Lama sudah sebenarnya nak menulis tentang isu ini. Tahun baru 1430H dibuka dengan tragedi sedih lagi menyayatkan hati. Sekali lagi saudara kita di Palestin diserang dan dibunuh. Dunia masih juga disitu... semuanya setakat berlegar di meja rundingan. Rakyat Palestin terus ditindas dan dinafikan haknya untuk hidup merdeka diatas tahahair mereka sendiri.
Tiada siapapun yang waras akalnya akan sanggup melihat mayat-mayat bergelimpangan sebegitu rupa, apatah lagi jika ianya kanak-kanak ataupun bayi yang masih belum mengenal dunia. Sedih, pilu, hati bagai disiat-siat. Aku sangat merasai penderitaan itu. Hati ini masih tetap menangis tatkala terbayang anak-anak kecil terbujur kaku. Apalah daya diri ini, untuk berjihad mengangkat senjata aku tak termampu. Dari kejauhan ini, aku cuma berdoa.
Namun, kempen boikot yang sedang dilancarkan sekarang ini mencuri perhatian aku. Kenapa tidak? Inilah sahaja yang mampu aku sumbangkan. Namun aku tahu, ini juga sebenarnya bukan satu usaha yang mudah. Ada juga suara-suara sinis yang mengatakan... 'kalau aku sorang saje yang boikot, yang lain tak... tak jadi juga... lagipun kat situ barang2 nya murah...' mmm... entahlah itu persepsi individu. Tapi tak malukah kita... sedang orang lain serata dunia yang tidak menganut agama Islam, bermati - matian melancarkan kempen boikot produk2 Israel dan sekutunya atas dasar perikemanusiaan, kita hanya memilih untuk melihat sahaja. Sungguh memalukan jika usaha yang satu ini pun tidak mahu kita usahakan.
Aku tidak peduli deengan orang lain, hanya ini yang aku mampu. Walaupun bukan semuanya telah berjaya aku boikot... namun aku sedang menuju kearah itu. Ya Allah, semoga engkau permudahkan jalan ini untuk aku demi anak-anak Palestin, Amin.
Senarai produk milik dan penyokong Yahudi.
No comments:
Post a Comment