Thursday, March 29, 2012

Istanbul :: PART 1 ::

Alhamdulillah, minggu lepas kami makan angin ke Istanbul, Turki, tak lama 6 hari 5 malam, sbb cuti pun tak banyak tinggal. Tiada apa yang dapat menggambarkan keindahan dan kecantikan bumi Istanbul melainkan "Subhanallah". Ini bukan kata2 aku sahaja (sementelah aku mmg x pernah makan angin ke mana2 sblm ni selain ke Dubai si Kota Batu) tapi ramai kawan2 lain juga memujinya, ada juga yang sanggup kesana sebanyak dua kali. Tak perlu nak bershopping beria, lihat menikmati pemandangannya saja sudah cukup memuaskan jiwa.

Kami sekeluarga terbang menaiki pesawat Turkish Airline, yang sepatutnya depart pkl 2 pagi tapi lewat selama lebih kurang 1 jam setengah. Kuanter lambat buka, terpaksa tunggu di LUAR airport bertemankan angin malam dan nyamuk2... macam2 hal. Perjalanan selama 4 jam dan safely landed di Attaturk Airport pada pukul 6.30pagi waktu Turki, 7.30pagi waktu Sudan. Itu ini begitu begini pkl 10++ baru sampai hotel.

Hotel kami, Hotel Han yang kaler pink maroon tu. Kalau kita selusur jalan ni kebawah terus nmpk Hagia Sofiya dan Blue Mosque. Kalau belok kanan menapak sikit jumpa Sultanahmed tram station.

Hotel Han terletak di Sultanahmed, mmg sgt dekat dgn Blue Mosque dan Hagia Sofiya, antara dua tempat yang wajib dilawati jika dtg ke Istanbul. Harga bilik tak mahal dan tak murah utk lokasi di Sultanahmet. Cuma bilik agak kecil, kalau askar ramai mmg x selesa, tapi yg penting untuk cuaca dingin time kami pergi hari tu, air panas kekal panas sehingga mandian orang terakhir mmg cukup bagus, ada heater dlm bilik, free wifi (bolehlah nak update software or nak download wat so ever, owwhhh ia penting juga utk org yang datang dari sanction Sudan nie), staf hotel sgt bagus layanannya, boleh tanya apa2 yang tak tahu or nak info lanjut, ladies staf yang kami berbual2 dgn senyuman sahaja sbb mereka x boleh English dan Arab (heyyy!! ana Arab syuaya2...haha) dan kami pula mmg a big NO NO bahasa Turki.... tapi overall kami puas hati.

Petang tu kami hanya berjalan di sekitar kawasan diatara masjid dan Hagia Sofiya. Suhu.... Brrrrr.... mmg sgt sejuk. Sblm pergi mmg aku ada tgk weather forecast, so mmg boleh expect mmg sejuk, min 4C max 10C... hihi.... ditambah kalau windy.... yuhuuu sejukkkk... Tourist mmg ramai tapi mungkin x seramai time summer kot (dr info kawan2 yang pergi time summer).

Kami tak guna tourist guide pun, study sendiri jer (aku lah tu... hihi)... So kat sini aku nak jugalah kongsi pengalaman aku makan angin kat Istanbul ni, sbb aku sblm ni pun ceduk info dari bloggers yang murah hati berkongsi pengalama mereka. Harap2 dapatlah sedikit sebanyak jadi panduan pada mereka yang pertama kali nak menjejak kaki ke Istanbul.


Sampai hotel terus breakfast (harga bilik include breakfast). 6 pagi kami bf makanan yang sama tapi Alhamdulillah tiada masalah. Roti dan jem, cheese, buah-buahan, telur membuatkan kami kenyang sehingga tengahari.

Saturday, November 12, 2011

Musim Dingin Mengintai

Wahh... ingat x update blog sebulan dah cukup lama, ini lagi lama nak cukup setahun. Rumah kat Malaysia yang jauh ribu2 batu tu pun smpat gak jengah summer holiday hr tu, ni rumah alam siber lagi payah nak singgah, maklumlah kalau 'm' memanjanggg...

Esok dh mula pun sekolah slps cuti seminggu AidilAdha, sekejap jer rasa. Ramai yang 'terbang' ke sana sini, kami x kemana2. Lepak2 kat rumah sambil tambah berat badan jerkkk... wakakaka. Apa taknya, hari2 masak... hari2 makan. Tapi kadang2 berkurung mcm ni pun best jugak. Sbb kalau x mmg sibuk jer x habis2. Minggu depan ni sibuk lah balik, nak2 pulak skrg jd 'bidan terjun' buat kuih. Sementara 'cook' sebenar hilangkan penat lelah. Tapi ok jugaklah, boleh menyambil buat utk makan sendiri. Tapi yang tak tahan time kn buat pagi dan petang... huhu. Aku ni bukanlah pandai pun bt kueh-mueh utk jualan, utk makan sendiri lepaslah.

Oh ye, lupa nak cerita meriahnya korban kat sini. Kambing (qaruf) mencecah 50++ ekor, lembu x ingat la pula, tp byk juga. Kebanyakkannya di sembelih didalam kompleks, cuma sebahagian diagihkan utk disembelih di luar. Korban diuruskan oleh PPMS (Persatuan Pelajar Malaysia Sudan), termasuklah menyediakan sarapan pagi dan juga hidangan tengahari. So itulah nikmatnya beraya kat Sudan ni. Pagi2 dengan tenang hati boleh bersolat sunat hari raya tanpa terkejar2 dek sibuk menyediakan juadah hari raya. Tengahari pula, slps selesai urusan korban, kami menjamu selera dengan sup daging, daging kicap, qaruf goreng, kari daging yang lazat2 belaka. Alhamdulillah.

Hari raya kedua barulah aku masak serba sedikit hidangan 'raya' kononnya. Nasi impit segera bersama rendang ayam dan kuah kacang. Nyum nyum... blurppp!! Seingat aku thn lepas aku ngan Amy join bt open house, sementelah thn lps aku raya puasa kat Malaysia. Thn ni raya puasa dah buat open house so raya haji acara rumah tertutup gamaknya. Masing2 berkurung termasuklah aku sendiri.

Sekarang dah nak masuk musim dingin, 2 minggu lepas terasa sudah sejuknya tp seminggu ni panas sedikit, mungkin masih 'malu-malu' lagi nak menyapa. Ingat nak upload gambar rendang ayam AidilAdha buat kasi 'terliurrr' tapi lps godek2 lappy xde pulak, mesti snap guna ikepong jerk tu. Xpelah, layan gambar2 suasana korban, tapi pun x syok sbb gambar sendiri xde, rasa byk juga posing tempoh hari, mesti kamera orang lain... kih kih kih.

~~ Uishhh... xleh upload gambar la pulak... lain kali laaa ~~

Wednesday, January 26, 2011

Winter Break (Hallas allready)

'Hallas' maksudnya habis atau siap or finish. Antara perkataan yg aku belajar kat sini (itulah je kot disamping beberapa perkataan lain.. huhu).

Berdasarkan entry terakhir pada 7hb Dis 2010, maknanya sebulan lebih dah x jenguk sini. Hajat nak menulis asik tertangguh jer. Banyak cerita ceriti, bermula kisah meroyan entah apa2... pastu kisah referendum di Sudan dan kisah2 seangkatan dgnnya. Budak2 pun dah 2 minggu mula sklh slps 2 minggu winter break and 2 minggu cuti referendum (sklh bg sbb risaukan keselamatan anak2 nak ke sklh sambil2 mereka bole cuti lebih sambut xmas... hihi).
Diam x diam lagi 5 hari, genaplah setahun hb aku ditransfer keje kat bumi Sudan ni (aku punya kena minus 90 hari). Sekejap pula rasanya.. (aii, seronok dah ker ddk sini.. huhu). Seronok x seronok, hidup mesti diteruskan. Hidup dimana2 pun ada cabarannya, ada susah senangnya. Kat sini aku jumpa sahabat2 baru, tempat berkongsi suka dan duka. Sahabat2 yg pasti aku kenang sampai mati. Betullah ada yg berkata, persahabatan kat sini unik dan xkan dapat dimana2... aku setuju. Byk benda2 yg akan aku rindukan nnt. Morning coffee dgn kawan2, istilah yg mana pernah ada dlm hidup aku sblm nie. Balik Malaysia nnt, mana ada moning coffee lagi, yang ada ulang alik ukur jalan antar anak sklh... hihi...

Skrg once a week mesti bake roti (sandwich loaf)... sbb kedai jual roti (yg sedap ala2 gardenia) tutup utk renovation. Yg lain ada cuma kureng sikit... Satu loaf (500g) sekali breakfast ajer... plus bekal bdk2 sklh... nak buat mcm mana kan, roti sedap kan (haha... masuk lif tekan butang sendiri).

Ehh!! Lamalah x upload gambar2 makanan dan resepi kat sini... dah kena mula balik 'sendiri masak, sendiri amik gambar, sendiri makan'... huhu



Ini juadah ptg cum breakfast 3 hari lepas. Resepinya cinnamon rolls, tp aku tukar inti ngan sosej and cheese. Kalau cinnamon tue, aku ajelah yg men'cekik'.

Haa!! Ini cinnamon rolls, juadah beberapa bulan lepas. My doter and I aje yg gemar jenis sweet mweet nie...

Ini merupakan kuih ketayap pertama yg dbuat. Kalau mengikut date pada photo ianya pd 3hb Dis. Cantik ker?? hihi. Jangan tertipu, ini adalah beberapa keping yg layak masuk gambar. Yg lain2nya huhu... asal bole makan sudah...

Related Posts with Thumbnails