Hari ni sudah masuk tahun baru. Apa azam tahun baru? Mestilah ada azam. Walaupun azam x semestinya nak tunggu tahun baru. Setiap bulan pun boleh buat azam. Azam nak jadi orang yang lebih produktif tanpa perlu mengorbankan mana-mana pihak. Haha... produktif tu!! Maksudnya hidup mesti ada achivement. Hidup mesti ada misi dan visi. Jangan diingat fulltime housewife tiada impian. Semua orang ada impian, cuma impian tidak sama.
Mengharapkan tahun baru membawa sinar. Harap segala perancangan akan menjadi kenyataan. Apakah rancangan itu? Biarlah menjadi rahsia... sehingga ia benar2 terlaksana. Dah tiada upaya nak menelan pahit hempedu. Dah tak tertanggung jiwa dilayan ibarat.... Entahlah... ini bukan kisah manusia yg tidak bersyukur. Bukan juga kisah manusia tidak mengenang budi. Bersyukur dan dilayan ibarat pengesat kaki adalah dua perkara yang berbeza.
Ada manusia yang tidak suka, hasad dengki melihat manusia lain lebih daripadanya, tanpa mengkaji daripada mana dtgnya kelebihan itu. Andai ini satu penganiayaan... aku hanya mampu berdoa agar Allah bukakan jalan, makbulkan doa2 kami. Sooner or later, agar kami dapat keluar daripada belenggu ini.
Tuesday, December 7, 2010
Friday, December 3, 2010
Penyu Menangis Siapa Yang Tahu
Akhirnya penyu x mampu lagi menangis seorg diri... Bila penyu membuka kisahnya, rupanya penyu tidak keseorangan. Ada juga penyu di pantai Rantau Abang itu yg mempunyai kisah2 yg sama walau x serupa. Leganya penyu, bukan lega sbb ada penyu lain yg serupa nasib dengannya... Lega sbb bebanan perasaannya tercurah jua. Apakan nak dikata...
Thursday, December 2, 2010
Hari ni dah Khamis!!
Tak tahu nak letak apa utk tajuk entry... yg penting sukanya rasa hati bila dah sihat. Banyak kerja rumah tertangguh menunggu utk diselesaikan. Takpe, slow slow...
Petang ni 4.30, ada kelas BM utk kelas budak2 UPSR. Alhamdulillah student dah bertambah seramai 6 orang dari hanya 4 orang pada mulanya. Dan satu kelas lagi hari Sabtu, math utk budak2 'kecik'. Hihi.... bukan kecik baby tu, umur 6-8 tahun. Seronok mengajar budak2 kecik ni. Fun, happy, release.... i like!!! Kelas budak kecik ni seramai 10 orang, termasuk anak aku 2 orang tue... hihi. Kelas math UPSR dah batal (mujur, kalau tak aku kena ajar 3 kelas!). Sebab masa first and second and third week tu xde pun student yg datang. Pastu, adalah suara2 kata maybe sebab nak start awal bulan (sbb kelas mula tengah bulan ms tu). Tapi kak Ummi kata tutup ajer kelas tu sampai ada permintaan. Then sekarang kalau ada permintaan pun, silalah cari cikgu lain yer, sbb aku rasa cukuplah aku ngajar 2 kelas kan.
Tadi sempat bertandang ke rumah kak Mas. Sebelum dia balik for good ke Malaysia. Sebenarnya ni kali kedua dia balim for good. Tapi yg kali ni mmg last punya sbb hubbynya pun dah 'halas' keje kat sini. Kalau nak tahu, kak Mas ni tauke soto kat kompleks ni. Banyak galakan dia bagi supaya aku buatlah soto dan jual. Hihi... sama mcm galakan yg kak Ina bg suruh aku berkecimpung dalam bidang jual menjual kuih raya. Tapi kan kat sini lagi mencabar kalau nak berjualan, sbb bahan2 limited. Kena well planning. Aku kan x boleh kalau ini xde itu xde, serabut kepala kang sape susah, hubby aku jugak yg susah... hihi.
Ada sorang kawan aku, cadangnya nak ke Egypt... kawan baik aku... tumpang seronok aku. 'Bang, kita bila nak g Egypt?' Since berita kawan aku nak g Egypt tu dia yg khabarkan. "Kita kena simpan duit, ................................." Dan apa yang seterusnya dikhabarkan buat aku speechless. Rasa mcm x terhadam nasi berlaukkan sup ayam yg aku makan sebentar tadi. Seteruk itukah kondisi kitaorg sekarang nie.
Oklah... kena stop dari membebel. Bye!

Subscribe to:
Posts (Atom)