Showing posts with label Meals. Show all posts
Showing posts with label Meals. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Winter Break (Hallas allready)

'Hallas' maksudnya habis atau siap or finish. Antara perkataan yg aku belajar kat sini (itulah je kot disamping beberapa perkataan lain.. huhu).

Berdasarkan entry terakhir pada 7hb Dis 2010, maknanya sebulan lebih dah x jenguk sini. Hajat nak menulis asik tertangguh jer. Banyak cerita ceriti, bermula kisah meroyan entah apa2... pastu kisah referendum di Sudan dan kisah2 seangkatan dgnnya. Budak2 pun dah 2 minggu mula sklh slps 2 minggu winter break and 2 minggu cuti referendum (sklh bg sbb risaukan keselamatan anak2 nak ke sklh sambil2 mereka bole cuti lebih sambut xmas... hihi).
Diam x diam lagi 5 hari, genaplah setahun hb aku ditransfer keje kat bumi Sudan ni (aku punya kena minus 90 hari). Sekejap pula rasanya.. (aii, seronok dah ker ddk sini.. huhu). Seronok x seronok, hidup mesti diteruskan. Hidup dimana2 pun ada cabarannya, ada susah senangnya. Kat sini aku jumpa sahabat2 baru, tempat berkongsi suka dan duka. Sahabat2 yg pasti aku kenang sampai mati. Betullah ada yg berkata, persahabatan kat sini unik dan xkan dapat dimana2... aku setuju. Byk benda2 yg akan aku rindukan nnt. Morning coffee dgn kawan2, istilah yg mana pernah ada dlm hidup aku sblm nie. Balik Malaysia nnt, mana ada moning coffee lagi, yang ada ulang alik ukur jalan antar anak sklh... hihi...

Skrg once a week mesti bake roti (sandwich loaf)... sbb kedai jual roti (yg sedap ala2 gardenia) tutup utk renovation. Yg lain ada cuma kureng sikit... Satu loaf (500g) sekali breakfast ajer... plus bekal bdk2 sklh... nak buat mcm mana kan, roti sedap kan (haha... masuk lif tekan butang sendiri).

Ehh!! Lamalah x upload gambar2 makanan dan resepi kat sini... dah kena mula balik 'sendiri masak, sendiri amik gambar, sendiri makan'... huhu



Ini juadah ptg cum breakfast 3 hari lepas. Resepinya cinnamon rolls, tp aku tukar inti ngan sosej and cheese. Kalau cinnamon tue, aku ajelah yg men'cekik'.

Haa!! Ini cinnamon rolls, juadah beberapa bulan lepas. My doter and I aje yg gemar jenis sweet mweet nie...

Ini merupakan kuih ketayap pertama yg dbuat. Kalau mengikut date pada photo ianya pd 3hb Dis. Cantik ker?? hihi. Jangan tertipu, ini adalah beberapa keping yg layak masuk gambar. Yg lain2nya huhu... asal bole makan sudah...

Monday, July 12, 2010

Menunggu dan Donut

Ini rentetan cerita mengenai barang2 yg kami 'shipping' dr Malaysia tu. Smlm, katanya sekarang tengah tunggu pihak kastam Sudan menghantar detail mengenai cukai yg perlu kami jelaskan. Sekiranya cepat mereka bertindak, cepat jugalah Subali akan 'menyetel' bayaran itu. Selesai urusan pembayaran cukai itu, makanya akan terhantarlah barang2 kami itu kesini.

Dikhabarkan, sblm kisah cukai ini, ada satu kisah mengenai printer kami yg agak megelirukan pihak kastam. Mmg telah terbukti benar kata2 mereka yg pernah dtg kesini dgn membawa printer akan menimbulkan masalah. Tidaklah dapat dipastikan mengapakah pihak kastam Sudan sangat 'allergic' dgn 'printer'. Mungkin mereka menyangkakan itu adalah mesin memproses bom atom layaknya.

Dan adalah nasihat dari mereka yg dahulunya membawa printer dan mengalami masalah, menasihatkan kepada kami supaya mengiystiharkan printer itu sebagai barang lain, bukannya printer, comtohnya mesin membuat mee atau mesin pembancuh kopi (agaknyalah kan). Tetapi bagaimana pula sekiranya printer itu dengan sesuka hati diambil bak harta sendiri oleh pihak Kastam yang tidak pasti rekod bersih dan jujurnya. Pastinya kami boleh gigit jari sahajalah sebab kalau nak 'claim' pun, mana ada buktinya.

Senanglah cerita, sebenarnya kastam memang sengaja mencari pasal. Kalau bukan hal printer itu, pastinya semua kotak2 kami dibuka satu persatu supaya adalah hal2 yang boleh menyusahkan pihak kami. Memang ada kes, habis kesemua kotak2nya dibuka, berterabur barang bercampur2. Ada juga kes kononnya membawa barang kesini sebab nak berniaga (mmg banyaklah barang2 tu pun bercampur dengan kiriman orang lagi). Hilang barang perkara biasa. Entahlah, susah nak dipastikan samada hilang sbb pecah atau rosak atau diambil. Kalau sengaja nak mengambil, boleh fikirlah sendiri apa hukum dan balasannya.

Minggu ini dan minggu depan, dalam mood menunggulah kami gamaknya. Syukur, sekurang2nya sampai juga barang2 kami tu sblm puasa. Dibawah ni antara pose2 menarik donut petang semalam.



Monday, June 14, 2010

Soya Sauce Prawns

Wahhh, awalnya masukkan entry hari nie... hehe. Br lepas lunch, so rehat lah kejap... lepas ni ke dapur balik, kemas yg masak2 td tuu... Mcm biasa, masak simple2 sahaja, terjumpa resepi udang yg nmpk sedap ni kat blog '3 hungry tummies'... so lps masak, mmg sedap pun. Budak2 sukakannyaaaa..... siap ada second request... InsyaAllah. Thx tummy for this delicious recipe.


Soya Sauce Prawns
Source:- 3 hungry tummies

Bahan-bahannya:-

12 ekor udang - bersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
1cm mentega
1 tangkai daun bawang - x letak sbb xde

Untuk sosnya:-

1 tbs kicap cair
1 tbs of Maggi seasoning sauce
1 tsp of gula
2 tbs of air
sedikit minyak bijan
sedikit serbuk lada putih

Cara-caranya:-

1. Goreng udang tanpa minyak hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Cairkan mentega dalam pan dan tumiskan bahan cincang sebentar.
3. Masukkan bahan2 sos. Kacau rata.
4. Masukkan udang.
5. Kuatkan api dan teruskan mengacau. Masukkan daun bawang bila sosnya sudah agak kering.
6. Hidangkan segera.

Ini pula kari hijau ayam. Takdelah apa yg nak dbanggakan pun sbb guna pes ready made.. hehe.. tp pedasnya ya amat... so Adik hanya makan ayam shj, Along ambik jugak kuah sikit2. So disebabkan kuah ni pedas, aku buatkan budak2 ni sayur masak air. (Jumpa sawi kat kedai bawah td... yuhuu... hehe... diaorg ckp ada org Korea yg tanam sayur kat Sudan ni, dan dtg jual kat kompleks nie, org Sudan mmg x mkn sawi :-P)

Sunday, June 13, 2010

Roti Arab

Dah lama usha2 nak buat roti ni, sbb bhnnya senang dan nak membuatnya pun senang... so sbb dlm freezer ada 'belen' sardin ngan daging kurma hari tu... ptg td cubalah buat roti nie. Uli2 sambil tgk tv xdelah terasa sgt. Try nak masuk MyResepi, tp x boleh2... dah 2-3 hari juga kot problem jerrr.... so last2 terjumpa kat Fp mamasya ... yg bagusnya roti ni bakar atas pan jer... senang2... sblm ni ada roti arab versi goreng ngan minyak... nnt try versi tu plak, tp sure kalau nak healthy style kenalah guna versi bakar atas pan kan... Thx mamasya, utk resepi roti Arab yg marbeles ini. Aku juga buat setengah adunan, cukup sekali makan... cuma next time nak kena bagi tebal sikitttt... br cun.. hehe



Roti Arab
Source:- Soulha Cairo @ Sue, jumpa di mamasya , resepi asal kak Hanieliza.


Bahan-bahannya:-

500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam

250 ml air suam
6 s/b shortening/lemak sayur..(warna putih)

Cara-caranya:-

1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
10. Angkat dan hidangkan dengan kari atau sambal sardin.

Friday, June 11, 2010

Fettuccine Alfredo


Ini dinner mlm td... since tghari msk cincai... telur dadar ngan sayur air, cukup sekali makan jer... so ptg mulalah pikir mlm nak makan apa... so kebetulan keboringan tahap gaban, we all pegi Marwa ptg td... beli brg yg dperlukan utk dinner mlm ni... ngan apa2 tah barang lg... habis 100++!! Aduhh mahalnyer barang bukannya byk pun, setakat satu raga jer. Pastu nak beli satu2 barang tuh, pikir 4-5 kali... tawaf 2-3 kali.... nak beli ke tak? Mcm sopping beli handbag lagaknya!! hehe... Kalu x beli xjadi plak nak masak... last2 pejam beli jerkk... huhu...

Kenapa fettuccine? sbb boring dah makan spaghetti sos tomato tuh... hehe... sajer nak tukar2 selera... Resepi amik kat allrecipes.com ... tp cam biasalah kan bukan semua bahan2 taruk, byk yg xde, tp sedap gak... buat separuh dr resepi dbawah, byk dapat, siap boleh simpan utk bf esok... hehe...

Chicken Fettuccini Alfredo

Source: Emily (allrecipes.com)

Ingredients:-
  • 6 skinless, boneless chicken breast halves - cut into cubes
  • 6 tablespoons butter, divided
  • 4 cloves garlic, minced, divided
  • 1 tablespoon Italian seasoning - xde
  • 1 pound fettuccini pasta
  • 1 onion, diced
  • 1 (8 ounce) package sliced mushrooms
  • 1/3 cup all-purpose flour
  • 1 tablespoon salt
  • 3/4 teaspoon ground white pepper
  • 3 cups milk
  • 1 cup half-and-half - xde (sebnrnya aku tak tau pun apa nie... rsnya one type of cream kot)
  • 3/4 cup grated Parmesan cheese
  • 8 ounces shredded Colby-Monterey Jack cheese - xde
  • 3 roma (plum) tomatoes, diced
  • 1/2 cup sour cream - guna cream biasa + lemon

Directions:-
  1. In a large skillet over medium heat combine chicken, 2 tablespoons butter, garlic and Italian seasoning. Cook until chicken is no longer pink inside. Remove from skillet and set aside.
  2. Bring a large pot of lightly salted water to a boil. Add pasta and cook for 8 to 10 minutes or until al dente; drain.
  3. Meanwhile, melt 4 tablespoons butter in the skillet. Saute onion, 2 tablespoons garlic and mushrooms until onions are transparent. Stir in flour, salt and pepper; cook 2 minutes. Slowly add milk and half-and-half, stirring until smooth and creamy. Stir in Parmesan and Colby-Monterey Jack cheeses; stir until cheese is melted. Stir in chicken mixture, tomatoes and sour cream. Serve over cooked fettuccine.

Di samping tu, aku buat mushroom sup ala2 sup Campbell dlm tin tu, mkn ngan roti... budak2 sukalahh... bertambah-tambah... hehe...

Mushroom Soup
Source:- minamil33 (MYR)

Bahan-bahan:-

1 keping dada ayam
1500ml air
500ml fresh milk
1 kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang - guna mushroom fresh (yg guna buat sos fettuccine)
1 cawan tepung gandum
garam
secubit Ajinomoto - x letak sbb kuib ayam pun mmg ada Ajinomoto dah

Cara-cara:-

1. Potong atau dadukan ayam kecil2. Rebus ayam bersama air sehingga ayam masak.
2. Masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api perlahan spy susu tak membuak2.
3. Masukkan mushroom.
4. Masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau sampai pekat.
5. Perisakan dengan garam dan Ajinomoto.
6. Sedia dihidangkan bersama roti. Letak ground white pepper sikit pun sedap.

Nway, ini lunch td, simple mimple... tp sedap kalau peyut tgh lapar tuhh....


Wednesday, June 9, 2010

Tenggiri Sambal

Buntu nak masak apa... yelah... nak kena olah apa2 bahan yg ada dlm fridge... tp kan kat rumah ni masaklah apa sajer... sedap ajer.. yelah dah xde benda lain nak makan... sedap jelah... hehe..

Tenggiri goreng bersambal... itupun guna rencah lebih masa buat daging pedas itu hari... tambah bawang besar ngan lada 'bangla' cincang... tp isi ikan liat sikit :-(

Terung goreng campur bawang ngan lada... banyak aku bubuh lada, bagi pedas sbb budak2 mmg x makan terung.

Ini budak2 punya, timun kicap... kuah mesti lebeeeyyyy!!!

Tuesday, June 8, 2010

Mee Bandung

Huh!!! Berpeluh tghari td... menu hari nih mee bandung... percubaan membuat mee utk kali yang kedua... yang kali pertama hari tuh (lebih kurang seminggu lepas), terjadi 2 kesilapan... pertama silap letak acuan... terbesar so keluar mee gedabakk... habis setengah kilo... then batch kedua acuan dah betul tp rebus x cukup lama, so keras... masa tuh buat mee goreng, bdk2 masa mula2 makan x perasan... then lama2 buat muka tp x sampai hati nak tegur... cuma adik kata.."mee ni pelik sikitlah mama"... hehe... aku boleh perasaan riak muka mereka yg x brani nak komplen takut mama kecik hati... ohh!!! anak2ku tahu yer mama mu yg sensitip ini... kihkih...

Kelam kabut nak buat mee, sbb jam dah nak ke pukul 12... tepung ada lg setengah kilo... so zasss... masuk semua bahan... uli... then time dia keluar tuhh, aikkk cam pelik jer... aku pun selongkar laci...then ternampaklah acuan yg sebenar...Ya Allah, aku silap acuan utk kali keduanya... tulah, nak cepat sgt langsung lmbat dahh... tepung lak abiss... minta Along ngan Adik beli kat kedai bawah... (Ini pun ada cerita best masa beli tepung... nnt kat bawah cerita)

Then dalam jam 12.30 start buat... sambil2 rebus mee buat kuahnya... campak2jer... dekat 1.30 br dpt makan... tp semua makan sambil menjilat sudu... hehe... puas hati walau habis berpeluh hangit satu badan masak....

Inilah rupa homemade mee ku itu, oh yer, mesin beli ngan k Zilla, pasni aku nak try buat kueteaw plak...

Sedap tak nampak?? hehe, mana nak cari mee bandung kat Sudan nih... siap ada lada jeruk lagi... kat Mesia pun aku tak rajin nak buat lada jeruk nih, tp ddk sini tekak makin mengada2 mcm2 nak dirasa, ini pun sbb terjumpa lada besar kat Marwa hari tuh, kalau kat pasar mmg xde lada nihh....

Oh yer cerita pasal rombongan ke kedai membeli tepung, aku tulis atas kertas 'tepung gandum @ wheat flour 1kg' ... dua bahasa sbb cashiernya sorang org Mesia dan sorang lg orang Sudan , so kalau Sudanese tu sure dia x paham kalau aku tulis tepung gandum kan... kata pada Along, bg jer kertas nih pada cashier yg jaga kaunter tuh... pastu, lama gak mereka berdua pergi... then balik2 ... dia kata "Mama.. org arab jaga so Along cari sendiri... along tgk tulisan mama, pastu Along matchingkan...betul tak mama " yuhuu... sungguh dia cerita... "betullah ni Along, pandainya Along" bangga sungguh dia hari tuh, first time seumur hidup beli grocery item, sblm2 ni dia biasa g beli coklat jerkk... hehe...



Monday, June 7, 2010

Ayam Golek

Teringat kesedapan ayam golek rumah k Ina masa kenduri Su tempohari... makan ngan nasi impit... fuhh sedapnya.... so smlm planning nak buat ayam golek ala2 k Ina lah kononnya, tp aku xde santan... so plannning nak pinjam santan ngan Amy... nasi impit dah siap buat mlm smlm sblm tido...

Padi td telefon rumah Amy, anaknya yg angkat kata mama g klinik... mmm... mcmmana nih.. nak pinjam ngan sapa pulak... malas nak pikir lama2 aku buat jer... nasib baik ada fresh milk setengah kotak dlm fridge, pakai tu jer... ok jugak lah rasanya not bad... hehe...

Resepi main ingat2 lupa apa yg k Ina cakap hari tuh... Nnt bila2 rajin aku tulislah resepinya... hehe

Nyum nyum... habis sebelah jer makan... lebihnya aku frozenkan... bila2 aku mls nak masak boleh makan lauk nih ajer... hehe.. bijak! bijak!

Oh yer, nasi impit tu pulak terlembik sikit... aku rasa sbb beras kot sbb kalau msk nasik pun, kalau tersalah lebih air sikit mesti lembik... nnt kalau dah berjaya aku publish resepinya... (first time buat nasi impit sendiri, selalu pakai instant yg siap paking dlm plastik dah tu)... xdelah ssh mana pun...

Saturday, June 5, 2010

Tuna Telur Goreng


Ini dinner malam ni... makan ngan roti, ala-ala sandwich gitu... tambah2 ngan leftover yg bungkus bw balik lunch td... Resepi sumbangan "vdia" kat My Resepi... boleh tahan sedap... yelah kan asik2 plain scrambled eggs jer, tmbh tuna kan variety sikit... :-D

By the way, hari ni lunch dluar... kononnn.. hehe... itulah satu tempat makan yg agak2 famous disini... semuanya western food... bdk2 suka.. sedap... cuma mahallah sikit... boleh 2x makan Pizza Hut kat M'sia kot... ahakkss..


Tuna Telur Goreng
Sumber :- vdia (MyResepi)

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 tin tuna
  • 2 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar-hiris
  • 1 ulas bawang putih-hiris
  • garam
  • serbuk lada putih
  • gula
  • minyak untuk menumis
  • 2 biji cili padi-potong kecil-kecil
  • 2 tangkai daun bawang- hiris

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.. Kalau guna tuna yang dah pedas tak payah letak cili.
  2. Masukkan tuna. Kacau sehingga nampak sedikit kering.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan ke dalam kuali tuna tadi sambil dikacau.
  4. Akhir sekali masuklah daun bawang. Kacau2 dan padamkan api.
  5. Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.
* Telur ku itu nmpk pucat sbb kuning telurnya mmg pucat... mmg kadang2 itulah jenis telurnya, kena yg ok, oklah... :-)

Thursday, June 3, 2010

Bendi Goreng wif Tomato

Masak simple2 jer hari nih... saja nak perabih stok bendi kat dalam fridge sblm ianya jadi tua dan keras dgn sendirinya... hehe... best gak rasanya bila campur ngan tomato nih... letak isi ayam sikit sbg rencahnya... Along minat bendi oklah, Adik kutip isi ayam itu sajelah...


Ini pula ayam masak kicap... alahhh semua org tahu masak ayam kicap nih, nway, budak2 kata sedap... sedap ajelah diaorg nih...

Ini pulak, fries buat minum ptg... fries versi celup tepung... layan kan ajelah... dah kalau perut lapar sedap jerr... sambil2 minum teh-O panas di hari yg panas (kat luar) dalam sejuk jer.... muahahhaa.

Monday, May 31, 2010

Kurma Daging Kerisik

Ini sepatutnya n3 smlm, tp x sempat2 nak masukkan... entah apa yg dsibukkan pun x tahu... hehe... resepi amik kat blog En Mat Gebu aka CMG... sedap dan agak pekat sikit mayb sbb penggunaan kerisik... aku mmg suka masak lauk yg mcm ni sbb esoknya boleh buat makan ngan lempeng aka pancake uk bf... hehe.. Mcm biasalah resepi copy n paste... minta halal yer.. :-)



Kurma Daging Kerisik
Sumber :- CMG

BAHAN UTAMA :-)
800 g daging batang pinang, potong kiub
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
2 biji cili merah, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
1/4 cawan jus asam jawa
2 camca besar kerisik
1 1/2 camca besar gula melaka
4 camca besar rempah kurma
2 camca besar minyak sapi
500 ml pati santan
1000 ml santan cair
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 camca besar lada hitam biji
2 biji cili merah
2 biji tomato

BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci daging dan toskan. Bancuh bahan2 kisar dengan rempah kurma hingga rata. Panaskan minyak dalam periuk, tambah minyak sapi dan tumis bahan2 tumis hingga harum. Masukkan rempah+bahan kisar tadi dan tumis hingga garing dan terbit minyak, gunakan api kecil.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Renih hingga daging lembut. Masukkan kerisik dan kentang. Kemudian tuang santan pekat.
  3. Masak hingga kentang lembut, tambah jus asam jawa, garam dan gula melaka. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan belahan cili merah dan hijau. Biar mendidih perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa dan tambah garam jika perlu. Matikan api dan boleh dihidangkan...

Kuih Keria

Salam... satu lagi hari yg panasss... berkurung mcm puteri lilin ajelah... hehe... hari ni masak lauk simple2 ajer.. ikan goreng ngan ulam2an sambal belacan.... ceeee... ulam2an... mcmlah ada pegaga segala... hehe...

Jangan salah pahaammm... ikan ni bukannya hangit... hehe, kat sini tiada ikan fresh, semua frozen dan x berapa nak fresh gitu, last week ikan tenggiri ni buat masak kicap, x berapa nak laku sbb isinya yg dah liat2 sikit... so ada belen lg dlm fridge... lama ku tenung ikan nihh "apalah yg aku nak buat ngan ko ni yer" hehe.. last2 aku blend bwg putih, bwg merah, kunyit... ltk asam jawa sikit n garam sekucup rasa... perap..goreng api slow... wauuu... sedap loorrr...

Inilah ulam2an yg ku maksudkan iteww... tomato dan timun... dan daun itu namanya 'jer jer'... versi lain sikit dr yg aku buat salad tempohari... pelik sikit rasa dia... x biasa lg.. heee.. tp kena2 lah biasakan... mana nak cari ulam pegaga atau daun salam kat sini...

Inilah satu-satunya cili api kat Sudan nih.... x berapa nak pedas sgt... so budak2 nih dgn seronoknya makan sambal belacan sambil cicah timun.. nyum nyumm....

Keria dan Cek Mek Molek

Dan petang td, sblm 1kg keledek yg aku beli masa g souk hr Sabtu hari tuh tumbuh akar... haha... kelakar, my dearly hubby siap perli2 masa br balik psar tuhh.. maklummm smgt mmbeli (kan dah pandai speaking Sudan sikit2... kahkahkah... speaking apanyerr...1,2, 3 jerr....weeekkkkk) dia kata... haaaa..... jgn buat ekperimen plakk keledek tuh... eksperimen tu maksudnya... tumbuh akar menjalar segala lah kann... huhhh...

Aku rasalah kan kan... sejak2 aku kawin x pernah buat keria nih (ms sblm kawin xyah ceritalah). Kalau buat pun, tu apa tuh... cek mek molek... kan cek mek nih versi senang... x yah nak sira2... Tp aku rasa part buat gula kat keria tuh aku fail... x cantik... mayb sbb aku main letak jer aiir ngan gulanya (scale xde lorrr) tp sedaplah weehhh.... Cuak gak masa rebus keledek tuhh...berkanji airnya.. yelah ni kan keledek versi Sudan, x sama kot mcm Msia punya (anyway Msia ada tanam keledek kee... bukan import??... aku rasalah kalau Msia tu x mengimport segala mak nenek sayur-mayur tuh...lg teruk dr Sudan ni agaknya... :-P )

Opppsss berbalik ke cerita keria td.. aku amik resepi dari blog CMG...

KUIH KERIA

Bahan-Bahannya :-)


600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
  4. Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.
  5. Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula seperti gambar diatas...selamat mencuba!!
  6. CATATAN MAT GEBU :- Jumlah tepung bergantung pada jenis keledek, jika gunakan keledek kaler orange, perlu tambah tepung...

Sunday, May 30, 2010

Nasi Ayam

Haha... apalah punya tajuk n3... bukan rajin apa pun... 'paksa rela' membasuh segala mak nenek tudung... bukan setakat tudung yg pakai kat sini, tudung yg sejak2 bw dr Msia mmg x berbasuh pung... haha... kalau setakat tudung bawal tuh... bolehlah pakai mesin (tu pun kalau x berbelian2 segala...) ... yg sshnya yg ada awning nihh!! kang basuh ngan mesin patah plak awning nyerr... hehe..

Lunch nasi ayam... mestilah homemade.. sini mana ada kedai jual nasi ayam... hehe... tgk2 hubby x balik lunch lah pulak.. ada meeting... makan pree katanya... ihik..ihik... so kami bertiga ajelah makan... sedaplah jugak... main taram resepi sendiri jerkk... bagi akulah nasi ayam nih yg penting ada halia ngan bawang putih... kasi blend... pastu perap ayam pun aku ltk, nasi pun letak, sambal pun letak... tinngggg... siapppp.... nyumm nyumm...

Ayam ni lps rebus.. perap ngan kicap, garam, gula, madu, halia + bwg putih blend... lg lama perap lg sedaplah kannn...


Sup cicai jerr...


Sambal lada... kat sini xde lada merah besar yg biasa kita guna tu.. so aku ejas2 guna lada kering + lada cili api pastu campur halia + bwg putih blend (masuk sos tomato sikit kalau suka) .. masak tauu... kang sakit perut pulakk...


Oh yer... nasi lupa nak snap gambar.. hehe... tapi nasi semua orang tahu masak kann! hehe... Aku nyer versi nasik... tumis daun pandan, halia+ bwg putih blend... pastu masuk dlm nasik... masak dlm rice cooker cam biasa... aku guna separuh air rebusan ayam...


Monday, May 24, 2010

Souk Om Durman (versi barang tertinggal) & Curry Oven Method

Aduhlaaa.... camne boleh lupa, lepas turun van sampai dpn kompleks smlm baru perasan... aku ngan Ila beli habbatus sauda time2 nak balik dah tu... pada masa yg sama k Zilla beli madu, so dok borak2 pasal madu langsung lupa. Duit dah bayar dah yg masalahnya... dahtu pagi2 td keluar smla, berdua ngan Ila jelah, semata-mata nak amek brg tuh... punyalah hafal serba sedikit dialog arab nak ckp ngan pekedai tuh, sbb smlm g ngan k Zilla, so dialah yg jd jurucakap antarabangsa... :-D

Nasiblah pekedai tu ingat muka kitaorg nih, maklumlah muka pendatang mesti sng nak igt punya... hehe... so xyah berdialog beria2... lepas amek terus balikk... aku bykk baju nak basuh... 4 hari x basuh kain... kahkahkah... sampai my dearly hubby nyer singlet nak wat p keje langsung xde... tp kat sini dun worry, satu hari bole basuh sampai 5 trip pun no hal... xde hujan... cuaca lak keringg.... lgpun ada 'dryer'... nnt lain kali cerita pasal 'dryer' nih...

Ni nak cerita pasal masak curry oven method... (msk ptg td, tghari lunch nasi goreng jerkk) hehe... ni kes terliur tgk curry kat ms lemongrass lah nih yg dok diam nun jauh d Australia... senang byk... lepas tumis2 masuk oven.. hah!! ddk diam2 kat situ, sila rujuk blog tersebut utk resepi dan cara2nya yer... thx LG utk resepinya itu, walaupun aku modify ler sikit2 sbb ada brg yg xde (mcm x biasa msk x cukup brg kan.. hehe)

Aku buat kari kharouf (betul ke ejaannya tuhhh), ianya mcm kambing tp bkn kambing, kat Sudan mmg glemerr nih.. tp aku kureengg lah sikit, alaahaii... dia x bau mcm kambing tp ssh nak cakaplah, aku makan kuah ngan kentang byk, isi makan sikitt jerkkk... tp dearly hubby gemarrr... nyum nyummm...

Tumis dlm kuali senang...

Taraa.... slps 3 jam... oh yerr aku letak dlm periuk jer... casserole dish mana ada, shipping kerr??? Ehh!! aku ada casserole dish ker.... hahaha... (jgn rissoo sini nenek casserole dish pun ada... murah lak tu... tungguuuu.. hikhikhik)

Sambil2 tunggu kari dlm oven tuee... Aku try lah nak buat kaya, konooonnnn.... makanan yg xde kat sini, yg aku ngan dotterku sukerr.. hehe... tp.. huhuhu... bahan2 cam senanggg... tp x jadi... berketul2 ... ada ker dotter ku kata mcm t***... heeeeee...nasib buat sikit jerkk.. nak try test... tp rasa sedap gak lah... pasni bole cuba lagi... dan lagi... sampai jadi...

Inilah rupa kaya x jadi nak kaya, xpe dikk... t*** yerr... kita tgk esok siapa yg menjilat hingga hujung jari... ekekkeke...

By the way, nak habis dah stok brg2 yg ku 'hand carry'... bilalah KARGO ku nak sampai nihh... hahaha...

Adik dah makan pedas sikit2... tu feberet kari tuhhh... senanglah sikit tugas mama nak msk... (sila abaikan tuala2 dbelakang itu, kerusi makan aka towel rack...)

Sunday, May 23, 2010

Souk Om Durman

Thx Ila coz ajak ke souk pagi tadi... Mlm smlm lg call, ajak ... kalau ikut hati yg malas dan 'moody' :-P ... nak ddk terperap kat rumah jerk... but insist dearly hubby kata pergilah... bila lagi u nak kenal tmpt2 kat sini, nak tunggu dia bwk, dia pun x tahu... hehe... so dah dpt green light, pergilah... tinggal bdk2 dua org tu kat rumah... sbnrnya part ni yg x suka... nak bwk almaklumlah, bkn mcm sopping mall... ngan panas dan berdebu... nak call pun x boleh sbb phone tu hanya boleh pakai dlm kompleks jerk... kena beli phone cap ayam satu tinggal kat rumah... senang nak spot check... hehe...

Souk ni byk jual cookware ngan plasticware... pinggan mangkuk x usah cakap lah...Luminarc pun ada tau.. hehe... murahhhh byk dr Mlaysia... ... tp x beli... mood nak beli xde lg, tunggu rumah siap mcm rumah dulu... hehe... oh yer... aku beli colander sbb mmg ssh btul nak basuh ngan tos sayur... kira brg keperluan lah nie... hikhik...

Keluar jam 9.30pg balik dekat pkl 12.30... aduss laparnya... bdk2 pun dah merengek lapar...pg td brekpes roti canai yg x abis smlm... apalagi cam lipas kudunglah memasak... kang jam 1, ding dong... hehe.... simple mimple jerk.. aym goreng pedas ngan sayur air kubis...

Ptg td... teringin nak mkn roti... so buatlah roti... uli ngan tangan... hehe... alah dulu2 pun mula2 buat roti uli ngan tgn jer... bkn terus ada Mr. BM tuhh... hehe... roti kosong jer...pakai tpg gamdum biasa sbb high protein xde campur ngan whole meal yg bwk dr Mlaysia yg kalau ikutkan dah expired bln 12/2009... hahha... dah 2 peti ais dok simpan tpg tuh, br jd roti ptg nih... hehe... bolehlah ...buat cicah teh-o atau sapu butter...


Inilah colander yg ku beli iteww... made in India... claimed stainless steel, tp kita tgk jelahkan... cam x logik RM10 dpt stainless steel :-P

Ini versi cicah air

Ini versi sosej roll...(rapat2 susun tuh sbb xde tray)

Ini pulak versi 'malas' nak shape... kuikui...

Tuesday, May 18, 2010

Salata

Semalam, pagi 17hb kena buat HIV test utk visa, hubby temankanlah kan. Entah emigresen ker tmpatnya, sbb teruk bebenar... huhuhu.... kalaulah boleh ambik gambar, mmg nak ambik gambar. Rupanya mcm bangunan bekas dibom pastu diconvert jd pejabat... sungguh daif dan serba3 kekurangan. Aku yg mmg takuttt ngan jarum nih sabarlah menanti utk diinjek. Tak check2 dah mana urat ker apa. Main cucuk jer, dahlah jarum sikit punya besar. Nasib baik darah sikit jer ambik... huhuhuhu.... scary... mcm nightmare lah pulak... Tghari ada birthday bash pula... birthday utk budak2 lah kononnya tp mak budak yg makan byk... hehe... makan jgn x mkn... bole tmbh berat bdn kalau mcm nih... oh yer, mkn kejap jer... sesi chatting yg lama... kih... kih... kih...

Itu cerita smlm... petang nih pulak, ada rewang2 buat soto ayam sbb esok Petronita nak buat jualan utk isi tabung. Aku pun tolong mana yang boleh... sambil2 hilangkan boring ddk kat 'asrama' nih... hehe...

Gambar kat bawah nih pula salah satu menu lunch kami, yg baru jer belajar sejak2 ddk Sudan nih. Kat sini mmg takde harapanlah nak jumpa sawi atau kangkung apatah lagi ulam2 yg biasa kita jumpa kat pasar kat Mesia. Yg ada cuma kubis, tomato, timun (pun x mcm timun kita).

Daun ni aku sendiri pun x tahu apa namanya... rupanya macam sawi. Bila sebey2 kat internet, namanya rocket leaves... tp x sure entah ye entah tidak. So mmg makan mentah jer atau dibuat salad. So dgn kreatifnya, aku campur ngan timun dan tomato yg dipotong dadu... letak garam, gula dan asam limau secukup rasa. So bolehlah... daunnya mmg rasa pelik sikit mcm wild2 gitu... tp sbb ada rasa masam dari limau td, boleh telanlah. My hubby yg mmg makan 'maserba' tuh... sedap jerr... hehe...

Thursday, June 4, 2009

Roti Nasi


Petang ni masak kari daging. So selain daripada makan dengan nasi, syokkk juga kalau makan dengan roti. So try resepi roti nasi. Resepi asal daripada onigiri daripada MyResepi... terjumpa kat blog CMG. Mmm... sedap dan lembut roti ni. Cuma kalau dah sejuk tu, permukaannya berkedut sikit....

Resepi kat bawah ni, mcm biasa copy paste jek daripada blog CMG. Terima kasih ye Cik Mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g tepung roti (high protein flour)
80 g nasi, sejukkan*
100 ml air*
60 ml susu segar*(*dikisar halus)
2 camca besar gula halus
4 g instant yeast
20 g mentega
1 camca teh garam halus
1 camca besar air suam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam dengan instant yeast dan 1/2 camca teh gula (dambil dari 2 camca besar gula halus tadi). Biar sehingga yeast aktif, nampak berbuih2...
  2. Letak tepung dalan bekas besar, masukkan garam dan gaul rata. Buat lubang dibahagian tengah tepung dan tuang nasi yang dikisar dan juga yeast tadi. Gaul rata hingga menjadi doh, masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal. Bulat2 kan dan tutup dengan kitchen towel bersih dan biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas ke dalam bread maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara dan leperkan, gulung seperti swiss roll, kemudian gulung sekali lagi sehingga menjadi bentuk loaf. Masukkan dalam tin dan biar naik sekali lagi
  4. Bakar pada suhu 190C selama 20- 25 minit mengikut oven masing2. Sapu mentega atas permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven.

Thursday, May 28, 2009

Soft Butter Buns Channel

Tengahari tadi terfikir nak buat roti. So cari-cari resepi yang boleh ngam dengan jadual.. (sbb ptg td ada kelas). So akhirnya pilih resepi dari blog Kak D, resepi sumbangan daripada Channel2004 (cari.com). Dulu dah pernah cuba sekali buat roti ni, cuma tak upload jer.. Lepas masak utk lunch tadi, mama pun timbang bahan-bahannya siap2. Lepas along pergi sekolah, dalam pukul 3 terus masuk bahan2 dalam bread maker. So 3.30 'dia' siap menguli. Perap 2 jam. dalam 5.30 mama pun ready sinsing lengan baju. Mmmm.. penat gak lah ... tapi penat boleh tolak tepi.. yang penting puasss hati... hehe

Memang best roti nih.. Lembut dan gebusss... Resepi mama copy paste sahaja (mama mmg malas nak taip menaip nih..hehe... ). Thanks Kak D. Nak tengok roti versi Kak D, klik sini.

SOFT BUTTER BUNS CHANNEL

Sumber: Channel2004

Bahan-bahannya:-

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing:-

1 biji telur, dipukul sedikit
Mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara-caranya:-

1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
6) Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.

Nota: Roti yang Channel buat telah diisikan dengan kuib mentega yang kecil dan juga sedikit garam, beliau juga telah paipkan kastad segera diatas roti sebelum dibakar.

Tuesday, May 26, 2009

Puding Kastad Berkuah

Puding berkuah ni memang favourite kami seisi keluarga. Selalu buat cuma sebelum ni resepi main suka-suka hati ajer. Ternampak resepi yang sama di blog Kak Ummi, so tetiba jer semangat tu datang (Kak Ummi sekeluarga pun suka puding ni) . Lama jugak dah tak buat puding ni. So weekend lepas, kebetulan beli barang dapur sikit, mama pun apa lagi, borong sekali lah bahan-bahannya. So tengahari tadi, selesai masak untuk lunch (cincai2 jer sebab lauk smlm ada banyak lagi.. hehe).. terus kacau kuih ni. Sekejap jer.. apatah lagi ada helper (adik mmg rajin menolong kalau bab-bab buat desert ni).. so terus jer simpan dalam fridge.. Memang nyaman jer makan sejuk2 ....

Resepi mama copy & paste daripada blog Kak Ummi. Terima kasih Kak Ummi untuk resepi yang sedap bangettt nih...

Bahan-bahannya :-

Untuk Kastad:-
200 gm tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:-
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan

Campurkan semua dan masak hingga mendidih. Sejukkan.

Hiasan:-
10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan)
1 tin buah koktel - Mama guna 2 tin
Buah ceri
Prune sunsweet

Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...

Catatan :- Untuk hiasan, mama masukkan buah-buahan koktel sahaja. Lain kali nak try letak pisang goreng pulak (apa rasanya yer...)

Saturday, March 14, 2009

Donut

Hari ini baba belanja donut (yelah.. lately baba selalu balik lambat ... jam 10 baru sampai rumah... so ni mcm nak menyejukkan hati i la nih... hahahahah). Dah selalu rasa Dunkin' Donut, so nak la pulak try Donut JCo. Mmmm... sedap ke? Entah ... toppingnya muak sikitla.. Rasa mcm sedap Dunkin' Donut lagi.


Related Posts with Thumbnails