Pesanan mutiara yang ditinggalkan oleh sasterawan agung Khalil Gibran kepada kita; “orang yang yakin dan penuh harap akan nampak ros dan bukan durinya. Tetapi mereka yang putus harap selalu akan duri dan tidak bunga rosnya”.
Ini bermakna dalam satu situasi yang sama barangkali memberikan dua persepsi yang berbeza antara yang berharap dan mereka yang putus harapan. Ros tetap di situ, begitu juga dengan durinya.
Dalam merentasi kepayahan dalam hidup, tidak ada yang lebih berharga daripada menaruh harapan untuk kembali seperti sediakala. Harapan terhadap sesuatu adalah menafikan realiti semasa yang di tanggung. Ini bermakna manusia hidup kerana mereka ada harapan biarpun realiti yang dilalui begitu menyulitkan.
Menghayati penderitaan orang lain dan cara mereka mendepaninya dengan tabah dan tidak putus harapan, pasti memberi ikhtibar kepada orang lain yang mungkin mengalami tragedi yang sama.
Ingatlah selalu pesan pesan tokoh ualam dan sasterawan Nusantara, Hamka, “Semua manusia dianugarahkan kegembiraan sama ada pada awal, tengah dan akhir hiduipnya”. Maka apabila hari ini hidup kita tragis, barangkali kita telah menikmati kegembiraan itu pada masa lalu.Suka dan duka silih berganti umpama sesetia malam kepada siang. Kedua-duanya pasti ada.
Semua orang pasti telah atau sedang atau akan mendepani situasi yang sukar ini. Jangan berputus harap dalam hidup. Jangan berputus harap dengan Allah.
No comments:
Post a Comment