Wednesday, May 5, 2010

KLIA - Dubai - Khartoum :: PART 1


Flight kami ke Sudan pada Jumaat jam 2pagi dan akan transit di Dubai. Kami bertolak ke KLIA pada Khamis malam. Bertolak dari rumah pada jam 10mlm dengan 2 buah kereta dan 2 buah teksi. Kenapa plak 2 teksi tuhhh??? haha... nak bawa kotak2 kami yang sebyk 13 kotak tuhh... itupun kalau ikut hati byk lagi nak bawak...

Dengan 'bangganya' kami membawa kotak2 utk check-in luggage. Timbang punya timbang... exceed limit yang dbenarkan. Mmg lah kami expect muatan akan lebih sbb kalau ikut sebenarnya Emirates bg 40kg utk setiap orang. Then Petronas akan cover 30kg yang seterusnya tp kena guna duit sendiri dululah... takpe kami dah prepare sekeping kad plastik utk dswipe... hehe... Tapi apalah punya malang, kad plastik itu tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan. So disebabkan mungkin kes kami ni kes yg agak terpencil, staff kat kaunter tu menunjukkan muka belas kasihan... (tp diulang mmg kami tahu luggage kami akan exceed the limit). Aku punya suggestion... keluarkan jer beras 10kg yg last minute kami decide nak bwk... tp biasalah kan... mana boleh pakai itu punya idea... nak kena check satu2 kotak plak... pastu nak kena timbang balik.... huhu... naya kat org lain menunggu.

So selepas clarification dgn empunya bank kad plastik td... bolehlah swipe... tp kami still kena top-up dgn cash. My dear hubby yg mmg bwk duit bykkkk.... (bykkk sbb Sudan xde bank... kena bw duit siap2 utk expenses setahun...huhu), so payment settle. Then kami punya luggage setel. Fuhhh... amik masa setengah jam jugalah... time paling gabra ialah bila kad decline...

Then lepak2 sekejap kat McD (yg selama ni aku boikot dekat 2 thn dah... nak buat mcmana itu jer yg paling dekat... ampunnn). Bdk2 asik sebut lapar jerkkk....

12.30 check-in. Biasalah my mum nangis bila kami bersalaman dan berpelukan... aku takk.... bukan aku x sedih... sebenarnya aku 'feelingless'... antara yang ditinggalkan dan apa yg sedang menunggu aku... huhuhu....

No comments:

Related Posts with Thumbnails