Antara tempat wajib lawat (tentunya bagi seorang Muslim) ialah Masjid Biru @ Blue Mosque @ Sultan Ahmet Camii. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menakluk Istanbul (dahulu Constantinople) daripada Empayar Byzantine. Untuk mengatahui lebih lanjut sejarah Sultan Muhammad bolehlah google atau cari buku, sbb lebih banyak kita tahu ttg sejarahnya, kita akan masuk melawat masjid ini dengan jiwa, bukan sekadar melihat2 kosong dan ambillah kesempatan untuk solat di masjid ini.
Selepas melawat Masjid Biru yang pernah satu ketika dulu menjadi lambang kekuatan tamadun Islam, bolehlah lansung berjalan menuju ke Hagia Sophia @ Aya Sofiya. Byk nama, tapi tempat yang sama, asal gereja di tukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, solat Jumaat yang pertama setelah berjaya menakluk Istanbul dilakukan disini, diimami oleh Sultan Muhammad sendiri, sebaik2 pemimpin. Namun sekarang ia adalah muzium, ada bayaran masuk (maaf, x ingat pula, 20lira x silap). Tourist di sini berganda ramai berbanding di Masjid Biru, mmg kagum dengan keindahan senibinanya. Google untuk mendapatkan info lanjut.
Jika tak menginap di Sultanahmet, boleh naik tram dan turun di stesen Sultanahmet. Jika dari Cemberlitas atau Gulhane boleh jalan kaki sahaja.
Waktu malam suasana disekitar masjid dan Hagia Sophia sgt cantik.
Masjid Biru pada waktu malam.
Aya Sofya (Lihat dua kanak2 riang berlarian berkejaran)
Tempat ketiga yang wajib lawat adalah Topkapi Palace Museum. Disebabkan tempatnya yang agak luas dan viewnya MasyaAllah cantik sungguh sungguh, aku cadangkan peruntukkan setengah hari ++ utk tempat ini sahaja. Ada bayaran masuk (maaf x ingat berapa). Ianya bukan mcm kita masuk satu bangunan dan semua brg pameran ada disitu... bukan. Sebaik kita masuk ikut pintu utama kita akan nmpak kawasan yang lapang... ialah kan inikan istana yg di convert menjadi muzium. So kita akan masuk dari satu pintu ke satu pintu.Yang paling istimewa ialah satu bahagian yang menempatkan barang peninggalan Nabi kesayangan kita, Muhammad SAW. Paling tidak tertahan ketika melihat sehelai pakaian Sayidatina Faatimah, kainnya kasar, lusuh dan bertampal2, itulah pakaian yg pernah di pakai oleh ketua kaum perempuan di syurga nanti. Aku? Masih leka mengejar dunia yang menipu dan meletihkan ini. Tanpa aku sedari, dalam hiruk pikuk dan hingar bingar, ada mutiara jernih yang jatuh dari kelopak mata.
Pemandangan daripada luar Topkapi Museum, yg nmpak 2 mercu tu ialah pintu masuk.
Pemandangan dalam muzium. Setiap pintu masuk itu adalah muzium, dari pelbagai kriteria, alat2 peperangan, barang peninggalan Nabi. (Aku pun tak pasti, aku masuk semua pintu ke tak... huhu)
View dari atas. MasyaAllah cantik.
Kalau tak kerana kesuntukkan masa nak mengejar banyak tempat lagi nak pergi, mahu rasanya aku lepak atas ni sampai malam. View paling cantik pernah aku lihat sepanjang hidup ni, setakat ini. Subhanallah.
Pemandangan dalam muzium. Setiap pintu masuk itu adalah muzium, dari pelbagai kriteria, alat2 peperangan, barang peninggalan Nabi. (Aku pun tak pasti, aku masuk semua pintu ke tak... huhu)
View dari atas. MasyaAllah cantik.
Kalau tak kerana kesuntukkan masa nak mengejar banyak tempat lagi nak pergi, mahu rasanya aku lepak atas ni sampai malam. View paling cantik pernah aku lihat sepanjang hidup ni, setakat ini. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment