Tinggal berapa hari lagi, cuti sekolah akan berakhir, bermakna masa untuk bermalas-malasan sudah tamat... hehe... seronok betul cuti... lepak2 ngan budak2 tanpa stress... hehe... boleh masak lewat2, laundry 3 hari sekali. So lepas nie, sempat ke nak tengok2 tanaman kat farmville tu... hahaha... ada 'cafe' lagi nak uruskan... hahahah.... teruk betul...
Esok, adik ada orientasi pelajar tahun satu. Semua barang2 ready dah ker? Baju dah iron... beg sekolah ready... opppsss... kasut belum kapur. Malam ni sempat lagi... haha... Mama ngan along akan temani adik memandangkan baba ambik cuti first day buka sekolah nanti.
Ni baru lepas selesai membalut buku teks along dan juga buku sekolah agama. Nama kena clear dan jelas supaya tak tertukar. Huh.. jenuh juga. Esok dapat buku teks adik pula... balut lagi... hehe...
Tahun depan macamana yer... mesti cbuk dan bz. Memandangkan 2 orang sekolah dan jadual pula tak sama. Adik sklh kebangsaan pagi, along pula sklh agama. Time balik yg tak sama. Tuition masih diteruskan sbg pekerjaan sambilan sbb pekerjaan tetap saya iaitu surirumah dan ibu mmg tak boleh nak tinggal dah. So bz gaklah nnt, sbb kerja kat rumah ni kalau nak ikutkan mmg tak akan habis2... hehe... Student tahun depan pun tak seramai tahun ni. Memang tak mahu ambil ramai2 sgt sbb bercadang nak tuitionkan budak 2 orang tu. Nak ke? Entah... tunggu dan lihat ajelah nanti.
Biasa akhir2 tahun ni mesti semua orang berazam baru. Yang pasti kita semua ada azam untuk memajukan diri. Saya pun ada azam dan perancangan juga... apa yer... biarlah rahsia.. kui...kui...
p/s :- I've many pix to upload... but mayb next time (next time lagi.. huhu) ... I need to cook our dinner now. My doter is complaining, why just now u're writting in Bahasa Malaysia and now in English... haha... oh my dear... Im just following my mood, there's no rule here... haha