Thursday, March 29, 2012

Istanbul :: PART 1 ::

Alhamdulillah, minggu lepas kami makan angin ke Istanbul, Turki, tak lama 6 hari 5 malam, sbb cuti pun tak banyak tinggal. Tiada apa yang dapat menggambarkan keindahan dan kecantikan bumi Istanbul melainkan "Subhanallah". Ini bukan kata2 aku sahaja (sementelah aku mmg x pernah makan angin ke mana2 sblm ni selain ke Dubai si Kota Batu) tapi ramai kawan2 lain juga memujinya, ada juga yang sanggup kesana sebanyak dua kali. Tak perlu nak bershopping beria, lihat menikmati pemandangannya saja sudah cukup memuaskan jiwa.

Kami sekeluarga terbang menaiki pesawat Turkish Airline, yang sepatutnya depart pkl 2 pagi tapi lewat selama lebih kurang 1 jam setengah. Kuanter lambat buka, terpaksa tunggu di LUAR airport bertemankan angin malam dan nyamuk2... macam2 hal. Perjalanan selama 4 jam dan safely landed di Attaturk Airport pada pukul 6.30pagi waktu Turki, 7.30pagi waktu Sudan. Itu ini begitu begini pkl 10++ baru sampai hotel.

Hotel kami, Hotel Han yang kaler pink maroon tu. Kalau kita selusur jalan ni kebawah terus nmpk Hagia Sofiya dan Blue Mosque. Kalau belok kanan menapak sikit jumpa Sultanahmed tram station.

Hotel Han terletak di Sultanahmed, mmg sgt dekat dgn Blue Mosque dan Hagia Sofiya, antara dua tempat yang wajib dilawati jika dtg ke Istanbul. Harga bilik tak mahal dan tak murah utk lokasi di Sultanahmet. Cuma bilik agak kecil, kalau askar ramai mmg x selesa, tapi yg penting untuk cuaca dingin time kami pergi hari tu, air panas kekal panas sehingga mandian orang terakhir mmg cukup bagus, ada heater dlm bilik, free wifi (bolehlah nak update software or nak download wat so ever, owwhhh ia penting juga utk org yang datang dari sanction Sudan nie), staf hotel sgt bagus layanannya, boleh tanya apa2 yang tak tahu or nak info lanjut, ladies staf yang kami berbual2 dgn senyuman sahaja sbb mereka x boleh English dan Arab (heyyy!! ana Arab syuaya2...haha) dan kami pula mmg a big NO NO bahasa Turki.... tapi overall kami puas hati.

Petang tu kami hanya berjalan di sekitar kawasan diatara masjid dan Hagia Sofiya. Suhu.... Brrrrr.... mmg sgt sejuk. Sblm pergi mmg aku ada tgk weather forecast, so mmg boleh expect mmg sejuk, min 4C max 10C... hihi.... ditambah kalau windy.... yuhuuu sejukkkk... Tourist mmg ramai tapi mungkin x seramai time summer kot (dr info kawan2 yang pergi time summer).

Kami tak guna tourist guide pun, study sendiri jer (aku lah tu... hihi)... So kat sini aku nak jugalah kongsi pengalaman aku makan angin kat Istanbul ni, sbb aku sblm ni pun ceduk info dari bloggers yang murah hati berkongsi pengalama mereka. Harap2 dapatlah sedikit sebanyak jadi panduan pada mereka yang pertama kali nak menjejak kaki ke Istanbul.


Sampai hotel terus breakfast (harga bilik include breakfast). 6 pagi kami bf makanan yang sama tapi Alhamdulillah tiada masalah. Roti dan jem, cheese, buah-buahan, telur membuatkan kami kenyang sehingga tengahari.

8 comments:

WAN15 said...

ah anti rindu kat along adik! kat kyus pon. sejuk tak kt sana? sini dh tak sejuk dh, panas dah...

yus5478 said...

huhu... kami kat sini pun memendam rindu pada semua. Alangkah seronok jika dpt balik ke Malaysia. Kat sini dah mula panas, hari ni spnjang hari sandstorm tapi x teruk sgt, tanda2 nak msk summer la tu.

yeni dogan said...

ini tanda nak perubahan cuaca dari winter ke spring .

anyway best baca blogn ni . walaupun saya duduk di istanbul tapi suka baca pengalaman org ke sini

yus5478 said...

hai yeni dogan.

Salam kenal. thanks sudi singgah ke sini.

Anonymous said...

Minat gak gi sane

Anonymous said...

Cadang nk bawa family

Anonymous said...

Assalamualaikum, cadang hujung November 2014 nk gi sana gan family. Saye nk tanya skrg musim ape ye di sana?

Anonymous said...

Encik yus masih di sane lagi ke

Related Posts with Thumbnails