdiri pun aku dah tak larat lagi.

Mulanya ingat nak ke klinik saja tp klinik kat sini buka jam 10pg. Dan aku rasa dah tak larat lagi. Ambik keputusan nak ke hospital. Tanya kawan2 kat mana hospital yg ok kat sini. Then jam 8.30pg aku ke hospital ditemankan dearly hubby yg terpaksa cuti kecemasan.

Selepas masuk 2 drip, 1 shoot utk tahan muntah brlah rasa bermaya sikit. Tekak pun dah kurang loya. Tapi Dr. pula mcm x puas hati sbb dr result urine test, mayb ada infection sbb white blood cell tinggi tp dari 'stool' test clear from virusses or bacteria or parasites. So dr suspect appendix. Aku yg bukan bodoh nie (walaupun aku bukan dr, tp aku rs aku bukan sakit appendix cuma food poisioning), so bila dr run second test kat perut nie. Bila ditekan, akan ditanya sakit tak?? Kan perut penuh angin mestilah sakit bila kena tekan... tp aku cakap tak... "no pain" ... sbb kalau aku cakap sakit, habis!!! So dr kata dia akan bagi satu lg shoot... antibiotik, kalau x baik juga kena dtg lagi esok. Aku angguk ajer, dlm hati kata "aku x dtg dah esok". So by 2.00pm br aku bole balik. Tiada ubat!! Maybe kalau dtg esoknya br dapat ubat.

Balik jer, my hubby masak nasi n goreng ayam utk kami anak beranak. Time mcm ni tahulah betapa sshnya ddk sini. Kalau kat Malaysia, sure aku beli roti jer nak alas perut nie dan anak2 bole bungkus lauk2 kat kedai. Sini bukan xde roti, cuma x semudah g kedai runcit d hujung jalan dan bole beli roti. Aku hanya bole makan sikit dan sebaik makanan masuk perut, penatnya Allah sahaja yang tahu. Sampai mlm hanya mampu terbaring.

Hari ni pun, sepagi aku x berbuat apa2. Lunch my hubby beli jer, aku pun makan hanya beberapa suap. Tekak pahit dan tiada selera. Menjelang mlm brlah boleh gagah berdiri.

Aku rasa kalau d Malaysia, mungkin aku x akan tunggu hingga keesokkan hari br nak ke hospital. Maybe lepas muntah2 x berhenti aku akan terus ke klinik yg buka 24jam dah hanya perlu memandu dalam 5 minit. Tapi apakan daya... kat sini pula senang sgt nak di diagnose sbg appendix. Asal sakit perut appendix... ngeri aku!! And even aku kena appendix sekalipun, aku x nak kena operate kat Sudan nih. Aku rela balik Msia... sbb ngeri dgr cerita orang dulu2.

Bukan x biasa kena food poisioning. Kalau tgk rekod kad klinik aku, rasanya gastric and food poisioning adalah dua sebab utama aku ke klinik. Dalam setahun mesti makhluk Allah tu dtg menyerang berkali2... tp bila kena sakit kat negara yg kita tak biasa mcm nie, itu yg kalau boleh sgt2 nak dielakkan.

Yang penting, sakit itukan kifarah keatas dosa2. Itulah yg selalu kusebut2 tiap kali sakit. Semoga Allah ampukan dosa2ku dgn sakit yg Allah timpakan kepadaku. Tanda Allah masih sayang kepadaku, mungkin Dia lihat aku lalai dalam mengingatinya, lalu Dia timpakan sakit semoga aku kembali menyebutNya. Tanda Dia ambil peduli akan diriku. Syukran Ya Allah. Dengan sakit aku banyak menyebut namamu, dgn sakit aku sedar life is too fragile. Ptg kita ketawa, mlm kita mungkin ditimpa sakit. Mungkin ptg kita ketawa, mlm kita tiada lagi bernyawa diatas muka bumi ini.

2 comments:

Wan Sharif said...

Mm..
kawan kawan biasa kena sakit sakit begini semasa di Khartoum.. Saya nasib baik sikit.. cuma mild diarrhoea.. makan di restaurant kecil di tepi jalan.. ada kawan yang lebih parah dari Yus.. minum teh cangkung tepi jalan ..di Khartoum..
So berawas lah..
rasanya.. perut kita tak se "tough" perut depa tu..

yus5478 said...

ye betul... mmg berisiko mkn luar kat sini, nak slmt mmg kena msk sendiri. :-)

Related Posts with Thumbnails