Tuesday, October 21, 2014

Assalamualaikum.

Wow!!! Melihatkan kepada tarikh my last post, dua tahun aku tak update blog. What a really looooong break!!! (I am talking like mcm lah ada org baca blog ni kan... haha, anyway). So now we are 'Khartoum no more' as well 'expat no more'. Kami telah pulang ke tanah air Malaysia yg tercinta since July 2012 lagi. Dua tahun penuh makna suka duka ditempat orang, dilambung ombak dipukul badai. Kami juga menjadi sebahagian sejarah mennyaksikan Sudan berpecah dua, Sudan dan South Sudan.

The ending of Sudan chapter was not as we planned. Tapi aku mengambil ia sebagai pengalaman berharga dan pedoman hidup di masa hadapan. No more sadness-anger-hatred-not satisfied stories. Yang berlalu biarkan berlalu, mana yang tak perlu kita delete aja kan.

Mari kita lihat Sudan chapter ini dalam kerangka yang lebih luas. Penghijrahan ke sana jika dilihat dengan mata hati, ia ibarat kelana kita dibumi ini. Bermacam persediaan kami bawa untuk tinggal jauh disana. Sedangkan pemergian itu akan kembali, sedang jika tak cukup masih boleh dicari dan dibeli. Bagaimana dengan kelana kita dibumi ini. Sedang kita pasti kita akan pulang ke negeri yang kekal abadi. Kepulangan yang tak akan kembali lagi. Tapi kita disini masih leka dan lupa. Kita kumpul harta yang akan kita tinggalkan, tapi kita lupa kumpul harta yang kita akan bawa. Pelikkan kita?

Bumi Sudan yang tandus dan berdebu, itulah ibarat dunia yang kita diami ini. Tiada nilai dan harga, hanya ibarat debu-debu yang berterbangan. Kalaulah disisi Allah itu dunia ini lebih berharga dari sebelah sayap nyamuk, pasti Allah tidak akan beri rezeki kepada orang kafir. Dunia ini tiada nilai, even ibarat sebelah sayap nyamuk pun. Aduhai, dunia yang memperdaya dan menipu. Aku pun antara yang tertipu, namun membiarkan sahaja. Alangkah ruginya...


Ruang compound ditengah-tengah blok, tempat rehat diwaktu petang. Nostalgia!



Sunday, April 1, 2012

Istanbul :: PART 5 ::

Shopping stories pula. Banyak betul barang2 jualan di Istanbul ni, antara yang femes orang borong adalah mosaic lamp (bukan mosaic pun kaca lorr), shawl, ceramic pinggan atau bowl atau gantung dinding punya style, quilt atau throw, barangan kulit, handmade carpet (mahal gilerrr ...haha), turkish delight aka manisan, rempah ratus, dan berbagai2 lagilah.

Tapi aku mmg x shopping byk, bila dah balik khartoum baru sedar pepatah shopaholic mengatakan 'biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli'... haha. Bukan tak nak beli banyak, cuma takut2 excess luggage. Tapi sebab yang sebenar xleh nak borong banyak ialah exchange rate tak membantu langsung, USD 100 dapat TL180 atau TL170 jer... huhu.





Lampu2 aku beli di Cembelitas, boleh juga nak beli di Sirkeci atau Gulhane, orang kata jgn beli di Grand Bazaar, mahal. Puas hati lah, jangan tanya mahal ke murah tempat aku beli tu, sbb aku x sebey sgt pun harga, mana ada byk masa nak sebey2 ni. Tangkap satu dua kedai, tunjuk2 tawar2 beli. Yang best ada satu kedai ni offer nak hantar sampai ke hotel, iyelah mana kami larat nak borong byk2 sekaligus nak pikul bawak balik. Apa lagi... sekali arung beli... selesai!!

Turkish Delight boleh beli di Spice Bazaar aka Misr Carsisi, naik tram stop di Eminonu, sama seperti nak naik boat. Lepas naik boat, boleh singgah Spice Bazaar shoppping mopping. Kena jalan sikit dari tram stop sbb dari jauh mmg x nmpak. Gate dia bersebelahan deretan kedai menjual seeds dan alatan gardening. Bersebelahan dengan masjid usang yang manjadi lepakan burung2 merpati, tak salah masjid ni nama New Mosque atau Yeni Camii.

Di bazaar ni, boleh juga nak borong shawl, lampu dan mcm2 lagilah. Aku borong Turkish Delight jer kat sini. Kacang2 pun x beli sbb takut excess luggage...huhu. Oh yaa... rempah ratus ada juga aku rembat sikit ngan saffron... uiii bestt, lama dah nak beli spice paling mahal dalam dunia ni, guna belakang kira, yg penting 5-6 tahun br expired. Banyak jenis saffron ni, ada yang murah sikit, mahal sikit dan paling mahal. Aku beli iran saffron yg no 2 mahal rasanya, yg termahal x silap aku pakistan punya kot... entah x ingat.

Pasal makanan aku xleh nak cerita banyak, sebab bukan kaki nak try makanan baru, bila lapar jumpa kedai makan ajelah. Paling banyak kat Istanbul ni kebab lah... sana sini kebab. Kami ada juga makan ikan sbb kat Sudan ni susah nak dapat ikan. Cuma mcm x cukup rasa lah, kan best kalau cicah air asam ke apa... haha.





Friday, March 30, 2012

Istanbul :: PART 4 ::

Cruising juga antara aktiviti kalau x wajib pun, sunat la kot kalau dtg Istanbul ni. Ada dua jenis cruise, satu tour Golden Horn dan satu lagi tour Bhosforus. Eloklah naik dua2 sbb dah tentu laluan berbeza viewnya juga berbeza. Aku cuma sempat naik Bosphorus Cruise, pergi balik lebih kurang satu jam setengah. Anak2 yang terlebih excited sebenarnya, tapi bila dah naik, sorang tidur, sorang lagi ralit dgn game.

Kawasan jeti mmg ada berbau hanyir ikan, hingar dengan bunyi boat, pastu ramai yang bersidai atas bridge memancing ikan. Memang best sgt nampak, kejap2 dapat ikan, walau x besar mana tp mesti syokkk!!!

Kami beli tiket on the spot, time bot dah nak dekat jalan, 10 lira seorg, bdk2 percuma. Naik ke tingkat 2, mmg frust la sbb seat yg di birai2 boat dah penuh dgn org, masing2 dgn camera sikit punya panjang lens... hihi. Takpelah aku dan adik turun ddk bawah, byk lagi kosong (apa kelas kan ddk bawah). Along nak ikut babanya duduk di atas. Tak lama boat bergerak, lebih kurang 15 minit, berderu2 orang yg duduk di bahagian atas turun ke bwh. Haiii!!! Hujan ker??? Aku tgk luar xde nmpak hujan pun. Tak lama kemudian babanya turun menghantar along, rupanya sejukkkk gilerrr kat atas nun, angin laut katakan. Patutlah semua yang turun menggigil... hihi.

Lupa nak beritahu, boat naik kat Eminonu Jeti, kalau naik tram stop di Eminonu. Bosphorus @ Bosporus aka Istanbul Strait @ Strait of Istanbul dalam bahasa Turkiye ialah Istanbul Bogazi; ialah selat yang menghubungkan Marmara Sea dan Black Sea: juga selat yang memisahkan Turki benua Europe dan benua Asia. 2 benua ini di hubungkan oleh dua jambatan iaitu Bogazici Bridge dan Fatih Sultan Mehmet Bridge.

Nak kata best, mmg x best sgt pun, tapi mcm biasalah dah alang2 sampai kena lah naik kan. Tapi kalau geng2 photog memang best la, snap gambar sakan.Kalau budget power dan byk masa nak bazir boleh ambik cruise yang siap ada makan segala tu, tapi mak x kuasa... hihi. Mari kita lihat apakah bangunan yang berjaya di 'tangkap' oleh photographer amatur kita selama bersejukkan menggigil di atas cruise.

Dolmabahce Palace (Turkiye:- Dolmabahce Sarayi).

Dolmabahce Palace antara tempat yang menjadi tumpuan tourist, tapi kami x pergi kerana kesuntukkan masa. Istana yang sangat mewah sakan, dibina pada zaman kejatuhan Islam di Turki, di 'hinggapi' oleh sultan yang tentunya cintakan kemewahan. Istana ini juga pernah menjadi tempat tinggal Kamal Ataturk (Bapa Sekular Turki). Menurut pembacaan di internet, dalam istana ni x boleh ambil gambar. Ada kawan memberitahu, mewah tak mewah, kepala paipnya saja diperbuat daripada emas.


Di sepanjang selat terdapat banyak masjid yang aku tak arif namanya.

Nun di kejauhan kelihatan Bogazici Bridge.

Ini pula Sultan Mehmet Bridge.

Kelihatan mcm kubu itu ialah Rumeli Hisari. Benteng yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad di bahagian selat yang tersempit sbg benteng pertahanan daripada musuh. Oleh itu, jambatan ini diberi nama sempena namanya. Boleh google untuk mengetahui sejarah terperinci tentang Rumeli Hisari ini.

Tour sepanjang Golden Horn x boleh nak cerita sebab tak sempat nak pergi.
Related Posts with Thumbnails