Wednesday, July 28, 2010

Report Card punya hal !!!!



Lama jugak lah blog ni xde entry, bukan apa ada satu hal yg x beres, so tu yang xde mood nak memblog.. hehe... xdelah hal besar benar pun... kisah buku rekod budak2 yg aku tertinggal kat Msia...

Panjang sebenarnya kisah mencari buku rekod ini... ianya bermula sebelum kontena sampai lg... Masa ni lepas register sekolah budak pada pertengahan June. Sekolah sini minta rekod sekolah bdk2, hantar dahulu then dalam third July baru sklh panggil semula utk assessment sbb masa ni cikgu2 semua bercuti. Masa tu dah confius dimana duduk letaknya record book itu, sbb pada mulanya sekolah kata nak pegang, pastu hubby kata sekolah dah bg semua sekali (which dia sendiri tak berapa pasti dan blur... hehe) Then suruh Yusman cari kat rumah. Aku bg peneranganlah buku kat tempat sekian2... warna sekian2... adik aku kata 3 buah buku, buku PAFA, lisan dan buku adab belajar adalah.... aku kata 'no'... bukan adab... nak buku rekod!!

So ingatkan masa ni maybe aku ada masukkan dalam kotak yg shipping dalam kontena (harapan palsu sebenarnya sbb seingat aku mmg xde masukkan buku rekod pun dalam kotak2 sekali ngan buku tu... sbb aku jarang lupa... jarang ok... tp ada gak lupa kan)...

Then bila kontena sampai, geledah punya geledah, mmg xde... aiyooo... mana nihh!! So nak make sure call sekolah... 2 kali... confirm mmg sekolah dah bagi pada we all (mesti diaorg kata "aparraa punya parent, record book sklh anak pun boleh cicir x tahu letak mana" Alooo.... mana nak ingat weee... sibuk cari barang sampai habis satu Giant dan Tesco... ihik ihikkk...). So mmg buku ada kat rumahlah, cuma celah mana duduknya pun tak tahu...

Then call sekolah, cerita pasal buku rekod yg mmg xleh nak bg nie... Ingatkan sklh bolehlah tolerate, nak bg buku tu bulan 10 nnt, lepas we all balik sini drpd cuti. Kot nyer dikatanya, no problem cuma daftar time bulan 10 tulah nnt. Kan rugi... dahlah 3 bulan dah bercuti sekolah... nak tambah cuti lagi... no no...

So, kerahan tenaga dilakukan sekali lagi... kali ini melibatkan kedua-dua adik aku (nasib larrr) akhirnya... akukah yang bersalah... mata hatiku tertutup dgn mengatakan buku itu bewarna merah... rupanya putih dan berline merah... huhu... dan instead of sepatutnya tulis rekod pelajar or seangkatan dengannya... tp tajuk buku itu ialah "LAPORAN ADAB BELAJAR" . Ameek kau... ADAB... apa kena mengena adab ngan result periksa.... patutlah masa first cari hari tu, adik aku kata antara buku2 yg ada ialah laporan adab belajar... aiseyyyy... kalaulah belek2 dulu buku tu kan... kalaulah...

Lepas tu baru teringat, kawan aku ada upload gambar2 bk sekolah anak sulong dia kat dalam fesbuk... so mmg ternyatalah... "LAPORAN ADAB BELAJAR"... aku cadangkan tukarlah tajuk buku ini jadi laporan prestasi pelajar ker :-P

So lepas usaha mengemail berjaya, scan 2 muka surat terakhir saja... terus email ke sekolah... dan terkebetulan ada kawan hubby balik kl... aku suruh adik aku past juga buku rekod itu... walaupun telah email, manalah tahu kan.. kan... anything can happen... Kawan hubby tu balik Sudan hari Jumaat ni... so ok sgtlah kalau next week pegi sekolah untuk assessment. Tinggal lagi 2 minggu sblm buka sekolah tau!!!

Thursday, July 15, 2010

Barang Sampai Dah!!

"Buah yang ditunggu gugur akhirnya". Apa ni cerita pasal buah2 ni, buah kelapa ker?? hehe... Ini cerita barang2 yg shipping dr Malaysia kira2 2 bulan lepas sudah jejak rumah ni. Syukur Alhamdulillah, penantian sudahpun berakhir. Sampai tepat pukul 5ptg smlm. So mlm tadi, mengasingkan barang2 yg dipesan orang. Ada berbelas kotak juga. Bila2 dilihat2 x byk sgt pun barang makanan yg aku bawak rupanya... bila dah tolak barang2 org, tolak barang2 rumah yg lain... berapa kotak aje barang makanan... hehe... oklah juga tu, yg bw sikit dari aku pun ada.

Pagi tadi, hujan renyai2 membasahi bumi Khartoum ni stlh 3-4 hari awan nampak mendung. Tmpt lain seperti Soba mmg hujan lebat juga, Khartoum ni aje yg ssh nak hujan. Sejuk jer sepanjang hari ni. Masih lagi sambung mengemas, cuma mati akal bila xde tempat nak letak barang2 makanan tu. Nak biar aje duduk dalam kotak kang, ssh pula nak ambik. Fikir... fikir... hehe...

Idea pun kurang nak menulis, mata mengantuk, smlm tidur lewat. Dengan tak malu aku letak gambar rumah yg tengah sepah2.. hehe...




Wednesday, July 14, 2010

Mood Swings

Kalau bercerita pasal orang perempuan yg moody x tentu pasal pastu salahkan hormon, nanti kaum yg satu lagi kata, orang perempuan ni, asik2 nak salahkan hormon. Tapi memang inilah pengalaman aku sendiri. Mesti ada satu tahap akan rasa depress tanpa ada sebab yg concrete. Mulalah datang persoalan2 dan bisikan2 yg memang tiadakan bertemu jawapan. Dan jiwa pun hanyut entah kemana, tiada berkesudahan hingga membawa kepada ingin menangis tanpa sebab. Aneh, tapi benar dan ianya sangat susah untuk ditafsirkan dengan kata.

Masa ni mulalah terganggu dengan perkara2 yg sebelum ni tak menjadi hal pun. Sedih tanpa sebab yg concrete pun. Feel like isolated and ignored. Tapi sebelum ianya parah, aku akan ingatkan diri sendiri, bahawa bukan diri aku sendiri yang ingin berperasaan begini. Imbalance hormone dalam badan aku ni yang menjadi faktor utamanya. 'I am not be in a good mood now, but I am going to contol myself because this is not real me, this bad mood shall pass and everything will be normal again'. Selalunya keadaan ini akan terkawal dibawah 'minda sedar'... hehe, maksudnya tiada sesiapa pun menyedari yg aku sedang 'fight' dengan mood aku sendiri.

Namun adakalanya juga aku akan tewas, apabila time aku dah sedia depress ini dan ujian menimpa. Terbaru ialah sewaktu aku mula hidup disini. Baru sebulan disini, ibaratnya seperti orang asing. Walaupun hb dtg dulu, x bykpun yg dia tahu sbb kepasar pun xpernah dan makan ada cook yg masak. Ianya ibarat kita lalu suatu jalan pada waktu berkabus, dan tak nampak apa yang ada didepan.... blurrr. Ibaratnya seperti menyusur jalan yg kiri kanannya dipenuhi belukar. Mcm2 persoalan bertubi2 dtg dan mengasak fikiran aku yg dah sedia celaru. Ianya bertambah teruk bila pengertian yg diharapkan, lain pula yang datang. 2-3 hari aku habiskan masa dengan tidur sahaja.

Namun 'kabus' tadi sudahpun hilang. Jalan semakin terang, aku sudah nampak ada bunga2 dikiri kanan jalan. Syukur, walaupun disini keadaannya memang tidak se'mewah' dan seseronok negara sendiri, namun ianya tidaklah seteruk mana. Betul!! Ianya tidaklah seteruk gambaran yg aku fikirkan sewaktu depress itu. Semoga tiada lagi frasa seperti itu.

So, bilamana seorang perempuan itu berkata, dia tiada mood utk berbuat apa2, mmg dia maksudkannya. So, biarkanlah dia 'memalaskan' dirinya utk seketika waktu.


Monday, July 12, 2010

Berakhirnya Demam World Cup 2010

Takdelah nak kata kaki bola pun... tp kiranya sejarah jugalah tahun nie mengikuti hampir sepenuhnya perlawanan sejak dari peringkat saringan lagi. Berhantu juga bola ni rupanya, mcm drama korean plak. Apa taknya, bila start tgk mmg kena tgk sampai habislah. Tapi oklah, sbb sini lewat sejam dari South Africa nun, so tak perlulah nak bangun pagi2 buta semata2 nak tgk bola mengalahkan nak bangun solat tahadjud pula. Itu sebabnya bolehlah aku layan bola tahun nie.

Sepakan emas Iniesta pada minit 116, melayakkan Spain dinobatkan juara World Cup untuk pertama kalinya.

Bukan main seronok bila Spain menang, sbb mmg tak suka ngan si Holland tuh (kan pemimpinnya penuh ngan propaganda menghina Islam, sudah lupa?) Lagipun punyalah main kotor, boleh kata semua playernya dapat kad kuning, padan muka!! Yang paling sakit hati, time penendang naik dada, kalau akulah referee, mmg kad merah 2 keping aku bagi... ha! amik kau. Last2 dapat kad merah jugak (sepatutnya awal2 lg dah bg), mmg dasar main jahat.

Nigel de Jong 'menapakkan' kasutnya ke dada pemain Spain Xabi Alonso. Tengok!!! Tapi hanya dberi kad kuning (deserve kad merah!!!) Inilah game paling memalukan sepanjang sejarah WC2010 ni.

Next world cup dimana, Brazil yer. Kasihan brazil awal2 lagi dah kalah. Memang x dijangka sungguh. Yelahkan 5 years juara, rupanya kalah sebelum quarter final lagi. Itulah, namanya pun pertandingan, kalah menang tu adatlah. Lagipun bola tu kan bulat, haha...

Kaka masa kena sending off (Brazil lawan siapa, x ingat dah). Kontroversi.. haha... Jumpa lagi 4 tahun (InsyaAllah). Itupun kalau aku nak tgk lah kan. :-P

Menunggu dan Donut

Ini rentetan cerita mengenai barang2 yg kami 'shipping' dr Malaysia tu. Smlm, katanya sekarang tengah tunggu pihak kastam Sudan menghantar detail mengenai cukai yg perlu kami jelaskan. Sekiranya cepat mereka bertindak, cepat jugalah Subali akan 'menyetel' bayaran itu. Selesai urusan pembayaran cukai itu, makanya akan terhantarlah barang2 kami itu kesini.

Dikhabarkan, sblm kisah cukai ini, ada satu kisah mengenai printer kami yg agak megelirukan pihak kastam. Mmg telah terbukti benar kata2 mereka yg pernah dtg kesini dgn membawa printer akan menimbulkan masalah. Tidaklah dapat dipastikan mengapakah pihak kastam Sudan sangat 'allergic' dgn 'printer'. Mungkin mereka menyangkakan itu adalah mesin memproses bom atom layaknya.

Dan adalah nasihat dari mereka yg dahulunya membawa printer dan mengalami masalah, menasihatkan kepada kami supaya mengiystiharkan printer itu sebagai barang lain, bukannya printer, comtohnya mesin membuat mee atau mesin pembancuh kopi (agaknyalah kan). Tetapi bagaimana pula sekiranya printer itu dengan sesuka hati diambil bak harta sendiri oleh pihak Kastam yang tidak pasti rekod bersih dan jujurnya. Pastinya kami boleh gigit jari sahajalah sebab kalau nak 'claim' pun, mana ada buktinya.

Senanglah cerita, sebenarnya kastam memang sengaja mencari pasal. Kalau bukan hal printer itu, pastinya semua kotak2 kami dibuka satu persatu supaya adalah hal2 yang boleh menyusahkan pihak kami. Memang ada kes, habis kesemua kotak2nya dibuka, berterabur barang bercampur2. Ada juga kes kononnya membawa barang kesini sebab nak berniaga (mmg banyaklah barang2 tu pun bercampur dengan kiriman orang lagi). Hilang barang perkara biasa. Entahlah, susah nak dipastikan samada hilang sbb pecah atau rosak atau diambil. Kalau sengaja nak mengambil, boleh fikirlah sendiri apa hukum dan balasannya.

Minggu ini dan minggu depan, dalam mood menunggulah kami gamaknya. Syukur, sekurang2nya sampai juga barang2 kami tu sblm puasa. Dibawah ni antara pose2 menarik donut petang semalam.



Friday, July 9, 2010

Morning Walk and POLIGAMI

Kalau last week morning walk ngan hb (sbb ketinggalan keretapi :-P). Pg tadi morning walk bertiga, Hasni dan Amy. Perjalanan yg lebih jauh tp terasa lebih dekat. Kenapa yer?? Tak lain dan tak bukan kerana sesi pot pet pot pet sepanjang jalan... haha. Lepas satu cerita bersambung ngan cerita yang lain pula. Biasalah isu2 orang perempuan, anak, sopping, jalan2 cari makan, lagi... dan mcm2 lagi lah...

Dan satu topik yg mmg x leh lari ngan org perempuan ni ialah isu poligami. Bercerita berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan sekeliling lah kan. Tapikan sukalah aku nak mengingatkan diri sendiri dan juga kaum perempuan lain amnya, janganlah terlalu emosi apabila membicarakan topik poligami ini hingga lupa diri. Mengutuk poligami sewenang-wenangnya hukumnya bukanlah seperti kita mengutuk betapa x cantiknya kain langsir rumah jiran kita tuh atau membebel suami yg malas basuh pinggan.

Perlu kita tahu, poligami ialah hukum yg Allah tetapkan. Jika tidak suka atau mengutuk hukum ini samalah seperti kita mengutuk hukum Allah. Seberani itukah kita?? Ya, mmg semua perempuan tidak mahu berkongsi kasih... itu adalah normal, tiada yg salah. Cuma berhati-hati berbicara takut memakan diri.

Poligami itu sendiri sebenarnya tidak bersalah, orang2 yg mengamalkan poligami itulah yg merosakkannya. Semua hukum yg Allah tetapkan, tiada satu pun untuk menyusahkan, semua demi kemudahan dan kemaslahatan manusia. Cuma manusia sendirilah yg memberatkannya atau menyelewangkannya. Contoh mudah, kahwin itu sendiri. Semua tahukan syaratnya cuma wali dan saksi serta mas kawin. Tapi manusia lah memberatkannya dengan hantaran puluhan ribu ringgit, itu belum nak menyediakan 10 dulang hantaran dan lain2 lagi.

Begitu juga poligami, ianya adalah jalan keluar atau pilihan bg permasalahan manusia. Bayangkan isteri yg sakit, tidak dapat menguruskan rumahtangga dengan sempurna, sekalipun suami berkahwin lain, masih dapat membela kebajikan isteri yg pertama tadi. Tapi mesti ada yang kata, kalau suami itu berimanlah, kalau tak tentu di'tendang' saja isteri yg sakit itu. Ya memang, poligami ini utk yg terpilih sahaja, yang kita lihat poligami 'senget' sebelah tu, org itu sebenarnya tak layak pun berpoligami.

Jika dengan poligami, kesusahan dan bala yg datang itu salah manusia itu sendiri. Jika dengan berpoligami, anak2 terabai, kebajikan isteri2 terabai, so manusia itu yg bermasalah sebenarnya. Mana taknya, isteri2 kena bekerja utk menanggung hidup sendiri dan anak2, disitu pun sudah ada kecelaruan. Itu belum masuk bab pendidikan anak2 dan sebagainya. So, ingatlah poligami bukan sesenang minta isteri sain borang... tidak!! Jika boleh cari syurga dengan berpoligami, silakanlah, jika tidak... fikirlah sendiri.

So jika terperangkap dalam perbualan yg melibatkan poligami, lebih baik berdiam diri. Takut perbahasan melalut sampai kepada tahap mempertikaikan hukum ketetapan Allah. Ingat, poligami itu tidak bersalah, kitalah hamba yg hina lagi dhaif yg khilaf. Allah tidak pernah menzalimi hamba2nya, kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.

Thursday, July 8, 2010

Hmmm... 2 bln dah...

Julai dah pun melebarkan sayapnya. Sedar tak sedar dah 2 bulan tinggal d Sudan nih. Kontena pun entah apa cerita gamaknya. Kalau ikutkan last week sampai Soba dan dlm proses kastam lah kotnya... (Malas ah nak cerita, buat bengkak jiwa jer!)

Lebih kurang sebulan lagi Ramadhan. Bulan penuh rahmat dan keberkatan. So, aku akan pertama kali merasa berpuasa dbumi asing (wahhh!! gitu). Sebenarnya walaupun tinggal d Sudan ni, aku tidaklah sebenarnya merasa erti sebenar kehidupan dsini. Kalau bg mereka yg dtg sini hanya berbekalkan hanya 2 beg pakaian, dan tinggal di celah2 rakyat dsini, itu adalah 'sebenar' musafir. Aku?? Aku masih jauh utk mengerti kepayahan sebenar rakyat dsini.

Anak2 aku yg berdua tu dah sungguh2 nak puasa. Ingat lagi tahun lepas, mlm pertama bersahur... ngan mamai2 makan nasi (byk pulak tuu... hehe)Tp biasalah mana penuh sampai petang pun, jam 1 ke 2 dah buka, x larat. Sahur hari kedua, kejut... x bgn, x larat agaknya. Esoknya bgn pagi, merajuk sbb mama x kejut sahur. Kelakar... Baguslah kecik2 lg smgt nak puasa, cumanya org pula kata kita memaksa anak kecik berpuasa berlapar seharian... kesian. Tapi bukannya paksa tahan puasa sambil tergolek keletihan kan... ikut setakat mana laratlah... x larat boleh buka, sbb hukum budak2 sebesar tu puasa bukan wajib lagi pun. Lainlah dah besar2 pun x puasa2 juga, memang sendiri mahu ingatlah.

So, elok diaorg buka sekolah nnt, terus mula puasa. Sini sklh sampai jam 2ptg dgn 2 kali rehat. Ada juga anak2 staf sekolah yg sama. Tunggu dan lihat ajelah nnt, samada larat puasa, entah2 sampai rumah letak beg terus terkam air... hehe. Tambahan kat sini kering, mmg sentiasa dahaga nak minum air.

Tapi yang paling bestnya ialah, kami nak balik Msia raya Aidilfitri nanti... Horeyy!!! Itulah sebenarnya yg membuatkan aku x berapa nak ingat sgt pasal kontena aku yg tak kunjung tiba lagi tu! Hehe... mulanya nak balik slps raya sbb dgn alasan 'ssh nak travel puasa2 ni' dan ditambah hujah yg kuat konon tiket nak balik dah sold out. Tapi bila aku ingat2 balik, rasa mcm x sanggup pulak tahun n i nak raya sini (tahun depan oklah kott kan... hehe). So segera survey tiket, byk lah pulak. Betul ke nie??? So bila tanya org, yg habis tu tiket 1,2,3 hari nak raya, sebelum 3 hr tu berlambak lg... Horeyyy!! So InsyaAllah, balik raya.

Dbawah antara gambar pemandangan (dari dalam van aje..) sewaktu dalam perjalanan ke Souk Libya, 3 minggu lepas kot. Center point utk kain pasang, tapi x beli sbb nak tunggu g ngan madam2 br nak beli. Masa ni dah keboringan tahab gaban tu yg bantai gak pegi, jauh gak lah... dalam 30minit.


Berbata coklat itu sebenarnya ialah rumah2 mereka. Berbumbung tapi tidak sempurna. Sebab itu, mereka sgt risau kalau hujan turun. Sgt kasihan.
Related Posts with Thumbnails