Thursday, December 2, 2010

Hari ni dah Khamis!!

Tak tahu nak letak apa utk tajuk entry... yg penting sukanya rasa hati bila dah sihat. Banyak kerja rumah tertangguh menunggu utk diselesaikan. Takpe, slow slow...

Petang ni 4.30, ada kelas BM utk kelas budak2 UPSR. Alhamdulillah student dah bertambah seramai 6 orang dari hanya 4 orang pada mulanya. Dan satu kelas lagi hari Sabtu, math utk budak2 'kecik'. Hihi.... bukan kecik baby tu, umur 6-8 tahun. Seronok mengajar budak2 kecik ni. Fun, happy, release.... i like!!! Kelas budak kecik ni seramai 10 orang, termasuk anak aku 2 orang tue... hihi. Kelas math UPSR dah batal (mujur, kalau tak aku kena ajar 3 kelas!). Sebab masa first and second and third week tu xde pun student yg datang. Pastu, adalah suara2 kata maybe sebab nak start awal bulan (sbb kelas mula tengah bulan ms tu). Tapi kak Ummi kata tutup ajer kelas tu sampai ada permintaan. Then sekarang kalau ada permintaan pun, silalah cari cikgu lain yer, sbb aku rasa cukuplah aku ngajar 2 kelas kan.

Tadi sempat bertandang ke rumah kak Mas. Sebelum dia balik for good ke Malaysia. Sebenarnya ni kali kedua dia balim for good. Tapi yg kali ni mmg last punya sbb hubbynya pun dah 'halas' keje kat sini. Kalau nak tahu, kak Mas ni tauke soto kat kompleks ni. Banyak galakan dia bagi supaya aku buatlah soto dan jual. Hihi... sama mcm galakan yg kak Ina bg suruh aku berkecimpung dalam bidang jual menjual kuih raya. Tapi kan kat sini lagi mencabar kalau nak berjualan, sbb bahan2 limited. Kena well planning. Aku kan x boleh kalau ini xde itu xde, serabut kepala kang sape susah, hubby aku jugak yg susah... hihi.

Ada sorang kawan aku, cadangnya nak ke Egypt... kawan baik aku... tumpang seronok aku. 'Bang, kita bila nak g Egypt?' Since berita kawan aku nak g Egypt tu dia yg khabarkan. "Kita kena simpan duit, ................................." Dan apa yang seterusnya dikhabarkan buat aku speechless. Rasa mcm x terhadam nasi berlaukkan sup ayam yg aku makan sebentar tadi. Seteruk itukah kondisi kitaorg sekarang nie.

Oklah... kena stop dari membebel. Bye!

2 comments:

Wan Sharif said...

Bawak banyak bersabar di sana..

Miera_83 said...

Rasa cam kok nie ada bakat jd penulis novel, ayat berpuitis.. hehe..syok ble baca blog nie ..
Cam sedih je.. sabar lo... Kok kan Superwoman....Caiyok! Caiyok!

Related Posts with Thumbnails