Sunday, April 1, 2012

Istanbul :: PART 5 ::

Shopping stories pula. Banyak betul barang2 jualan di Istanbul ni, antara yang femes orang borong adalah mosaic lamp (bukan mosaic pun kaca lorr), shawl, ceramic pinggan atau bowl atau gantung dinding punya style, quilt atau throw, barangan kulit, handmade carpet (mahal gilerrr ...haha), turkish delight aka manisan, rempah ratus, dan berbagai2 lagilah.

Tapi aku mmg x shopping byk, bila dah balik khartoum baru sedar pepatah shopaholic mengatakan 'biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli'... haha. Bukan tak nak beli banyak, cuma takut2 excess luggage. Tapi sebab yang sebenar xleh nak borong banyak ialah exchange rate tak membantu langsung, USD 100 dapat TL180 atau TL170 jer... huhu.





Lampu2 aku beli di Cembelitas, boleh juga nak beli di Sirkeci atau Gulhane, orang kata jgn beli di Grand Bazaar, mahal. Puas hati lah, jangan tanya mahal ke murah tempat aku beli tu, sbb aku x sebey sgt pun harga, mana ada byk masa nak sebey2 ni. Tangkap satu dua kedai, tunjuk2 tawar2 beli. Yang best ada satu kedai ni offer nak hantar sampai ke hotel, iyelah mana kami larat nak borong byk2 sekaligus nak pikul bawak balik. Apa lagi... sekali arung beli... selesai!!

Turkish Delight boleh beli di Spice Bazaar aka Misr Carsisi, naik tram stop di Eminonu, sama seperti nak naik boat. Lepas naik boat, boleh singgah Spice Bazaar shoppping mopping. Kena jalan sikit dari tram stop sbb dari jauh mmg x nmpak. Gate dia bersebelahan deretan kedai menjual seeds dan alatan gardening. Bersebelahan dengan masjid usang yang manjadi lepakan burung2 merpati, tak salah masjid ni nama New Mosque atau Yeni Camii.

Di bazaar ni, boleh juga nak borong shawl, lampu dan mcm2 lagilah. Aku borong Turkish Delight jer kat sini. Kacang2 pun x beli sbb takut excess luggage...huhu. Oh yaa... rempah ratus ada juga aku rembat sikit ngan saffron... uiii bestt, lama dah nak beli spice paling mahal dalam dunia ni, guna belakang kira, yg penting 5-6 tahun br expired. Banyak jenis saffron ni, ada yang murah sikit, mahal sikit dan paling mahal. Aku beli iran saffron yg no 2 mahal rasanya, yg termahal x silap aku pakistan punya kot... entah x ingat.

Pasal makanan aku xleh nak cerita banyak, sebab bukan kaki nak try makanan baru, bila lapar jumpa kedai makan ajelah. Paling banyak kat Istanbul ni kebab lah... sana sini kebab. Kami ada juga makan ikan sbb kat Sudan ni susah nak dapat ikan. Cuma mcm x cukup rasa lah, kan best kalau cicah air asam ke apa... haha.





Friday, March 30, 2012

Istanbul :: PART 4 ::

Cruising juga antara aktiviti kalau x wajib pun, sunat la kot kalau dtg Istanbul ni. Ada dua jenis cruise, satu tour Golden Horn dan satu lagi tour Bhosforus. Eloklah naik dua2 sbb dah tentu laluan berbeza viewnya juga berbeza. Aku cuma sempat naik Bosphorus Cruise, pergi balik lebih kurang satu jam setengah. Anak2 yang terlebih excited sebenarnya, tapi bila dah naik, sorang tidur, sorang lagi ralit dgn game.

Kawasan jeti mmg ada berbau hanyir ikan, hingar dengan bunyi boat, pastu ramai yang bersidai atas bridge memancing ikan. Memang best sgt nampak, kejap2 dapat ikan, walau x besar mana tp mesti syokkk!!!

Kami beli tiket on the spot, time bot dah nak dekat jalan, 10 lira seorg, bdk2 percuma. Naik ke tingkat 2, mmg frust la sbb seat yg di birai2 boat dah penuh dgn org, masing2 dgn camera sikit punya panjang lens... hihi. Takpelah aku dan adik turun ddk bawah, byk lagi kosong (apa kelas kan ddk bawah). Along nak ikut babanya duduk di atas. Tak lama boat bergerak, lebih kurang 15 minit, berderu2 orang yg duduk di bahagian atas turun ke bwh. Haiii!!! Hujan ker??? Aku tgk luar xde nmpak hujan pun. Tak lama kemudian babanya turun menghantar along, rupanya sejukkkk gilerrr kat atas nun, angin laut katakan. Patutlah semua yang turun menggigil... hihi.

Lupa nak beritahu, boat naik kat Eminonu Jeti, kalau naik tram stop di Eminonu. Bosphorus @ Bosporus aka Istanbul Strait @ Strait of Istanbul dalam bahasa Turkiye ialah Istanbul Bogazi; ialah selat yang menghubungkan Marmara Sea dan Black Sea: juga selat yang memisahkan Turki benua Europe dan benua Asia. 2 benua ini di hubungkan oleh dua jambatan iaitu Bogazici Bridge dan Fatih Sultan Mehmet Bridge.

Nak kata best, mmg x best sgt pun, tapi mcm biasalah dah alang2 sampai kena lah naik kan. Tapi kalau geng2 photog memang best la, snap gambar sakan.Kalau budget power dan byk masa nak bazir boleh ambik cruise yang siap ada makan segala tu, tapi mak x kuasa... hihi. Mari kita lihat apakah bangunan yang berjaya di 'tangkap' oleh photographer amatur kita selama bersejukkan menggigil di atas cruise.

Dolmabahce Palace (Turkiye:- Dolmabahce Sarayi).

Dolmabahce Palace antara tempat yang menjadi tumpuan tourist, tapi kami x pergi kerana kesuntukkan masa. Istana yang sangat mewah sakan, dibina pada zaman kejatuhan Islam di Turki, di 'hinggapi' oleh sultan yang tentunya cintakan kemewahan. Istana ini juga pernah menjadi tempat tinggal Kamal Ataturk (Bapa Sekular Turki). Menurut pembacaan di internet, dalam istana ni x boleh ambil gambar. Ada kawan memberitahu, mewah tak mewah, kepala paipnya saja diperbuat daripada emas.


Di sepanjang selat terdapat banyak masjid yang aku tak arif namanya.

Nun di kejauhan kelihatan Bogazici Bridge.

Ini pula Sultan Mehmet Bridge.

Kelihatan mcm kubu itu ialah Rumeli Hisari. Benteng yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad di bahagian selat yang tersempit sbg benteng pertahanan daripada musuh. Oleh itu, jambatan ini diberi nama sempena namanya. Boleh google untuk mengetahui sejarah terperinci tentang Rumeli Hisari ini.

Tour sepanjang Golden Horn x boleh nak cerita sebab tak sempat nak pergi.

Istanbul :: PART 3 ::

Di istanbul, terdapat sangat banyak masjid, ada beberapa yang mejadi keutamaan untuk dilawati. Selain Masjid Biru di Sultanahmet, antara masjid lain yang menjadi tumpuan pengunjung adalah Masjid Eyub yang terletak di Eyub. Tiada tram utk sampai kesini, so boleh ambik teksi atau bas. Kami hari tu naik tour bas yang 2 tingkat tu, anak2 yang request. So kami stop di Pierre Loti.

Sblm melawat masjid kami naik cable car ke atas Piere Loti Hill dulu. Dekat aje jarak nak ketas bukit tu, baca2 di internet dan tgk photo mcm best, tu yang nak try tu... hihi. Bg aku biasa jer, mujur pun dekat bg org yang phobia tmpat tinggi apatah lagi tergantung mcm tu kan... hihi. At least bila org tanya, ko naik cable car kat Pierre Loti, bolehlah aku jawab, "naik.., bla bla bla"... hihi. Bagi yang ada hanya a few days aja nak spend kat Istanbul ni, mungkin kena fikir twice utk ke sini sbb not so worthwhile sbb bukan typical tourist punya spot but the view over the Golden Horn mmg superb.

Teleferik tu electric cableway (cable car).

Dekat ajekan, oklah bg org phobia tmpat tinggi aka gayat macam aku nie.

Sampai atas bukit, tgk view, x kurang cantik dan menakjubkan. Punyalah ramai org ddk lepak kat cafe atas tu, kami pun tumpang lepak jugalah kejap, dah alang2 sampai kan. Minum apple tea ngan roti bulat-agak keras-berbijan gitu. Ada kawasan perkuburan yang luas di lereng bukit, yang aku sendiri tak tahu kisah so mmg tgk buta tuli ajelah.

Kalau x nak naik cable car tu pun boleh, menapak mendaki atau menurun melalui lorong anak tangga di tengah2 kawasan perkuburan di lereng bukit, of course bukan option utk org yg travel ngan anak2 mcm kami, backpacker maybe.

Lihatlah punya ramai orang, bukan ada makan apa pun, minum teh sambil sembang2 rabung, port tepi terrace penuh dah kena pulun.

Inilah Goldn Horn atau Tanduk Emas. Ada dua jambatan merentasi Golden Horn ni. Yang dekat tu Unkapani Bridge dan yang lebih jauh tu Galata Bridge. (Dua2 tanah ni still dalam Europe, nanti kita tgk jambatan yang menghubungkan Europe ngan Asia pula)

View over the Golden Horn.

Turun bukit balik ngan cable car, terus pergi melawat Masjid Eyub dan makammnya. Aku nak cerita ttg sejarah pun, ada banyak versi yang aku baca di internet. So aku mmg nanti nak cari buku yang dapat memberikan aku kepastian apakah sejarah yang sebenarnya.

Masjid Eyub.

Di dalam kawasan Masjid Eyub. Di sebelah kanan photo adalah maqam.

Satu lagi Masjid yang menjadi tumpuan adalah Masjid Sulaiman atau dlam bahasa Turki Suleymaniye Camii. Terletak agak jauh dari Sultanahmet, mungkin kena naik trem dan turun di stesen yang berhampiran dan jalan kaki atau ambik teksi. Aku nak cerita detail pun, aku x sempat nak pergi ke masjid ini (nada kesal). Mungkin terlepas pandang masa buat research smlm pergi hari tu. (sob... sob...)

Thursday, March 29, 2012

Istanbul :: PART 2 ::

Selain Sultanahmet yang dikenali sbg 'bandar pelancong' sbb pusat tumpuan tourist, antara lokasi lain berdekatan yang boleh kita inap adalah Cembelitas (walk distance jer ngan sultanahmet dan Sirkeci (boleh naik tram, nak jalan pun ok kalau cuaca sejuk, kalau time summer berpeluh juga kot). Harga hotel mungkin lebih murah dari di Sultanahmet.

Antara tempat wajib lawat (tentunya bagi seorang Muslim) ialah Masjid Biru @ Blue Mosque @ Sultan Ahmet Camii. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menakluk Istanbul (dahulu Constantinople) daripada Empayar Byzantine. Untuk mengatahui lebih lanjut sejarah Sultan Muhammad bolehlah google atau cari buku, sbb lebih banyak kita tahu ttg sejarahnya, kita akan masuk melawat masjid ini dengan jiwa, bukan sekadar melihat2 kosong dan ambillah kesempatan untuk solat di masjid ini.

Selepas melawat Masjid Biru yang pernah satu ketika dulu menjadi lambang kekuatan tamadun Islam, bolehlah lansung berjalan menuju ke Hagia Sophia @ Aya Sofiya. Byk nama, tapi tempat yang sama, asal gereja di tukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, solat Jumaat yang pertama setelah berjaya menakluk Istanbul dilakukan disini, diimami oleh Sultan Muhammad sendiri, sebaik2 pemimpin. Namun sekarang ia adalah muzium, ada bayaran masuk (maaf, x ingat pula, 20lira x silap). Tourist di sini berganda ramai berbanding di Masjid Biru, mmg kagum dengan keindahan senibinanya. Google untuk mendapatkan info lanjut.

Jika tak menginap di Sultanahmet, boleh naik tram dan turun di stesen Sultanahmet. Jika dari Cemberlitas atau Gulhane boleh jalan kaki sahaja.

Waktu malam suasana disekitar masjid dan Hagia Sophia sgt cantik.

Masjid Biru pada waktu malam.

Aya Sofya (Lihat dua kanak2 riang berlarian berkejaran)

Tempat ketiga yang wajib lawat adalah Topkapi Palace Museum. Disebabkan tempatnya yang agak luas dan viewnya MasyaAllah cantik sungguh sungguh, aku cadangkan peruntukkan setengah hari ++ utk tempat ini sahaja. Ada bayaran masuk (maaf x ingat berapa). Ianya bukan mcm kita masuk satu bangunan dan semua brg pameran ada disitu... bukan. Sebaik kita masuk ikut pintu utama kita akan nmpak kawasan yang lapang... ialah kan inikan istana yg di convert menjadi muzium. So kita akan masuk dari satu pintu ke satu pintu.

Yang paling istimewa ialah satu bahagian yang menempatkan barang peninggalan Nabi kesayangan kita, Muhammad SAW. Paling tidak tertahan ketika melihat sehelai pakaian Sayidatina Faatimah, kainnya kasar, lusuh dan bertampal2, itulah pakaian yg pernah di pakai oleh ketua kaum perempuan di syurga nanti. Aku? Masih leka mengejar dunia yang menipu dan meletihkan ini. Tanpa aku sedari, dalam hiruk pikuk dan hingar bingar, ada mutiara jernih yang jatuh dari kelopak mata.

Pemandangan daripada luar Topkapi Museum, yg nmpak 2 mercu tu ialah pintu masuk.

Pemandangan dalam muzium. Setiap pintu masuk itu adalah muzium, dari pelbagai kriteria, alat2 peperangan, barang peninggalan Nabi. (Aku pun tak pasti, aku masuk semua pintu ke tak... huhu)

View dari atas. MasyaAllah cantik.

Kalau tak kerana kesuntukkan masa nak mengejar banyak tempat lagi nak pergi, mahu rasanya aku lepak atas ni sampai malam. View paling cantik pernah aku lihat sepanjang hidup ni, setakat ini. Subhanallah.

Istanbul :: PART 1 ::

Alhamdulillah, minggu lepas kami makan angin ke Istanbul, Turki, tak lama 6 hari 5 malam, sbb cuti pun tak banyak tinggal. Tiada apa yang dapat menggambarkan keindahan dan kecantikan bumi Istanbul melainkan "Subhanallah". Ini bukan kata2 aku sahaja (sementelah aku mmg x pernah makan angin ke mana2 sblm ni selain ke Dubai si Kota Batu) tapi ramai kawan2 lain juga memujinya, ada juga yang sanggup kesana sebanyak dua kali. Tak perlu nak bershopping beria, lihat menikmati pemandangannya saja sudah cukup memuaskan jiwa.

Kami sekeluarga terbang menaiki pesawat Turkish Airline, yang sepatutnya depart pkl 2 pagi tapi lewat selama lebih kurang 1 jam setengah. Kuanter lambat buka, terpaksa tunggu di LUAR airport bertemankan angin malam dan nyamuk2... macam2 hal. Perjalanan selama 4 jam dan safely landed di Attaturk Airport pada pukul 6.30pagi waktu Turki, 7.30pagi waktu Sudan. Itu ini begitu begini pkl 10++ baru sampai hotel.

Hotel kami, Hotel Han yang kaler pink maroon tu. Kalau kita selusur jalan ni kebawah terus nmpk Hagia Sofiya dan Blue Mosque. Kalau belok kanan menapak sikit jumpa Sultanahmed tram station.

Hotel Han terletak di Sultanahmed, mmg sgt dekat dgn Blue Mosque dan Hagia Sofiya, antara dua tempat yang wajib dilawati jika dtg ke Istanbul. Harga bilik tak mahal dan tak murah utk lokasi di Sultanahmet. Cuma bilik agak kecil, kalau askar ramai mmg x selesa, tapi yg penting untuk cuaca dingin time kami pergi hari tu, air panas kekal panas sehingga mandian orang terakhir mmg cukup bagus, ada heater dlm bilik, free wifi (bolehlah nak update software or nak download wat so ever, owwhhh ia penting juga utk org yang datang dari sanction Sudan nie), staf hotel sgt bagus layanannya, boleh tanya apa2 yang tak tahu or nak info lanjut, ladies staf yang kami berbual2 dgn senyuman sahaja sbb mereka x boleh English dan Arab (heyyy!! ana Arab syuaya2...haha) dan kami pula mmg a big NO NO bahasa Turki.... tapi overall kami puas hati.

Petang tu kami hanya berjalan di sekitar kawasan diatara masjid dan Hagia Sofiya. Suhu.... Brrrrr.... mmg sgt sejuk. Sblm pergi mmg aku ada tgk weather forecast, so mmg boleh expect mmg sejuk, min 4C max 10C... hihi.... ditambah kalau windy.... yuhuuu sejukkkk... Tourist mmg ramai tapi mungkin x seramai time summer kot (dr info kawan2 yang pergi time summer).

Kami tak guna tourist guide pun, study sendiri jer (aku lah tu... hihi)... So kat sini aku nak jugalah kongsi pengalaman aku makan angin kat Istanbul ni, sbb aku sblm ni pun ceduk info dari bloggers yang murah hati berkongsi pengalama mereka. Harap2 dapatlah sedikit sebanyak jadi panduan pada mereka yang pertama kali nak menjejak kaki ke Istanbul.


Sampai hotel terus breakfast (harga bilik include breakfast). 6 pagi kami bf makanan yang sama tapi Alhamdulillah tiada masalah. Roti dan jem, cheese, buah-buahan, telur membuatkan kami kenyang sehingga tengahari.
Related Posts with Thumbnails