Showing posts with label Along and Adik. Show all posts
Showing posts with label Along and Adik. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Transformers :: Revenge of the Fallen


At last... Along's wish fulfilled yesterday... This is the first time we watch movie... and first time for hubby and me after we're get married... Everything was ok except for Adik which is quite uncomfortable with the loud sound, so she ended up with sitting on my lap for the whole movie.

Tuesday, April 21, 2009

Pesta Sukan PASTI

Fuhhh... weekend yang sangat meletihkan. Sabtu for sure penuh dengan kelas dan semalam (19hb April) Tadika Pasti adik mengadakan perlawanan futsal dan bola jaring antara Pasti - Pasti dalam daerah Hulu Langat. Perlawanan diadakan di Stadium Kajang. Adik mewakili Pasti Bandar Teknologi Kajang dalam pertandingan bola jaring. Perlawanan dimulakan pada 9 pagi. Mula-mula sejuk nyaman jer... tapi apabila matahari semakin meninggi, panasnya Allah saja yang tahu. Keseluruhan ada 4 games kena main. Satu game adik jadi pemain simpanan jer, kasi can kat kawan-kawan yang lain.

Pada tahun ini Pasti Bandar Teknologi Kajang gagal mempertahankan kedudukan sebagai johan yang disandangnya pada tahun lepas apabila tewas kepada Pasti 'dot dot dot' ...haha.. mama tak ingat :)-. Tak dinafikan perlawanan memang sengit. Kalah tipis je 1-0, itupun gol dijaringkan pada 5 minit terakhir. Apapun yang penting ... kami ENJOY!!! (Yang paling enjoy ialah along apabila sesuka rasa membeli pelbagai makanan yang di jual dalam stadium tu... beli sendiri u.. almaklumlah sejak2 sekolah ni, kan dah pandai berbelanja sendiri..hehe..)

Kita layan ajelah.. gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang perlawanan tu...

Inilah perlawanan final yang sengit tuh.. hehe..

Proses penyampaian hadiah ... dua orang kat bawah tu jer tengok camera mama... yg lain tengok camera yang satu lagi... mmm...

Pingat yang menjadi kebanggaan...hehe..

Wednesday, March 18, 2009

Jom Mewarna

Inilah aktiviti semalam dan hari ini, melukis dengan water colour. Along dan adik seronok sekali. Asyik-asyik buku jer, nak juga cuba sesuatu yang baru. Marilah kita melihat lukisan-lukisan yang telah dihasilkan oleh mereka berdua.

Lukisan Along



Lukisan Adik



Tuesday, March 10, 2009

Happy Birthday Along dan Adik

Bulan 3 ialah bulan makan kek... hehe.. tapi kali ini kek-kek adalah made in kedai... sebab mama tiada masa nak membuatnya.. sedihnya. Along dan adik sangat seronok walaupun tiada hadiah (hadiah kena tunggu keputusan periksa yang akan datang.. hehe)

Kek ni di sponsor oleh moksu Nira... So yang along punya mama beli yang kecil sikit lah.. Banyak-banyak nanti siapa nak menghabiskannya.... hehe...


Monday, January 5, 2009

Monday, November 10, 2008

Friday, October 17, 2008

Majlis Hari Raya

Seperti biasa, tadika mengadakan sambutan hari raya di sekolah. Kanak-kanak dengan gembiranya memakai baju raya dan membawa kuih raya.. hehe


Monday, September 1, 2008

Gambar Nostalgia

Jom lihat gambar comel along dan adik suatu waktu dahulu... masa ni digicam takde lagi.. pakai camera biasa saje...

Royal Adelphi, Seremban :: Sept 2003 ::

Sunday, June 29, 2008

PASTI Sports Day 2008

Just arrived ...
Adik wif her best friends ... ummi... insyirah ... aini sofea ... Along wif his the very best friend .. nizam
Kawad...Ikrar ... Bina KLCC ...
Lompat Kanggaroo....
Bawa bola dalam sudu ....
Tak ingat apa nama acaranya (tapi along jalan cam robot jehh.. hehehe)
Rumah Oren won first prize (overall) ... tahniah adik ... hehehe
Huh... I'll miss this moment someday.... they are growing up so fast ... yet now my time becomes more quiet to roam all those memories I've spend with them... don't know how it would be in the next coming years....

Tuesday, March 18, 2008

Ketika Allah Berkata Tidak

Ya Allah, ambillah kesombongan dariku..
Tidak, Bukan AKU yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya!

Ya Allah, berilah aku kesabaran..
Tidak, Kesabaran diperoleh dari ketabahan dalam menghadapi cubaan, AKU tidak memberikan kesabaran, engkau harus meraihnya sendiri!

Ya Allah, berilah aku kebahagiaan..
Tidak, AKU memberikan keberkahan dan hikmah, sedangkan kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri!

Ya Allah, jauhkanlah aku dari kesusahan..
Tidak, Penderitaan akan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu padaKU!

Ya Allah, beri aku segala yang menjadikan hidup ini nikmat..
Tidak, AKU beri kau akal dan kalbu serta Al Quran, supaya kau dapat menikmati kehidupan!

Thursday, March 13, 2008

Happy Birthday Along & Adik

This is mama's homemade chocolate cake with blueberry topping. Tak cantiknya... hahaha.... (tapi sedap gak la ..hehe)




For both of my lovely kids, Happy Birthday. "Mama dan Baba sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian mengiringi perjalanan hidup kamu. Semoga Allah merahmati hidup kamu di dunia dan akhirat. Amin."

Sunday, March 2, 2008

KLCC





Related Posts with Thumbnails